Monday, February 15, 2010

Zambry Gelabah utk meraikan thn baru cina

IPOH, 15 Feb: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sangat menggelabah dan cuba menarik sokongan orang Cina demi mempertahankan kerajaan yang disahkan oleh mahkamah minggu lepas dengan mengadakan sambutan Tahun Baru Cina.

Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim berkata, walaupun tidak menyalahi syariat namun ia telah melanggar adat susila yang selama ini diamalkan dan nampak sangat ‘bodohnya’.

Katanya, sebelum ini, beliau ada terdengar desas desus yang mengatakan Zambry akan mempergunakan sambutan itu untuk menarik sokongan masyarakat Cina supaya kembali menyokong BN tetapi tidak terfikirlah sampai ke tahap itu.

“Saya sangat terkejut dengan tindakan Zambry yang mendahului zaman dengan mengadakan sambutan Hari Raya Cina di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh, semalam, kononnya seperti yang dilaporkan oleh media mendapat sambutan yang hangat dari pelbagai bangsa di Perak,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.

Baginya, itulah sejarah baru dalam negara apabila seorang pemimpin Umno mengadakan rumah terbuka khususnya di kediaman rasmi bertaraf menteri besar di Perak.

“Sebelum ini kita dengar cerita kucing bertanduk dan ikan keli bersisik, sekali ini ianya berlaku di Perak dengan seorang yang mengaku Melayu mengadakan sambutan Hari Raya Cina,” katanya.

Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Perak itu menambah, sememangnya tidak masuk akal dan hanya dilakukan oleh orang yang tidak berakal apabila mengadakan hari terbuka bangsa lain.

“Kalau hendak dikatakan menghina mungkin boleh tetapi yang pasti Zambry sudah melukai hati penulis dan saya kira inilah yang dirasakan oleh penyokong Pakatan Rakyat khususnya orang yang sebangsa dengan saya,” katanya lagi.

Sebenarnya, kata beliau sewajarnya rumah terbuka Tahun Baru Cina hanya dianjurkan oleh pemimpin BN yang berbangsa Cina seperti yang akan dilakukan hari ini oleh Adun Cenderiang, Dr Mah Han Soon.

Beliau berkata, sebenarnya Zambry kalaulah dia cerdik hanya mempergunakan sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA itu untuk kepentingan politiknya dan BN.

“Itulah kebiasaan yang dilakukan oleh semua pemimpin Umno selama 50 tahun lebih dan tradisi ini telah dicabuli oleh menteri besar di Perak, bertambahlah koleksi pelanggaran sekali ini pelanggaran amalan budaya dan adat resam,” ujarnya.

Fw: Isu nama ALLAH kecoh dibumi, dilangit ALLAH tunjukkan sesuatu..Maha Suci ALLAH..

Subhannallah..mahasuci ALLAH yg menciptakan bumi langit.. apabila menerima email dpd group dan shbt2.. ana terfikir sejenak..apabila teringat kerenah anak buah ana si nana 2 minggu perekolahan tak silap ana..

Waktu ana drive nak menuju ke Sri gombak nana menjerit...buat ana tersentap daripada lamunan sambil mendengar alunan Nasyid & zikir..

Nana: Ateh.. perlahan sikit bawa kete cuba tgk dkt langit tu..

Ateh : Mana boleh, tgh jln ni.. ti accident ssh kita..

Nana: Ateh, ada nama ALLAH.. ada bentuk 5 jari sebelah sana ada ibu menyusukan ana

Ateh: Ana.. interested jg nak tgk.. tapi sebab drive so tak dpt tgk dgn kuysuk hanya pandang 2x imbas.. dan terucap subhanallah.. Ana perhatikan tingkah laku nana dalam kete. membiarkan minda dia berfikir.. sehingga kete ana meluncur ke destinasi pasti yg hendak dituju..di pintu pagar PKM..

Ateh : Setiba di PKM ana soal dia.. k tadi nana dh nampak kesebesaran ALLAH.. nmpk nama ALLAH terukir didada langit.. nana nmpk ada tangan berdoa dan ibu menyusukan ana..
so apa yg nana pikirkan dan ucapan apa yg nana kena ucapkan bila tgk benda pelik2 mcm tu

Nana: Erm.. mana nana tahu ateh, tapi kalau ibu susukan anak.. itu tandanya ibu sygkan anak dia..btl x?? tangan berdoa tu ..mcm ateh, nana, nenek lps solat kita berdoa.. Nama ALLAH.. tak tahu le ateh.cuba terangkan...

Ateh : nana.. pandai.. ana tersenyum sambil usapkan dahinya.. tahu tak kenapa jd begini??sbbnya skrg ni nana kena tahu isu terbesar sdg menimpa negara kita di m'sia kalimah ALLAH dipermainkan oleh golongan tertentu membuatkan isu ini menjadi hangat diperkatakan apabila ia dikaitkan dgn ISLAM majoriti org non muslim akan menganggap terjadinya isu kalimah ALLAH dan perkauman berpunca daripada PAS..sedangkan yg berpogandakan isu kalimah ini adalah pihak UMNO..

Ana cuba fhmkan nana secara terperinci lagi....walaupun dia usia 5thn tapi ana percaya zmn kanak2 sekarang bukan mcm dulu2.. masa ana dulu.. mmg ana akui.. tak tahu hal2 politik.. tapi pd nana,.dia mudah pickup apa yg ana ckp dan ajarkan pada dia.. mgkn ana bnyk membawa dia ke masjid,surau dan program jemaah.. daripada situ dia bnyk mempelajari sesuatu..so mmg dia tak kekok kalau berjumpa dgn org..bnyk soalan yg akan dikemukan pd org kdg2 org pun tak larat nak layan nana..

nana: Erm.. k, ateh yg tadah tangan tu betul tak nana ckpkan tadi..kita kena berdoa lps solat..

Ateh : Yop.. tanda kebesaran ALLAH, dalam apa juga keadaan kita sbg umat ISLAM jgn berhenti berdoa krn itulah senjata utama kita dlm berhadapan dgn musuh, then apa sekalipun kita buat, kena mulakan dgn bismillah & doa ..itu dikatakan ISLAM very perfected & nice..& tidak membebankan.. so..nana kena rajin berdoa kebaikan dunia akhirat..

Nana : k.. set.. yg ibu bg anak susu..

Ateh : erm.. itu tandanya.. KSH SYG seorg ibu. related kan jg ALLAH sygkan umatnya..msh dibg kita peluang utk berfikir kebaikan dunia akhirat.Apa yg berlaku skrg kita hendak menyelesaikan dgn cara terbaik & ksh syg tanpa mementingkan diri, politik sendiri sanggup buat apa sahaja sehinggakan yg hak & bathil ditolak ketepi..kita tidak terangkan ISLAM yg syumul ini secara terperinci kpd non muslim walaupun ada golongan utz, ustzh, alim ulama berperanan menjlnkan tgjwb mereka menjwb persoalan yg menimpa skrg.. mereka cuba buat yg terbaik agar non muslim blh terima secara baik dan tidak menyangka yg bukan2 tentang ISLAM...ttp ada golongan yg tidak bertanggungjwb tlh memberi confius kpd non muslim..membuatkan tercetusnya isu perkauman..itu jd huru hara.. tapi yakinlah ALLAH akan membantu setelah kita berusaha utk menyelesaikan cara terbaik..

Bila sebut KSH SYG ni.. mcm dlm nama ALLAH yg tersemat dlm Al-Rahman & Ar-Rahim dimana pengasih dan penyayang.. sifat penyayang yg mmg ada pada seorg ibu pd anak2nya dimana rahim hnya terletak pd ibu dan terletak pd anak. so mana sekali anak pergi , buat perangai susahkan hati ibu.. anak itu ttp akan ingatkan ibunya begitulah ibunya jg.. itulah kebesaran yg ALLAH berikan pd kaum hawa mcm kita ni.. .. mcm mama sygkan nana bg nana sekolah, mengaji, mkn dll.. kalau tak nana x g sekolah pasti..so nana kena sygkan mama, nenek & m.cik2 nana yg jaga nana.. fhm x.. kena padnaai bersyukur diatas nikmat yg ALLAH berikan pd kita.. kena rajin solat... dan ucapan yg terbaik apabola kita melihat sesuatu yg ajaib ciptaan TUHAN adalah subhanaallah..

Nana: yele.. nana fhm dh sikit2..

Ateh : so nanti nana shared story ni dgn ustzah dan kwn2.. nanti mesti ada yg tmbahkan cerita yg lebih menarik.. ateh tak blh cerita panjang lg coz nana dh nak masuk kelaskan..tanya ustzah kebesaran ALLAH lbh dalam lagi.. apa yg nana nampak tadi.. k..

Nana : K Ateh.. set. ateh nak ambil pkl brpa?? soalan sering ditanya..

Ateh : I.ALLAH kalau tak bnyk keje 11:30 am ateh amik tapi kalu lewat tu, nana sendiri ingatle ye.. duduk diam2 ikut kwn mengaji.. hehe.. mesti 10sion dgn ana,,

tulah sedikit perbualan yg berlaku semasa sibuk2 berlakunya isu kalimah ALLAH, sygnya ana tak dpt nak ambil foto coz. brg2 kamera, h/p, recording ana semua dkt belakang sit. tapi demi TUHAN itulah yg trjadi..foto2 dibawah masih terbayang di kepala ana & nana sehingga kini.. cuma ana taknak hebohkan dulu..sehingga ana terima email ini dlm box ana.. utk kita berkongsi bersama.. sungguh bila terima email ini ana tunjuk pd nana foto2 ni.. dia terkejut lg.. dan cerita pd semua org yg ada dkt rumah.. erm.. budak ni becok sgh.. ana biarkan dia bercerita.. agar dia ada keyakinan dlm berhujah 1 hari nanti..

Marilah kita berfikir sejenak diatas kebesaran ALLAH swt..kalau anak2 kecil ini boleh berfikir secara wajar & positif mengapa kita yg semakin tua dh hampir2 menuju ke alam barzakh masih tidak berfikir mana yg terbaik kebaikan dunia akhirat.. waallahualam..



Isu nama Allah. Gegak gempita dibumi. Demo merata tempat di negeri-negeri. Bakar gereja, bakar surau dijadikan alat provokasi. Lihatlah.., di dada langit kalimah Allah tertera jelas buat mereka yang berfikir. Apa lagi yang kita bingungkan ? Muhasabahkan diri, tentu ada sesuatu yang wajar ditafsir dari kejadian ini. Subhanallah. Maha Suci Engkau Yang Maha Berkuasa, Ya Allah..!


Kejadian berlaku di daerah Slim River. Antara jam 12.30 pm ~ 2 pm. Dari sumber yang diterima, kalimah Allah itu telah disedari tanpa sengaja oleh seorang guru berbangsa cina yang mana beliau merasa sangat ‘aneh’ kepada tulisan yang timbul itu. Setelah dirujuk gumpalan awan yg terbentuk itu merujuk kepada kalimah ‘Allah’.

Pelajar-pelajar yang berkesempatan melihat ‘keanehan’ yang berlaku hari itu.


Foto dibawah lebih jelas dilihat gumpalan awan yg membentuk kalimah ‘Allah’.


Shot yang diambil dari tingkat bawah bangunan sekolah. Foto dibawah ini pula sangat menyerupai sepasang tangan manusia yang sedang menadah berdoa dari kedua belah tangannya. Gumpalan awan yg membentuk kalimah bismillah dan masyar juga dapat dilihat.



Dari foto yang diterima ke kotak email wak turut disertakan 2 keping foto yang diambil oleh salah seorang guru sekolah itu, yang mana ketika itu jelas dilihat bagaimana fenomena matahari yang terik dikelilingi oleh jalur bulatan pelangi yang sangat cantik dan menakjubkan.

Kejadian aneh dilangit itu berlaku agak lama, dan gumpalan awan-awan putih yang membentuk kalimah2 tersebut dapat dilihat lebih dari 10 minit sebelum bertukar kepada kalimah yang lain. Subhanallah.


Terima kasih kepada cikgu Amrun Osman yang susah payah menghantar semua foto2 tersebut ke kotak email wak buat tatapan pembaca blog. Allahuakbar !

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ


2 Hati Mencintai Ilahi..Bergabunglah Jiwa Bersatulah Hati, 2 Jiwa 1 Cinta, 2 Jasad 1 Matlamat, Bila Cinta Kerana Allah...Berpisahnya Tidak Gelisah, Ukhwah Itu Indah Bila Terjalinnya Kerana Allah

Sunday, February 14, 2010

"Wajah" Gadis Mongalia Di teluk Sepangar,?. Najb Takut dgn Bayang2



1 Malaysia ketawa terbahak-bahak berita kapal selam milik TLDM tidak boleh tenggelam. Pembelian kapal selam dari negara Perancis penuh mistri sehingga mngorbankan wanita Mongolia. Malah isu kematian gadis yang bernama Al-tantuya dikaitkan dengan perdana menteri Malaysia Datuk Seri Muhd Najib Razak. Maka timbul cerita yang sensasi dan kontrovasi kokonnya wajah Al-Tantuya berada didermaga Teluk Sepangar, Sabah tempat dimana kapal selam Scorpene berlabuh. Untuk rekod kapal selam adalah kapal pertama milik TLDM yang dibeli dengan harga RM1 billio. Mungkin "hantu al-tantuya" berada dalam kapal selam tersebut?. Sebelum ini pehak kementerian pertahanan menafikan kapal salam tidak boleh tenggelam. Mungkin semua pemimpin umno yang terlibat dengan pembelian kapal selam tersebut dihantui oleh wang rasuah.

Betul apa yang diperkatakan oleh penulis maya dalam blogs masing bayang dan roh wanita Mongolia berada dimana di bumi Malaysia selagi pembunuh sebenar tidak diadili dan dihukum kerana terlibat dalam komplot mistri pembunuhan AL-tantuya. (kata-kata sindiran). mungkin hantu Al-tantuya meminta wang atau imbuhan yang belum diberes lagi.

Seluruh akhbar didunia terutama akhbar dinegara Perancis memaparkan nama Datuk Najib Razak terlibat dalam kes kematian wanita Mongolia. Najib sendiri dikatakan mendapat wang segera kerana usrusan pembelian kapal selam tersebut termasuk Razak Baginda. Namun sehingga hari ini Najib Razak tidak disiasat oleh SPRM. Mungkin Najib Razak tidak terlibat dengan kematian wanita momgolia dan wang rasuah atau komisen pembelian kapal selam yang tidak boleh tenggelam. Hanya Najib dan Rosmah sahaja yang tahu.

Tidak hairan lah wajah-wajah dan hantu serta roh wanita yang bernama Al-tantuyaa berada di bumi Malaysia, atau mungkin wajahnya berada dalam kapal selam scorpene dan mungkin berada diruang tamu rumah Najib Razak.

Al-tantuya berada bersama Najib Razak dikala gadis berkenaan masih hidup. Malah makan bersama Najib. Umumnya Al-tantuyaa masih menjadi mimpi ngeri Najib Razak. Najib dan kapal selam scorpene dan Al-tantuyaa tidak dapat dipisahkan.

Mungkin kapal selam tidak boleh tenggelam merindui wajah ayau Al-tantuyaa. Dah jemu kenyataan pehak TLDM kononnya kapal selam tersebut mengalami kerosakkan teknikal. Tak sampai setahun rosak dengan berhujah seribu alasan. Dan maklumat yang diterima serta terdapat didada akhbar kos selenggara kapal selam scorpene RM1 juta satu hari, betul ke?.

Dengan nada sinis kami ucapkan kepada Najib Razak serta terjedi kapal selam "wajah gadis mongolia bernama Al-tantuyaa berada di Teluk Sepangar" malah berlegar-legar dalam kapal selam koko?". Amat malang dan amat dukacita perkara yang menimpa kerajaan Malaysia. 1 perompak,1destinasi, 1 wajah, 1 hantu 1 malaysia pelik.

Khaulah said: Bila terkenang kan aktantuyua punya kes.. teringatlah kome masa PRK di perak... bila semua penyokoong memakai topeng altantuya..rata2.. semasa najib & kuncu jentrea UMNo datang kena boooo... dan mereka takut apabila melihat topeng altantuya dipakai oleh pengundi & penyokong..menjadi isu pula apabila perayu undi pembangkang ditumbuk oleh excord UMNO yang memang kaya dgn sifat gangster.. topeng altantuya dicabut. petugas muslimin dipukul, petugas muslimat diraba oleh pemuda UMNO..apa lagi muslimin yg sentiasa menjaga kehormatan dan keselamtan muslimat yg bertugas.. sanggup muslimin bergadainya nyawa untuk menjaga keselamatan muslimat.. anak2 kecik yg mengikut ibubapa mereka bertugas menjerti & berkata.. UMNO berbagai2 ..menandakan generasi muda yg kecil ini jg tahu berfikir mana yg terbaik... masa itulah provokasi menjadi2.. masya-ALLAH..kalau ikut kan darah muda.. ingin sekali ana berada disitu hayunkan payung ketuk kepala jentera UMNO yg terlebih belajar..namunpun begitu akhlak & nama baik parti kena dijg.. hnya doa yg menjadi senjata utama dgn mengharap pertolonganNya dan sentiasa dipanjatkan agar mereka tumbang dan ALLAH swt layak membalasnya..Hati kecil ini berkata..bahwa jentra UMNO tidak tahu menghormati kaum hawa..hei..apa nak jadi dgn UMNo yg diketuai oleh NAJIB..

"

Utusan Malaysia dan Muhyiddin Yasin Bohong..BOIKOT UTUSAN & TV3



Sungguh malang seorang Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno Malaysia Tan Seri Muhyiddin Yassin tidak cermat dalam menerima berita dan membuat kenytaan bohong malah ianya bersifat provokasi kaum dan ugama. Mengapa Muhyiddin cukup celupar dan tidak cermat dalam membuat kenyataan muruhan malah membodohkan fikiran Muhyiddin seorang pemimpin besar.

Jangan tangkap muat membuat kenyataan hanya untuk mencari publisti murahan. Muhyiddin mengambarkan seorang pemimpin yang tidak cerdik. Malah banyak kenyataan Muhyiddin tidak mengambarkan seorang tokoh, malah kadang kadang kenyataan Muhyiddin dalam media dan akhbar sama taraf dengan pelajar PMR.

Utusan Malaysia dan Muhyiddin Yassin berbohong seluruh rakyat Malaysia malah menjemput kaum kaum di Malaysia mencurigai diantara satu sama lain. Malah ada unsur berniat jahat terhadap pentadbiran kerajaan Pulau Pinang Lim Guan Eng dan DAP.....berniat jahat dan amat racis, menuduh pentadbiran Lim Guan Eng anti Islam atas alasan kononya telah membatalkan perarakan maulidur rasul tahun 1431/2010.

Malah mendukacita Tun Abdullah Badawi bekas perdana menteri Malaysia juga membuat komen dan merasa kesal diatas perkara yang sama.Mungkin juga Abdullah Badawi bangkit dari lamunan tidur. Ingat Abdullah Badawi pernah menyesatkan umat islam dengan mengadakan islam hadari semasa menjadi perdana menteri. Islam hadari yang dikenal oleh Abdullah Badawi sesat dan tidak tepat disisi Islam.

Janganlah gopoh membuat kenyataan yang tidak ada fakta dan berhujah secara bodoh.Namun kami juga tidak sehaluan dengan cara politik DAP, Tapi membohongi rakyat serta menuduh Lim Guan Eng anti Islam kerana membatalkan perarakan maulid rasul bersifat rasic dan berniat jahat dan boleh membawa fitnah perkauman dan ugama.

Saranan kami kepada Muhyiddin Yasin dan spesis yang sama dengannya jangan mencetus suasana yang tidak harmoni dan jangan ambil pendekatan yang dianggap bodoh demi meraih sokongan politik. Kita hidup dalam dunia siber percapaian sesuatu berita dinilai oleh pehak menerima berita. Jangan bohong membuat kenyataan,.

Malah Muhyiddin Yassin sebagai menteri pendidikan Malaysia tidak sehebat bekas menteri pendidikan Datuk Seri Hishamermacamudin Tun Husein. Mungkin Muhyiddin Yassin teramat sebuk menjadi Timbalan Perdana menteri kok. Walauapa pun Pulau Pinang tetap mengadakan sambutan maulidur rasul tahu 1431h/2010. Malah Lim Guan Eng pernah berarak bersama dengan umat Islam semasa menyambut maulidur rasul .

Dan kepada akhbar utusan Malaysia dan semua akhbar arus perdana jangan jadi pengampu tegar. Kita bimbang sokong membawa rebah oleh berita yang dibaca. Ingat kita 1 Malaysia, 1 Negara, 1 bangsa Malaysia dan kita berwarna-warna kaum dan ugama. Uniknya Malaysia. Hijau warna PAS, Biru warna UMNO/BN

BOIKOT UTUSAN M'sia, TV3..semua media yg berhubungkait dgn UMNO..semua tak boleh pakai... rata2 rakyat m'sia kena tipu bulat2 oleh UMNO HAPRAK..

Beri peluang pada Zambry, negeri Pakatan Rakyat macamana?

Saya tertarik dengan tajuk akhbar The Star hari ini yang menyiarkan ulasan Perdana Menteri Najib Tun Razak terhadap keputusan 5-0 Mahkamah Persekutuan semalam. Akhbar itu membawa tajuk:Give Zambry a chance, says Najib
(Beri Zambry peluang kata Najib)

Beliau berkata dengan keputusan ini Zambry sepatutunya diberi peluang memimpin Perak dan sebarang masalah atau ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran BN Perak dibawa pada PRU akan datang.

Bagi saya itu saranan yang bijak cuma malangnya kenapa hanya di Perak? Kenapa tidak begitu juga di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor? Sepatutnya beliau juga menyarankan:

Give Nik Aziz, Azizan, Guan Eng and Tan Sri Khalid a chance!

Macam mengapa di negeri-negeri Pakatan Rakyat ini kerajaan Persekutuan BN terus menganggu dan tidak memberi kebebasan pada kerajaan-kerajaan negeri pilihan rakyat mentadbir negeri masing-masing.

Contohnya mengapa perlu ada JKKKP apabila kerajaan negeri sudah melantik JKKK nya? Mengapa peruntukkan kepada kerajaan-kerajaan negeri ini disekat-sekat? Mengapa kerajaan negeri tidak dilibatkan dalam program Persekutuan di negeri masing-masing? Mengapa apabila PM dan Menteri turun ke negeri-negeri ini, kerajaan negeri dianak-tirikan?

Benar beri peluang pada Zambry, tapi jangan pula dipinggirkan Nik Aziz, Azizan,Guan Eng dan Tan Sr Khalid. Sebagai PM Najib perlu sedar bahawa kerajaan-kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor juga sah dan perlu dihormati dan diberi pengiktirafan. Negeri-negeri ini semua membentuk Persekutuan Malaysia,oleh itu sebagai PM Persekutuan beliau perlu adil dan saksama pada semua negeri-negeri yang bernaung di bawah Persekutuan.

Kalau BN Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor ghairah sangat mahukan kuasa, tunggu-tunggulah sehingga PRU ke 13 nanti apabila rakyat keluar kembali untuk membuat keputusan. Sementara itu hormatilah keputusan rakyat dimana-mana pun.

Fitnah dan tohmah, matlamat menghalalkan cara

Apa sahaja cara akan digunakan asalkan ianya memberikan keuntungan politik kepada Umno/BN. Lantaran itu media terus digunakan oleh Umno/BN untuk memfitnah dan mentohmah musuh politiknya walaupun jelas sekali tuduhan tersebut tidak berasas.

Mengapa tidak bertamadun sekali Umno/BN berpolitik?

Tidak ada langsung rasa bersalah samada dari segi Islam, demokrasi maupun etika kewartawanan. Semuanya dirempuh dan diterajang ke tepi tanpa rasa segan dan malu. Rasa malu kepada Allah langsung tidak diambil peduli, rasa malu kepada manusia dipandang sepi. Semuanya gara-gara mabuk dan tamakkan kuasa tidak mahu menerima kenyataan bahawa BN sudah dibenci rakyat.

Tidak cukup dengan diskriminasi yang dihadapkan kepada kerajaan-kerajaan negeri PR, mereka menggunakan apa juga ruang yang ada untuk menimbulkan persepsi negative rakyat kepada kerajaan PR.

Media terus dihamba abdikan dan diperkudakan untuk tujuan jahat ini. Pelbagai fitnah dan tohmah di hamburkan walaupun kekadang ianya tidak masuk akal langsung. Dosa pahala malu dan segan sudah tidak ada dalam kamus mereka.

Terbaru seperti yang dilaporkan Harakah, mereka menuduh kerajaan Pulau Pinang membatalkan program Sambutan Maulidur Rasul sedangkan program tersebut sejak awal-awal lagi dimasukkan dalam calendar program kerajaan negeri. Mengapa begitu bebal media dan tuannya menuduh dan memfitnah. Sedangkan rakyat tahu dan sedar bahawa program tersebut sudah pasti diadakan.

Saya berpendapat tujuan mereka memuatkan berita itu adalah untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri. Jadi selepas jika kerajaan negeri mengadakan program sambutan itu sudah media dan tuannya itu akan mendakwa sambutan itu diadakan semula selepas mendapat bantahan Umno/BN. Begitulah taktik mereka.

Harapan saya agar rakyat tidak muda tertipu dan terpedaya dengan tindakan kejam, biadap dan tidak bertamadun media pengampu Umno/BN fsn tuannya ini.

Friday, February 12, 2010

Liwat ....Boleh Percaya Atau Tidak ?

gegaran isu politik Malaysia

Akhir-akhir ini di sana sini membicarakan persoalan liwat dan politik. Namun di tengah-tengah tuduhan oleh pihak terbabit, ingin saya mengingatkan semua pembaca dan mereka yang mengikuti isu terbaru politik Malaysia ini agar BERAWAS-AWAS. Ia tidak seperti mempercayai tuduhan-tuduhan lain seperti dia agen Yahudi, mereka makan rasuah, amalkan kronisme, pasukan Sepanyol akan menang final Euro dan lain-lain.

Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)

Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata :

ولا يقبل في اللواط إلا أربعة لانه كالزنا في الحد في الشهادة

Ertinya : Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum" ( Al-Muhazzab, 3/332)

Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.

Kesalahan ini dicatat oleh Allah swt :-

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Ertinya : Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)

Imam Al-Qurtubi berkata sebab turun ayat ini adalah antara kepada kes fitnah terhadap Sayidatina Aisyah ataupun kes Hilal bin Umaiyah (yang menuduh istreinya berzina) atau lainnya, namun yang terpenting hukumnya berjalan terus.

Walalupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi).

RINGKASAN SYARAT-SYARAT

Qazf mempunyai beberapa syarat :-

1) Syarat kepada penuduh :

  • Beraqal
  • Sudah baligh

2) Syarat BENDA YANG DITUDUH untuk dianggap qazaf

  • Menuduh dengan salah satu antara tiga tuduhan yang mewajibkan dihukum, iaitu ZINA dan LIWAT atau menafikan nasab anak sendiri ( ertinya menuduh isteri berzina). ( Al-Fawakih Al-Dawani, 2/211)

3) Syarat orang yang dituduh

  • Beraqal
  • Baligh
  • Islam
  • Merdeka diri
  • BERSIH DARI tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Justeru, saya nasihatkan agar semua yang membaca berita hangat terkini dalam arena politik Malaysia hari ini agar menahan diri dan menyerahkannya kepada pihak hakim untuk meneliti bukti-bukti kedua-dua pihak, sebagaimana disebutkan oleh Allah swt :-

ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء

Para ulama sepakat bahawa ayat ini menunjukkan wajibnya si penuduh membawakan saksi seramai empat orang. Perbincangan terperinci berkenaan hal ini terlalu panjang. Namun saksi inilah kuncinya, tanpanya, kita tidak atau belum boleh mempercayai satu apa pun berkenaan tududan zina dan liwat atau kita mencari nahas di akhirat. (Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina', 6/433)

Imam Malik berkata :

قول مالك، وإن اضطرب واحد منهم جلد الثلاثة، كما فعل عمر في أمر المغيرة بن شعبة،

Ertinya : Jika salah seorang dari empat saksi goyah dan tidak kukuh penyaksiannya, ketiga-ketiga saksi yang lain akan dihukum sebat (80 kali kerana qazaf), sebagaimana yang dilakukan oleh Umar dalam kes AL-Mughirah Bin Syu'bah, (iaitu apabila seorang saksi bernama Ziyad tidak bersaksi maka semua tiga orang saksi sebelum itu disebat kerana menuduh Al-Mughirah. ) ( Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi)

Selain dari mesti dihukum sebat 80 kali bagi mereka yang menuduh zina dan liwat tanpa 4 saksi, si penuduh juga dihukum dengan penyaksiannya akan tertolak selama-lamanya selain dianggap Fasiq. Namun majoriti ulama berkata, dikecualikan bagi mereka yang bertaubat bersungguh-sungguh.

Namun Al-Qadhi Suraih, Ibrahim An-Nakh'ie, Hasan Al-Basri, Sufyan At-Thawry dan Imam Abu Hanifah tidak sependapat apabila mereka berkata penolakan hak boleh beri saksi kekal walalupun taubat, hanya gelaran fasiq sahaja yang dihapuskan di sisi Allah.

Sekadar itu sahaja bagi memperingatkan umat Islam di Malaysia agar jangan tersilap langkah dalam menerima berita-berita hal zina dan liwat ini.

Mungkin si pendakwa dan mereka yang menyebarkannya TIDAK AKAN dihukum qazaf di dunia, namun Allah maha mengathui siapa yang benar dan salah, hukuman pasti menunggu di AKHIRAT, bermula dari alam barzakh, sama ada pendakwa atau tertuduh. Kecualilah jika individu tersebut bukanlah seorang manusia yang akan menemui kematian, namun semua akan menemui kematian.

Namun ingat, bukan tugas kita untuk mempercayai selagi syarat-syarat yang disebut di atas tidak dipenuhi. Apa jua keputusan mahkamah, itu keputusan mahkamah dan selaku orang yang tidak terlibat, kita tidak dipaksa atau terpaksa untuk mempercayai atau menolak.

Sekian, ana terus mencari maklumat utk kita mendalami kes DSAI yanng telah dianyai oleh org2 yg tidak bertanggungjwb.. semoga kita tidak mudah membuat tafsiran dgn berbagi propaganda yg dimainkan oleh UMNO.. moga keadilan dan doa org yg teranayai didengari oleh ALLAH swt, insya-ALLAH..

ana copy paste posting ini daripada blog Ut. AlFadhil Zaharuddin Abd Rahman..

DIHIGHLIGHT KEMBALI ARTIKEL ALAM INI DISEBABKAN KEHNAGATAN ISU INI DI KETIKA INI. ( ulang siar pada4 Feb 2010)


Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI