Wednesday, February 17, 2010
Jangan robohkan doktrin wala' taat dan thiqah dalam - Utz A lFadhil Idris Ahmad
Monday, February 15, 2010
Zambry Gelabah utk meraikan thn baru cina
Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim berkata, walaupun tidak menyalahi syariat namun ia telah melanggar adat susila yang selama ini diamalkan dan nampak sangat ‘bodohnya’.
Katanya, sebelum ini, beliau ada terdengar desas desus yang mengatakan Zambry akan mempergunakan sambutan itu untuk menarik sokongan masyarakat Cina supaya kembali menyokong BN tetapi tidak terfikirlah sampai ke tahap itu.
“Saya sangat terkejut dengan tindakan Zambry yang mendahului zaman dengan mengadakan sambutan Hari Raya Cina di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh, semalam, kononnya seperti yang dilaporkan oleh media mendapat sambutan yang hangat dari pelbagai bangsa di Perak,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.
Baginya, itulah sejarah baru dalam negara apabila seorang pemimpin Umno mengadakan rumah terbuka khususnya di kediaman rasmi bertaraf menteri besar di Perak.
“Sebelum ini kita dengar cerita kucing bertanduk dan ikan keli bersisik, sekali ini ianya berlaku di Perak dengan seorang yang mengaku Melayu mengadakan sambutan Hari Raya Cina,” katanya.
Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Perak itu menambah, sememangnya tidak masuk akal dan hanya dilakukan oleh orang yang tidak berakal apabila mengadakan hari terbuka bangsa lain.
“Kalau hendak dikatakan menghina mungkin boleh tetapi yang pasti Zambry sudah melukai hati penulis dan saya kira inilah yang dirasakan oleh penyokong Pakatan Rakyat khususnya orang yang sebangsa dengan saya,” katanya lagi.
Sebenarnya, kata beliau sewajarnya rumah terbuka Tahun Baru Cina hanya dianjurkan oleh pemimpin BN yang berbangsa Cina seperti yang akan dilakukan hari ini oleh Adun Cenderiang, Dr Mah Han Soon.
Beliau berkata, sebenarnya Zambry kalaulah dia cerdik hanya mempergunakan sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA itu untuk kepentingan politiknya dan BN.
“Itulah kebiasaan yang dilakukan oleh semua pemimpin Umno selama 50 tahun lebih dan tradisi ini telah dicabuli oleh menteri besar di Perak, bertambahlah koleksi pelanggaran sekali ini pelanggaran amalan budaya dan adat resam,” ujarnya.
Fw: Isu nama ALLAH kecoh dibumi, dilangit ALLAH tunjukkan sesuatu..Maha Suci ALLAH..

Isu nama Allah. Gegak gempita dibumi. Demo merata tempat di negeri-negeri. Bakar gereja, bakar surau dijadikan alat provokasi. Lihatlah.., di dada langit kalimah Allah tertera jelas buat mereka yang berfikir. Apa lagi yang kita bingungkan ? Muhasabahkan diri, tentu ada sesuatu yang wajar ditafsir dari kejadian ini. Subhanallah. Maha Suci Engkau Yang Maha Berkuasa, Ya Allah..!

Kejadian berlaku di daerah Slim River. Antara jam 12.30 pm ~ 2 pm. Dari sumber yang diterima, kalimah Allah itu telah disedari tanpa sengaja oleh seorang guru berbangsa cina yang mana beliau merasa sangat ‘aneh’ kepada tulisan yang timbul itu. Setelah dirujuk gumpalan awan yg terbentuk itu merujuk kepada kalimah ‘Allah’.

Pelajar-pelajar yang berkesempatan melihat ‘keanehan’ yang berlaku hari itu.

Foto dibawah lebih jelas dilihat gumpalan awan yg membentuk kalimah ‘Allah’.

Shot yang diambil dari tingkat bawah bangunan sekolah. Foto dibawah ini pula sangat menyerupai sepasang tangan manusia yang sedang menadah berdoa dari kedua belah tangannya. Gumpalan awan yg membentuk kalimah bismillah dan masyar juga dapat dilihat.

Dari foto yang diterima ke kotak email wak turut disertakan 2 keping foto yang diambil oleh salah seorang guru sekolah itu, yang mana ketika itu jelas dilihat bagaimana fenomena matahari yang terik dikelilingi oleh jalur bulatan pelangi yang sangat cantik dan menakjubkan.
Kejadian aneh dilangit itu berlaku agak lama, dan gumpalan awan-awan putih yang membentuk kalimah2 tersebut dapat dilihat lebih dari 10 minit sebelum bertukar kepada kalimah yang lain. Subhanallah.

Terima kasih kepada cikgu Amrun Osman yang susah payah menghantar semua foto2 tersebut ke kotak email wak buat tatapan pembaca blog. Allahuakbar !
ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ
Sunday, February 14, 2010
"Wajah" Gadis Mongalia Di teluk Sepangar,?. Najb Takut dgn Bayang2

Betul apa yang diperkatakan oleh penulis maya dalam blogs masing bayang dan roh wanita Mongolia berada dimana di bumi Malaysia selagi pembunuh sebenar tidak diadili dan dihukum kerana terlibat dalam komplot mistri pembunuhan AL-tantuya. (kata-kata sindiran). mungkin hantu Al-tantuya meminta wang atau imbuhan yang belum diberes lagi.
Seluruh akhbar didunia terutama akhbar dinegara Perancis memaparkan nama Datuk Najib Razak terlibat dalam kes kematian wanita Mongolia. Najib sendiri dikatakan mendapat wang segera kerana usrusan pembelian kapal selam tersebut termasuk Razak Baginda. Namun sehingga hari ini Najib Razak tidak disiasat oleh SPRM. Mungkin Najib Razak tidak terlibat dengan kematian wanita momgolia dan wang rasuah atau komisen pembelian kapal selam yang tidak boleh tenggelam. Hanya Najib dan Rosmah sahaja yang tahu.
Tidak hairan lah wajah-wajah dan hantu serta roh wanita yang bernama Al-tantuyaa berada di bumi Malaysia, atau mungkin wajahnya berada dalam kapal selam scorpene dan mungkin berada diruang tamu rumah Najib Razak.
Al-tantuya berada bersama Najib Razak dikala gadis berkenaan masih hidup. Malah makan bersama Najib. Umumnya Al-tantuyaa masih menjadi mimpi ngeri Najib Razak. Najib dan kapal selam scorpene dan Al-tantuyaa tidak dapat dipisahkan.
Mungkin kapal selam tidak boleh tenggelam merindui wajah ayau Al-tantuyaa. Dah jemu kenyataan pehak TLDM kononnya kapal selam tersebut mengalami kerosakkan teknikal. Tak sampai setahun rosak dengan berhujah seribu alasan. Dan maklumat yang diterima serta terdapat didada akhbar kos selenggara kapal selam scorpene RM1 juta satu hari, betul ke?.
Dengan nada sinis kami ucapkan kepada Najib Razak serta terjedi kapal selam "wajah gadis mongolia bernama Al-tantuyaa berada di Teluk Sepangar" malah berlegar-legar dalam kapal selam koko?". Amat malang dan amat dukacita perkara yang menimpa kerajaan Malaysia. 1 perompak,1destinasi, 1 wajah, 1 hantu 1 malaysia pelik.
Khaulah said: Bila terkenang kan aktantuyua punya kes.. teringatlah kome masa PRK di perak... bila semua penyokoong memakai topeng altantuya..rata2.. semasa najib & kuncu jentrea UMNo datang kena boooo... dan mereka takut apabila melihat topeng altantuya dipakai oleh pengundi & penyokong..menjadi isu pula apabila perayu undi pembangkang ditumbuk oleh excord UMNO yang memang kaya dgn sifat gangster.. topeng altantuya dicabut. petugas muslimin dipukul, petugas muslimat diraba oleh pemuda UMNO..apa lagi muslimin yg sentiasa menjaga kehormatan dan keselamtan muslimat yg bertugas.. sanggup muslimin bergadainya nyawa untuk menjaga keselamatan muslimat.. anak2 kecik yg mengikut ibubapa mereka bertugas menjerti & berkata.. UMNO berbagai2 ..menandakan generasi muda yg kecil ini jg tahu berfikir mana yg terbaik... masa itulah provokasi menjadi2.. masya-ALLAH..kalau ikut kan darah muda.. ingin sekali ana berada disitu hayunkan payung ketuk kepala jentera UMNO yg terlebih belajar..namunpun begitu akhlak & nama baik parti kena dijg.. hnya doa yg menjadi senjata utama dgn mengharap pertolonganNya dan sentiasa dipanjatkan agar mereka tumbang dan ALLAH swt layak membalasnya..Hati kecil ini berkata..bahwa jentra UMNO tidak tahu menghormati kaum hawa..hei..apa nak jadi dgn UMNo yg diketuai oleh NAJIB..
Utusan Malaysia dan Muhyiddin Yasin Bohong..BOIKOT UTUSAN & TV3
|