SHAH ALAM, 30 Nov: Badan NGO Jingga 13 mendedahkan delegasi
dari Israel telah menghadiri Persidangan Gas Sedunia (WGC) yang
diadakan di Kuala Lumpur Jun lalu.
Ketua Kordinator Jingga 13, Fariz Musa dalam sidang
media yang diadakan di lobi Bangunan Annex Dewan Negeri Selangor semalam berkata, Jingga 13 mendakwa terdapat bukti dalam senarai pendaftaran delegasi WGC
ke persidangan itu antaranya Pengurus Pembangunan Komersial LNG dari syarikat Noble Energy,
Doorneweeret, Hans Peter. Beliau merupakan salah seorang delegasi Israel, ujarnya dengan menunjukan bukti nama delegasi dari Israel.
Menurutnya, Jingga 13 membuat desakan agar Penasihat Petronas, Tun Mahathir Mohamad menjelaskan pendirian mereka mengenai hal tersebut.
Kata Fariz, “Kami desak Wisma Putra dan Penasihat Petronas, Tun Mahathir Mohamad menjelaskan pendirian mereka berhubung perkara ini kerana ia bertentangan dengan dengan solidariti rakyat Malaysia yang
memperjuangkan hak rakyat Palestin dan tidak mahu sebarang hubungan
diplomatik dengan Israel".
Jingga 13 juga mencabar kerajaan, Petronas dan MGA untuk mendedahkan
maklumat sebenar senarai delegasi khususnya selepas 15 April 2012.
Fariz juga mendakwa MGA pernah menulis surat kepada persatuan gas di
Israel bagi merayu sokongan mereka terhadap pencalonan Naib Presiden
Urusniaga Gas Petronas, Datuk Abdul Rahim Hashim bagi jawatan Presiden
International Gas Union (IGU) bagi sessi 2009-2012.
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment