Sungguh malang seorang Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno Malaysia Tan Seri Muhyiddin Yassin tidak cermat dalam menerima berita dan membuat kenytaan bohong malah ianya bersifat provokasi kaum dan ugama. Mengapa Muhyiddin cukup celupar dan tidak cermat dalam membuat kenyataan muruhan malah membodohkan fikiran Muhyiddin seorang pemimpin besar.
Jangan tangkap muat membuat kenyataan hanya untuk mencari publisti murahan. Muhyiddin mengambarkan seorang pemimpin yang tidak cerdik. Malah banyak kenyataan Muhyiddin tidak mengambarkan seorang tokoh, malah kadang kadang kenyataan Muhyiddin dalam media dan akhbar sama taraf dengan pelajar PMR.
Utusan Malaysia dan Muhyiddin Yassin berbohong seluruh rakyat Malaysia malah menjemput kaum kaum di Malaysia mencurigai diantara satu sama lain. Malah ada unsur berniat jahat terhadap pentadbiran kerajaan Pulau Pinang Lim Guan Eng dan DAP.....berniat jahat dan amat racis, menuduh pentadbiran Lim Guan Eng anti Islam atas alasan kononya telah membatalkan perarakan maulidur rasul tahun 1431/2010.
Malah mendukacita Tun Abdullah Badawi bekas perdana menteri Malaysia juga membuat komen dan merasa kesal diatas perkara yang sama.Mungkin juga Abdullah Badawi bangkit dari lamunan tidur. Ingat Abdullah Badawi pernah menyesatkan umat islam dengan mengadakan islam hadari semasa menjadi perdana menteri. Islam hadari yang dikenal oleh Abdullah Badawi sesat dan tidak tepat disisi Islam.
Janganlah gopoh membuat kenyataan yang tidak ada fakta dan berhujah secara bodoh.Namun kami juga tidak sehaluan dengan cara politik DAP, Tapi membohongi rakyat serta menuduh Lim Guan Eng anti Islam kerana membatalkan perarakan maulid rasul bersifat rasic dan berniat jahat dan boleh membawa fitnah perkauman dan ugama.
Saranan kami kepada Muhyiddin Yasin dan spesis yang sama dengannya jangan mencetus suasana yang tidak harmoni dan jangan ambil pendekatan yang dianggap bodoh demi meraih sokongan politik. Kita hidup dalam dunia siber percapaian sesuatu berita dinilai oleh pehak menerima berita. Jangan bohong membuat kenyataan,.
Malah Muhyiddin Yassin sebagai menteri pendidikan Malaysia tidak sehebat bekas menteri pendidikan Datuk Seri Hishamermacamudin Tun Husein. Mungkin Muhyiddin Yassin teramat sebuk menjadi Timbalan Perdana menteri kok. Walauapa pun Pulau Pinang tetap mengadakan sambutan maulidur rasul tahu 1431h/2010. Malah Lim Guan Eng pernah berarak bersama dengan umat Islam semasa menyambut maulidur rasul .
Dan kepada akhbar utusan Malaysia dan semua akhbar arus perdana jangan jadi pengampu tegar. Kita bimbang sokong membawa rebah oleh berita yang dibaca. Ingat kita 1 Malaysia, 1 Negara, 1 bangsa Malaysia dan kita berwarna-warna kaum dan ugama. Uniknya Malaysia. Hijau warna PAS, Biru warna UMNO/BN
|
No comments:
Post a Comment