Monday, December 3, 2012

Tiada Pilihan Lain Jika Parlimen Di Bubar Bulan Mac, 2013

SHAH ALAM:Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan  Kerajaan Negeri tidak mempunyai pilihan lain selain turut membubarkan Dewan Negeri Selangor (DNS) sekirannya Kerajaan Pusat memilih membubarkan Parlimen pada Mac 2013.
 
 Menurut Abdul Khalid, beliau tak nampak Parlimen dibubarkan pada Disember ini.  Jadi kalau dibubarkan pada Mac depan Selangor tiada pilihan lain.

Terdahulu, Abdul Khalid dalam satu kenyataannya berkata, Kerajaan Negeri tidak ikut membubarkan DUN sekiranya Parlimen dibubarkan sebelum keputusan kajian dari program ‘Selangorku Bersih’ diperolehi.

Program Selangorku Bersih merupakan satu program yang mengkaji kesahihan pengundi-pengundi yang berdaftar di Selangor.

Sementara itu, Speaker, Datuk Teng Chang Kim ketika menutup persidangan berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi dan kerjasama yang ditunjukan Adun-adun Negeri Selangor.


Editor : Khaulah Azwar

Thursday, November 29, 2012

MB : Tanah Selangor Bukan Untuk 'Tauke Sewa' - Detik Semasa


Mengapa Deligasi Israel Hadir Sidang Gas Sedunia Di K.L, Dr M Perlu Jelaskan

SHAH ALAM, 30 Nov: Badan NGO Jingga 13  mendedahkan  delegasi dari Israel telah menghadiri Persidangan Gas Sedunia (WGC) yang diadakan di Kuala Lumpur Jun lalu.

Ketua Kordinator Jingga 13, Fariz Musa dalam sidang media yang diadakan di lobi Bangunan Annex Dewan Negeri Selangor semalam  berkata,  Jingga 13 mendakwa terdapat bukti dalam senarai pendaftaran delegasi WGC  ke persidangan itu  antaranya  Pengurus Pembangunan Komersial LNG dari syarikat Noble Energy, Doorneweeret, Hans Peter. Beliau merupakan salah seorang delegasi Israel, ujarnya dengan menunjukan bukti nama  delegasi dari Israel.

Menurutnya, Jingga 13 membuat desakan agar  Penasihat Petronas, Tun Mahathir Mohamad menjelaskan pendirian mereka mengenai hal tersebut. 

Kata Fariz, “Kami desak Wisma Putra dan Penasihat Petronas, Tun Mahathir Mohamad menjelaskan pendirian mereka berhubung perkara ini kerana ia bertentangan dengan dengan solidariti rakyat Malaysia yang memperjuangkan hak rakyat Palestin dan tidak mahu sebarang hubungan diplomatik dengan Israel".

Jingga 13 juga mencabar kerajaan, Petronas dan MGA untuk mendedahkan maklumat sebenar senarai delegasi khususnya selepas 15 April 2012.

Fariz juga mendakwa MGA pernah menulis surat kepada persatuan gas di Israel bagi merayu sokongan mereka terhadap pencalonan Naib Presiden Urusniaga Gas Petronas, Datuk Abdul Rahim Hashim bagi jawatan Presiden International Gas Union (IGU) bagi sessi 2009-2012.


Editor : Khaulah Azwar

Wednesday, November 21, 2012

Kemelut Air Selangor (SYABAS), Jangan Tolong ORang yang tak tolong rakyat


Kerajaan Negeri Wajar Segera Laksana Pilihanraya PBT

SHAH ALAM 22 NOV :  Kerajaan Negeri Selangor   seharusnya tidak menangguhkan perlaksanaan Pilihanraya Kerajaan Tempatan (PBT), kata Hannah Yeoh,  ADUN Subang Jaya.

Beberapa tahun yang lalu, Kerajaan Negeri sudah membelanjakan wang untuk membuat kajian perlaksanaan pilihanraya Kerajaan Tempatan di negeri ini.

Bagaimanapun, hasil kajian itu dan anggaran kos untuk perlaksanaan itu tidak diketahui.

Tambah Hannan lagi,  Pulau Pinang sudah dalam proses melaksanakan pilihanraya Kerajaan Tempatan dalam bulan Januari tahun depan.

“Justeru,  wajar sekiranya Kerajaan negeri yang merupakan negeri yang kaya dan maju tidak menangguhkan perkara itu kerana penduduk setempat mempunyai kuasa untuk memilih ahli majlis mereka.

“Pilihanraya Kerajaan Tempatan akan memastikan ‘the best person is picked’ untuk berkhidmat di dalam Pihak Berkuasa Tempatan.

“Oleh itu, janganlah Kerajaan Negeri menangguh perlaksanaan pilihanraya kerajaan tempatan,” katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor, semalam.


Editor : Khaulah Azwar

Pemain Bola Sepak, Ronaldo Lelong Kasut Emas Untuk Palestin

PEMAIN BOLASEPAK TERMAHAL DI DUNIA RONALDO PERNAH MELELONG KASUT EMAS YG DIMENANGI SEBANYAK 1.4 JUTA EURO KPD PALESTINE UTK PEMBINAAN SEKOLAH.


Hasil penjualan Kasut Emasnye itu untuk di dermakan kepada kanak2 Palestine. Apabila ditanya mengapa beliau berbuat demikian "Saya tidak suka kanak2 itu dilakukan sebegitu sehingga mereka meninggalkan dunia mereka secara terpaksa".

Cincin 24 juta isteri PM tak mahu derma? :)

Apa sumbangan kita pula untuk Palestine?
Ayuh muhasabah. Untuk menderma, boleh salurkan kepada, Maybank acct Muslim Care Malaysia Society (Viva Palestin) 564490211159.



Jika tidak mampu wang ringgit sentiasalah mendoakan kebaikan, pertolongan diberikan kepada seluruh umat islam di bumi Palestin. 

Bersamalah kita mendoakan kebaikan ummat dan  Ronaldo. Semoga allah memberi kpdnya hidayah untuk memeluk islam,  amiin.

 
"Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki."~ Ali Imran: 169.

Melucukan Sidang Parlimen

Pakatan MPs opposed AES strongly during the committee stage debate on allocation to Transport Ministry at Parliament today. We demanded for division voting (belah bahagi) on allocation to the ministry, after minister Kong Cho Ha finished his winding up speech.

BN chaps anticipated our demand for division voting which means individual MP's votes are recorded and many of the BN MPs, including a few
ministers, turned up at the chamber to support Kong.

I rushed from Selangor state assembly sitting to Parliament to register my stand.

While we are waiting for votes to be counted, many of us took photos with mobile phones.

Cowboy minister Nazri called my name to get my attention from across the Chamber while we were waiting for vote counting. He showed double thumbs up for me to take his photo. He's very proud of himself and shiok sendiri :-)

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI