Gombak – Ramai orang berpendapat untuk mendapat ilham kerja harus mengkreatifkan diri dengan menjadikan Pejabat seperti rumah yang sudah tentu menjadi ketenangan pada seseorang apabila tempat kediaman dan Pejabat tersebut mendapat keberkatan.
Selain daripada itu untuk mewujudkan pejabatku syurgaku haruslah mempunyai hubungan yang baik antara dan majikan dan kakitangan, tidak berprasangka buruk, mesra dan mengambil berat antara satu sama lain harus ada dalam membina sebuah organisasi. Jika tiada sudah pasti pejabat tersebut tidak ceria, suram dan kakitangan juga merasa bosan untuk melakukan kerja denga baik.
Tiada gunanya jika pejabat besar, tetapi didalamnya tiada kreativiti, ladskaping yang tidak menarik, bilik pejabat menjadi serabut. Sistem filing yang tidak bersistematik. Jika ini semua ada dalam senarai maka ibaratkan kerja-kerja kita juga tidak begitu bersistematik, orang luar juga boleh menilaikannya dari sudut pentadbiran dan sebagainya.
Maka dengan itulah tempat kerja, bilik pejabat haruslah dikemas dengan baik lebih-lebih lagi apabila kerjaya dan bidang kita yang banyak bersangkut paut menggunakan minda yang banyak untuk berfikir seperti dalam bidang Ekonomi/Kewangan, Politik, Jurutera, Ladskap, dan wartawan. Jika tidak sudah pasti idea untuk melakukan kerja tidak hadir, “mood” kerja juga menjadi suram.
Oleh yang demikian tidak kira, siapapun kita yang menduduki pejabat tersebut haruslah mengemaskini kawasan mereka dengan baik kerana ia adalah salah satu ciri-ciri orang beriman, dan sesungguhnya ALLAH swt amat menyintai orang yang bersih dari sudut peribadi dan akhlak.
Menjaga kebersihan adalah syarat dalam tuntutan agama. Jadikanlah Pejabatku syurgaku dengan adanya ayat-ayat Al-Quran, Foto Ahli keluarga diletakkan di meja /dinding bilik pejabat agar menjadi penggalak utama kita dalam melaksakan tugasan dan mencari rezeki.
Suasana didalam bilik pejabat, ruang tetamu haruslah diberi tumpuan sudut kekemasan dengan bunga, pemandangan adalah satu simbolik dan meletakkan haruman pejabat akan menaikkan aroma untuk bekerja. Jika orang luar hadir, mereka tentu merasa selesa untuk berurusan dan hati juga menjadi tenang.
Bukan orang luar sahaja, tetapi kita juga mendapat ILHAM yang baik dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi, apabila kawasan persekitaran pejabat kita bersih tidak dihinggapi anasir-anasir yang membinasakan.
Ketentuan ALLAH mentakdirkan segalanya
Pejabatku syurgaku yang telah menjadi tempat mencari kedamaian hati dan mencari ilham dalam mengarang telah di cerobohi oleh anasir yang sungguh halus. Disebalik kecil dan kehalusannya menjadi bisa dan harus berhati-hati.
Pej JKP Zon 11 yang terdiri beberapa kawasan iaitu Tmn Selasih Fasa 2, Casmaria, Fiona, Flat Smaudra telah dihujani dengan serangan anai-anai. Menurut beberapa orang penduduk dan pertemuan bersama beberapa kontraktor sampah Alam Flora baru-baru ini bahawa sekitar zon 11, merupakan kawasan tapak lombong.
Walaupun telah diusahakan dengan meletak berbagai jenama racun anai-anai namun tidak boleh dihapuskan lagi.
Begitulah juga Pejabat Dewan Masyarakat JKP Zon 11 yang sering didatangai dengan penduduk untuk membuat urusan pejabat dengan mengadakan berbagai program bersama rakyat, aduan insfrastruktur, pendaftaran pemilih, permohonan gerai, dan kerja-kerja berkaitan dengan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) terpaksa ditutup untuk sementara waktu kerana kawasan tersebut telah di maharajalela oleh anai-anai dan kebanyakkan dokumentasi telah musnah tanpa disedari. Kami terpaksa tutup pejabat untuk keselamatan rakyat Zon 11 juga.
Menurut P.A Ahli Majlis MPS Zon 11, Khaulah Azwar ketika kejadian berlaku beliau sedang membuat laporan kerja JKP dan membuat liputan akhbar aktiviti Adun Gombak & JKP Zon 11.
Suasana diluar juga kurang mengizinkan, sedangleka dengan membuat kerja tiba-tiba terjatuh serpihan sarang anai-anai dan rangka bumbung terhimpap di destop dan laptop. Saya terkejut dan istgifar. Apabila dilihat keatas bumbung, beliau dapati tanglung dan alat hiasan bumbung juga banyak terjatuh. Alhamdulilah, ALLAH masih sayangkan saya, Nasib baik bumbung tidak terhimpap kepala saya.
Keadaan lebih memeranjatkan lagi, apabila dilihat hampir “wire” lampu terjatuh, jika tidak kerana sangkutnya “wire” sudah pasti lampu tersebut akan swing/tendang ke tiang “Aircond” dan sure berlakunya short.
Kelihatan terpancar seperti api di “wire” tersebut, jika berlaku hujan petir masa kejadian, mungkin saya sudah menjadi arwah disini yang sering duduk keseorangan memandangkan majikan saya juga begitu sibuk dengan mesyuarat di MPS dan lain-lain urusan.
Alhamdulilah, perlindungan ALLAH swt sentiasa diberi, ada peluang untuk meneruskan tanggungjawab sebagai khalifah dan meneruskan tanggungjawab kepada Adun dan majikan saya.
Semoga perlindungan ALLAH swt sentiasa bersama walaupun dimana sahaja saya berada, katanya ketika bertemu sahabat-sahabat yang mengunjungi pejabat Ahli Majlis setelah menerima SMS daripada beliau.
Beliau berkata lagi, dahulu dewan ini bukan menjadi Pejabatku syurgaku tetapi menjadi hotel 5 bintang yang didiami oleh Penagih dadah, bangsa bangladesh, dan tempat kediaman anjing semasa pemerintahan UMNO selama 50thn memerintah, tetapi alhamdulilah pejabat yang dijadikan 5 bintang telah bertukar wajah dengan kerjasama AJK JKP Zon 11 untuk membangunkan Dewan Masyarakat ini dengan sebaiknya.
Malahan setiap kali penduduk sekitar Zon 11 yang datang ke pejabat ini, mereka menyatakan “Masya-ALLAH Dewan Masyarakat ini telah banyak berubah, malahan pengurusan pentadbiran pejabat juga bersistematik dan kami seperti tidak percaya ada pejabat Ahli Majlis/JKP disini. Ini yang kami harapkan sekian lama.
Pentadbiran Pakatan Rakyat merubah segalanya
Alhamdulilah, dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat kebanyakkan dewan yang telah diberikan amanah oleh pihak MPS untuk dinaiktaraf telah disenggarakan sebaiknya. Namunpun begitu beliau menyatakan kerap kali apabila ada setengah-setengah penduduk dan badan tertentu mempertikaikan mengapa Dewan Masyarakat perlu dibayar sewa sehingga pihak kami menerima surat menyatakan mereka tidak berpuas hati dengan sewaan diberikan walaupun arahan tersebut daripada pihak MPS agar semua dewan harus dibangunkan sebaiknya.
Sewaan diberi adalah terlalu murah dan berpatutan tidak mencecah ribu ringgit. Setiap penerimaan kewangan masuk dan keluar telah dibuat rekod secara terperinci. Bukti pembelian, semua kami buat agar tidak berlaku salah faham, dan seandainya ada pihak mempertikaikan bukti-bukti tersebut kami tunjukkan pada mereka.
Kami hanya mengikut garis panduan MPS berikan pada kami, insya-ALLAH kami tidak sama sekali memakan duit rakyat, ujarnya.
Masalah tersebut telah ditanggani dengan baik oleh Pn Khatifah Zamani selaku Pengerusi JKP Zon 11 dengan memberi penjelasan bahawa setiap bayaran dibuat adalah untuk membuat kerja-kerja pengurusan membaikpulih Dewan, bayaran Bil Air, Elektrik, pemotongan rumput dan sebagainya.
Pihak kami juga terpaksa membayar segala bil-bil lama yang dibawah pentadbiran UMNO selama 50thn memerintah didapati banyak bil telah tertunggak. Maka segala bayaran ini kami tekah jelaskannya, bukan sedikit tetapi hampir mencecah ratusan ringgit untuk setiap bil.
Kami merasa hairan juga, dimana duit yang masyarakat berikan semasa mereka membuat aktiviti di dewan ini. Adakah disalahgunakan/sebaliknya, waallahhualam..tetapi apabilabila PR memerintah buat yang terbaik pihak UMNO sengaja mengadakan berbagai provokasi keatas dewan masyarakat yang diterajui oleh MPS dengan kerjasama Ahli Majlis dibawah Pakatan Rakyat.
Menurutnya lagi, seharusnya perkara ini tidak berlaku malahan sebagai rakyat kita harus bertolak angsur dan bekerjasama untuk memberi keselesaan kepada semua penduduk.
Setelah menjawab soalan mereka, kini tiada lagi bantahan daripada pihak tersebut dan pihak kami sentiasa memberi kerjasama dengan semua penduduk tanpa mengira parti, bangsa dan agama.
“Responbility, Task & Teams Work ” penting
Pn Khatifah Zamani, Ahli Majlis MPS Zon 11 berpendapat, “Itu sebab saya tidak memilih tempat yang jauh dan pejabat yang begitu klasik dan terlalu besar untuk dijadikan Pejabat JKP kerana pada saya biarlah kita bersederhana dalam semua aspek, tetapi selesa dan saya mudah berhubung dengan masyarakat setempat dengan memberi khidmat terbaik pada semua penduduk disini”.
Alhamdulilah pejabat saya sentiasa didatangi oleh penduduk untuk membuat berbagai urusan walaupun kadangkala saya tiada dipejabat kerana urusan mesyuarat MPS dan sebagainya tetapi saya yakin dengan P.A saya kerana kami mengenali antara satu sama lain selama 15thn, isnya-ALLAH beliau dapat beri khidmat pada masyarakat sebaiknya, ujar khatifah.
Bimbang dan Cemas
Saya bimbang dan cemas juga apabila menerima SMS P.A saya menyatakan kemalangan yang berlaku di Pej JKP Zon 11. Kami berdua muslimat, AJK lain sudah pasti masih dipejabat. Yang terlintas dihati saya dengan membuat aduan di MPS untuk tindakan segera kerana “Emergency Case”, kemudian, saya terus hubungi pej. JKP namun panggilan tidak berjawab.
Saya hubungi pejabat PKM, tempat beliau selalu berurusan. Namun semua kakitangan menyatakan P.A saya tiada disini, retetan itu saya bergegas ke pejabat JKP bimbang jika terjadi apa-apa pada beliau lebih-lebih lagi teringat dengan ayat SMS diberi dengan menyebut arwah dan wasiat. amat mencemaskan kami.
Alhamdulilah beliau selamat, apabila tiba di Pejabat beliau tengah solat. Serpihan bumbung dan sarang anai-anai telah dibersihkan. Sifat dirinya yang tidak suka dengan keadaan semak, pasti tangannya cepat sahaja mengemas.
Mengistiharkan
Dengan itu pihak kami ingin mengistiharkan bahawa mulai daripada hari ini mungkin mengambil masa sedikit pejabat & Dewan Masyarakat Tmn Selasih F2, kami akan ditutup sementara waktu untuk keselamatan kakitangan dan penduduk. Selepas selesai kerja pengurusan insya-ALLAH semua akan beroperasi seperti biasa.
Jika ada sebarang urusan, kami amat berharap peduduk Zon 11 sila hubungi kami ditalian 019-3281840/ 019-2342889. Insya-ALLAH kami akan bertemu penduduk dimana-mana sahaja walaupun tiada pejabat yang stabil waktu ini untuk keselesaan mereka. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.
Harapan Ahli Majlis MPS Zon 11 pada Adun/MPS
Semoga denga masalah yang kami hadapi diambil berat oleh kedua pihak (Adun & MPS) kerana ini melibatkan nyawa kakitangan dan masyarakat yang sering berurusan di pejabat kami. Jika tidak diambil perhatian dan tindakan segera bimbang akan memudaratkan sesiapa sahaja dan akan menjadi isu besar.
“Jangan sampai ada nyawa yang hilang apabila dihimpap dengan bumbung yang telah banyak mengalami kerosakan. Jika sudah terjadi ,tiada gunanya lagi untuk ambil tindakan susulan ibarat nasi sudah menjadi bubur”.
Dengan kedatangan wakil YB Dato’ Hassan daripada PKM Dun Gombak Setia yang turun padang harap dipandang serius bukan guraun lagi semata-mata. Kadangkala ada perkara kita boleh buat gurauan tetapi kalau sudah melibatkan nyawa orang dan penduduk, saya rasa adalah satu kesilapan yang besar kerana kita semua diberikan amanah dalam tanggungjawab kepada masyarakat.
Jangan kita ambil tindakan sambil lewa dan setiap aduan diterima haruslah diambil tindakan segera oleh mana-mana pihak, ingatan untuk diri saya juga dalam memberi khidmat kepada semua mansyarakat, katanya.
Kami berharap kerja pengurusan menaiktaraf insfrastruktur Dewan dan pejabat Ahli Majlis diambil perhatian segera kerana untuk keselesaan dan keselamatan rakyat yang sentiasa diberi keutamaan.
Kalau boleh saya tidak mahu menyusahkan penduduk Zon 11 yang ingin berurusan dengan kami terpaksa pergi keluar daripada Zon 11. Maka dengan itulah pihak kami amat berharap Pejabat JKP & Dewan Masyarakat Tmn Selasih Fasa 2 diberi perhatian dan tindakan segera.
Kami juga tidak begitu selesa untuk menumpang ditempat orang, sudah menjadi lumrah apabila hidup menumpang sudah pasti berbagai disalahtafsirkan oleh berbagai pihak, namun harapan kami agar tidak disalahfaham oleh mana-mana pihak.
Kami hanya menjalankan tugasan dan tanggungjawab dengan sebaiknya tetapi dalam kita memberi khidmat pada masyarakat perlu juga diberi keutamaan dan keselesaaan kepada Kakitangan yang sentiasa memberi khidmat pada majikan atasan untuk membantu menaikkan Kemenangan ISLAM dan membantu kerja-kerja MPS dan parti, katanya.
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment