SHAH ALAM 22 NOV : Kerajaan
Negeri Selangor seharusnya tidak menangguhkan perlaksanaan Pilihanraya Kerajaan
Tempatan (PBT), kata Hannah Yeoh, ADUN Subang Jaya.
Beberapa tahun yang lalu, Kerajaan Negeri sudah
membelanjakan wang untuk membuat kajian perlaksanaan pilihanraya
Kerajaan Tempatan di negeri ini.
Bagaimanapun, hasil kajian itu dan anggaran kos untuk perlaksanaan itu tidak diketahui.
Tambah Hannan lagi, Pulau Pinang sudah dalam proses melaksanakan pilihanraya Kerajaan Tempatan dalam bulan Januari tahun depan.
“Justeru, wajar sekiranya Kerajaan negeri yang merupakan
negeri yang kaya dan maju tidak menangguhkan perkara itu kerana penduduk
setempat mempunyai kuasa untuk memilih ahli majlis mereka.
“Pilihanraya Kerajaan Tempatan akan memastikan ‘the best person is picked’ untuk berkhidmat di dalam Pihak Berkuasa Tempatan.
“Oleh itu, janganlah Kerajaan Negeri menangguh perlaksanaan
pilihanraya kerajaan tempatan,” katanya dalam sidang Dewan Negeri
Selangor, semalam.
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment