Friday, April 2, 2010

Amal Gombak mendekati Generasi Muda


Gombak – Musim cuti sekolah tidak akan dilepaskan dengan begitu sahaja oleh ibubapa/penjaga untuk membawa anak-anak mengikut kem yag dianjurkan berbagai pihak untuk memperbaiki diri anak-anak kearah kebaikan.

Retetan daripada itu Unit Amal Gombak dengan kerjasama Adun Gombak Setia telah mengadakan Kem Smart Muslim baru-baru ini. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato’ Hassan B. Mohamed Ali, Adun Gombak Setia.

Penglibatan para pelajar dalam kem Smart Muslim siri pertama telah mencecah 110 peserta yang terdiri diantara umur 13-15thn.

YB Dato’ telah memberi suntikan motivasi kepada para peserta serta ibubapa yang hadir. Sentuhan motivasi tersebut telah menyentuh hati-hati para pelajar dan penglibatan ibubapa terhadap anak-anak untuk menghadirkan diri dalam kem yag dianjurkan ini.

Beliau amat berharap ibubapa penjaga harus memberi dorongan sepenuhnya pada anak-anak lebih-lebih lagi anak-anak yang menduduki peperiksaan.

Anak-anak yang menduduki peperiksaan harus diberi sokongan malahan daripada aktiviti mereka seharian harus ditinjau oleh kedua ibubapa / penjaga terhadap anak-anak.

Beliau berkata, dengan mengikuti Kem Smart Muslim memberi pengertian yang amat bermakna seperti anak-anak mesti “Smart” daripada sudut akhlak, akidah, pengurusan masa, aktiviti sekolah, pelajaran, solat dan lain-lain. Jika mereka tidak diberi bimbingan dengan pengurusan tersebut beliau yakin anak-anak tidak dapat menjadi individu yang beriman, bertaqwa malahan mereka akan termasuk dalam golongan insan-insan yang tidak mempunyai akhlak yang mulia malahan mereka akan terlibat dengan berbagai gejala sosial dan seterusnya akan lahirlah anak-anak yang menjadi sampah masyarakat.

YB Dato’ berkata, merasakan adalah 1 tanggungjawab beliau untuk memastikan anak-anak ini diberi didikan yang sempurna, dibimbing kejalan yang diredhai ALLAH swt dengan meminta semua pihak Jentera PAS agar membuat berbagai program pelajar bersama ibubapa.

Katanya lagi, walaupun dirinya sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang meliputi bidang Agama, memperbaiki insfrastruktur tetapi seandainya beliau tidak dapat membantu memperbaiki diri setiap masyarakat sekeliling dan anak-anak remaja, beliau merasakan adalah 1 kesilapan besar dan tidak wajar. Beliau berkata untuk memperbaiki dunia harus memperbaiki manusia, untuk memperbaiki diri manusia harus diperbaikikan hati mereka terlebih dahulu. Segala kerosakan dunia dan manusia adalah punca daripada ibu segala seluruh jasad iaitu “HATI”.

Walaupun dunia sebagai motivator dalam memberi berbagai ceramah motovasi pelajar, kekeluargaan telah lama ditinggalkan namun, beliau masih setia memberi dorongan, pandangan dan nasihat kaunseling kepada yang memerlukan khidmatnya lagi, ujarnya.

YB Dato’ mengatakan apabila anak-anak diajar mengenali ALLAH dengan mendekati majlis-majlis Ilmu, menjaga solatnya maka insya-ALLAH mereka akan menjadi generasi yang beriman malahan mereka adalah pelapis pimpinan yang akan menerajui negara ini dengan sebaiknya.

Beliau juga telah menyedarkan kepada ibubapa / penjaga yang hadir agar manfaatkan sebaiknya kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri berikan, malahan dengan membawa anak-anak mengikuti ke setiap kem yang diajurkan oleh pihak Dun Gombak Setia dan lain-lain adalah dengan harga yang sangat berpatutan.

Ibubapa juga harus menggalakkan anak-anak mengimarahkan masjid/surau. Disini YB Dato’ meminta agar setiap ibubapa/penjaga yang hadir membuat bandingan semasa zaman UMNO memerintahan 50thn yang lalu adakah anak-anak diberikan mengikuti kem dengan bayaran begitu murah sekali dengan RM5 sahaja pada zaman ekonomi yang semakin meningkat, tetapi disediakan berbagai kemudahan dan makan minum yang berbagai.

Selain daripada itu, ibubapa juga diminta menilai semenjak PR memerintah adakah masjid/surau tidak dihidupkan dengan majlis-majlis ILMU setiap hari ? 2thn pentadbiran PR, bagaimana pula pentadbiran surau/masjid, adakah dapat dirasakan oleh rakyat kemeriahan Masjid dan surau pada bulan keberkatan dipenuhi dengan berbagai agenda dan telah menjadi pesta ibadat dengan mengabdikan diri pada ALLAH swt sehingga ramai menyedari walaupun ramadhan meninggalkan 5hari namun rumah ALLAH masih dipenuhi dengan penghuninya yang mencari keredhaan ALLAH swt.

Sudah pasti apa yang kita lihat masjid dan surau dipenuhi dengan majlis ilmu yang bermanfaat dan undangan ustaz-ustaz yang banyak pengalaman. Manusia berbagai umur dan ragam memenuhi masjid/surau merebut bonus akhir ramadhan.

Adakah ibubapa/penjaga dapat menilai ini semua dengan sebaiknya?? Semasa zmn UMNO memerintah bagaimana pentadbiran dan pengurusan mereka dalam mengimarahkan masjid dan majlis-majlis ilmu?? Sudah pasti kita dapat rasakan 2 minggu ramdahan, masjid /surau tiada penghuninya lagi, 10mlm masjid/surau telah dikunci malahan tidak dibenarkan untuk iktikaf, suasana ramadhan menjadi hambar. Majlis ILMU/ Tazkirah telah dibekukan malahan utz-utz yang hadir tidak dibenarkan menyampaikan Tazkirah walaupun telah diterangkan oleh Nabi saw para malaikat sentiasa bersama orang-orang yang mengimarahkan rumah dan majlis ilmu. Mengapa??, ini disebabkan perlantikan ketua Biro dalam Exco pada zaman pemerintahan UMNO tidak memainkan peranan sebaiknya??

Oleh yang demikian, beliau meminta agar ibubapa/penjaga dan para peserta yang hadir menilai dengan sendirinya bagaimana ingin mencari pemimpin yang adil, yang sangat mencintai ALLAH swt dan mengajak orang lain juga mentaatinya dan sentiasa berebut-rebut membuat kebaikan bukan menggalakkan kearah kemaksiatan dan kemungkaran, ujarnya .

YB Dato’ juga telah menyampaikan maklumat kepada ibubapa/penjaga yang hadir, jika diizinkan oleh ALLAH swt dengan mengusulkan Hasrat Ustazah Khatifah Zamani, Ahli Majlis MPS Zon 11 agar menjadikan surau Al-Ikhwan untuk diadakan solat jumaaat kepada pihak JAIS memandangkan Zon 11 tidak mempunyai masjid dan lokaliti tidak sesuai maka, insya-ALLAH jika telah diluluskan oleh pihak JAIS beliau berhasrat juga akan membuat program kekeluargaan dan lain-lain lagi untuk bersama rakyat, ujarnya dalam dalam Kem Smart Muslim baru-baru ini.

Pengarah Program, Utz Mohammad Ali berkata tujuan Unit Amal Gombak menganjurkan program Smart Muslim adalah satu program tahunan unit Amal untuk melahirkan remaja yang beriman dan beramal solih.

Beliau berkata, remaja ini harus didekati dan dibimbing kerana jika kita biarkan mereka sudah pasti mereka hilang arah tujuan. Mungkin ibubapa terlalu sibuk dengan tugas pejabat dan harian sehingga terlupa mendekati anak-anak.

Dengan kurangnya daya tumpuan, pada anak-anak maka mereka akan mengambil jalan mudah untuk keluar dari kepongpong kebosanan dengan mengikuti aktivit-aktivit yang kurang sihat dan pergaulan mereka juga tidak dilandaskan syaritanya.

Apabila ini berlaku akan lahirlah anak-anak luar nikah yang semakin menjadi-jadi dan tidak dapat dibendungkan lagi.

Selain daripada itu para peserta akan didedahkan untuk membentuk jati diri muslim dalam menjaga akhlak dan akidah. Mereka diberikan dengan beberapa modul diantaranya ialah Muslimkah Ana (saya), Mahmudah dan Mazmumah, Do & Don’t (Apa harus aku buat??) dan berbagai aktiviti yang menarik disediakan oleh penganjur.

Objektif dan misi program ini adalah bertujuan membantu peserta membuat perancangan tentang apa yang harus dilakukan untuk merubahkan diri, memastikan setiap peserta mempunyai matlamat dan perancangan yang betul dalam kehidupan mereka dan sebagainya.

Beliau amat berharap semoga program tersebut mampu memberi kesedaran dan keberkesanan terhadap semua peserta yang hadir. Lebih penting mereka merupakan ikon muslim mukmin yang sejati dan profesional kepada sahabat-sahabat mereka yang tidak berpeluang untuk bersama, ujarnya dalam program Kem Smart muslim bersama isteri dan anak yang dikasihi.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI