Wednesday, November 21, 2012

Utazah Masyitah Kantoi Lagi, Tuduhan Keatas Nurul Izzah

Nurul Izzah Anwar boleh dituduh menghina Islam sekiranya beliau sememangnya 
membuat kenyataan menggalakkan umat Islam meninggalkan Islam, fatwa terbaru dari 
Timbalan Menteri JPM Mashitah Ibrahim. Mashitah berkata setakat ini tiada peruntukan 
undang undang sebegitu untuk menahan muslim yang menggalakkan orang Islam lain 
murtad. 

Fatwa ustazah umno adalah seperti berikut,
Enakmen kita sebut, kalau seorang bukan Islam, dakyah Islam keluar Islam, 
maka ada enakmen kawalan pengembangan agama.  tapi yang wujud hari ini, bukan orang 
bukan islam mengajak keluar dari Islam, tapi orang Islam yang mengajak dan membuka 
ruang untuk orang Islam sendiri memilih agama setelah ibu bapa mendidik dan mewariskan 
agama Islam pada anak. setakat ini tiada peruntukan sebegitu, tapi boleh dimasukkan 
di bawah peruntukan menghina agama Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina," 

berbalik kepada fatwa dari ustazah umno yang telah lama di perhatikan, ketika ini tiada niat 
lain daripada cuba memutarbelitkan fakta yang jelas bahawa nurul izzah tidak berkata 
seperti yang di laporkan oleh media propaganda Barisan Nasional untuk terus menipu warga 
felda dan warga emas di malaysia, 

berikut tim era pasca akan mengupas serba sedikit akan murtad yang berlaku di malaysia, 
ianya adalah akibat dari pemerintahan Barisan Nasional. 

pertama - rosmah mansor tidak menutup aurat, samalah seperti menghina kesucian islam.

kedua - Najib Razak akui hudud itu undang undang Allah s.w.t tetapi dia berkata ianya tidak 
akan di laksanakan, ini juga lebih dasyat untuk menghina islam dan Allah Azzawajalla.

ketiga - pemimpin Barisan Nasional yang beragama islam telah mengamalkan rasuah, 
ini secara terang terangan telah menghina kesucian islam, al quran dan nabi s.a.w serta Allah s.w.t

tidak perlu tim era pasca butirkan dalam gambar di bawah ini, sila tanya ustazah umno itu
apakah umno selama ini taat kepada perintah Allah s.w.t dan sudah semestinya pemimpin 
Barisan Nasional yang beragama islam yang di katakan pengikut ahlul sunnah wal jemaah 
telah lama menghina ISLAM sejak 55 tahun yang lalu.

pada kajian tim era pasca, pemimpin umno dan barisan nasional yang ada selama 55 tahun
memerintah malaysia, mereka bukan dari pengikut ahlul sunnah wal jemaah tetapi mereka
dari aliran AHLUL PUNAH WAL RANAH. mereka berfatwa mengenai keburukan mereka
sendiri tanpa mereka sedari. 

video penuh kenyataan Nurul Izzah mengenai islam boleh klik 


 

ISLAM KAH MEREKA?
APAKAH INI TIDAK DI NAMAKAN MENGHINA ISLAM?

MEMECAT MUSLIMAH MEMAKAI PURDAH,
ISLAMKAH MEREKA?

UMNO MEMBENARKAN KES MURTAD.
ISLAM KAH MEREKA?

AHLI UMNO MENGAKU MENJADI RASUL MELAYU UMNO
ISLAM KAH PEMIMPIN PEMIMPIN UMNO?



  Rakan Pena : tiewnama - terlalu banyak untuk kami dedahkan, cukuplah sekadar ini dahulu.. kahkahkahkah

Apabila Hukum Di Persendakan, Ustazah Masyitah Bertaubatlah. Cium tangan Bukan Mahram??

Kuala Lumpur - by @tiewnama
 

Ustazah Mashitah mengeluarkan fatwa bahawa wanita boleh menjadi pelacur jika keadaan
darurat berlaku demi untuk sesuap nasi, ustazah umno ini juga pernah menekankan
bahawa seorang wanita adalah Haram bersalam dengan lelaki yang bukan mahram tetapi
dia sendiri boleh dengan pemimpin negara, lebih lebih lagi bekas bekas perdana menteri malaysia.

gambar di bawah menyatakan segalanya bilamana ustazah umno yang selama ini selalu
mengeluarkan pelbagai fatwa yang hanya menyebelahi pemerintah yang zalim iaitu Barisan
Nasional, di dapati dia sendiri telah melanggar etika keustazahannya yang mana sudah tentu
apa yang di pelajarinya tidak di amalkan dengan sempurna malahan melanggarnya dengan rela.

bekas pensyarah UIA ini adalah satu contoh buruk untuk generasi yang kehausan ilmu agama
dan ilmu ilmu yang lain, kerana umum tahu bahawa pengikut ahlul sunnah wal jemaah begitu
terikat dengan segala peraturan dan hukum yang telah di tetapkan oleh Allah s.w.t sebagai
jalan untuk menuju cara hidup sejahtera,adil dan saksama.

arakian tetapi akan hakikat itu hanyalah sandiwara semasa dari seorang wanita yang di angkat
oleh pemerintah yang zalim seperti Barisan Nasional sebagai lambang kepada sejarah sejarah
yang terdahulu, bilamana pedagang pedagang agama menyatakan pelbagai perkara menyentuh
perihal hukum di kaca tv dan media arus perdana, sedangkan merekalah yang paling durhaka.

umno dan barisan nasional memiliki ustazah yang tidak bercirikan islam dan tim era pasca akan
menyatakan apa yang pernah di sebut oleh ustazah umno ini iaitu ''dia boleh di dakwa atas
kesalahan menghina agama islam'', kerana umum tahu adalah 1 dosa wanita bersalam dengan
seorang lelaki yang bukan mahramnya.

seorang wanita yang bersalam dengan seorang lelaki yang bukan mahramnya sambil mencium
tangan lelaki itu selain suaminya adalah dari pengikut ahlul punnah wal ranah Barisan Nasional.
ubah sekarang selamatkan malaysia. 1malaysia rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan.

mungkin ustazah mashitah ini belajar dari kitab syitan yang di kenali seperti kata mahathir
mohammad bahawa umno dan Barisan Nasional adalah syaitan yang di kenali.

Tuesday, November 20, 2012

Tazkirah : Cara Penasihat Yang Betul : Utz Amin


MB Teliti Projek Kondo Batu Caves


Saran MB Selangor Batalkan Projek Kondo Batu Caves

SHAH ALAM 21 NOV :  Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)  Kota Alam Shah, M Manoharan meminta Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggunakan kuasanya sebagai Menteri Besar untuk membatalkan terus projek pembinaan kondominium di Batu Caves.

Beliau berkata,  projek tersebut tidak harus diteruskan kerana kawasan tersebut merupakan tempat beribadat penting untuk masyarakat India.

“Saya mencadangkan agar Menteri Besar tidak menangguhkan lagi perkara serius ini sebaliknya terus membatalkan semua keputusan yang dibuat sebelum ini.

“Saya juga yakin Tan Sri akan melakukan keputusan yang tepat dalam hal ini,” tegas beliau.

Tambahnya, sokongan kaum India terhadap kepimpinan Abdul Khalid juga dilihat semakin meningkat dari semasa ke semasa.

“Kalau Tan Sri bertanding di Batu Caves pun, pasti beliau akan menang dengan mudah kerana sokongan tinggi,” seloroh beliau.

Projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves baru-baru ini mendapat pelbagai tentangan daripada pelbagai pihak terutamanya kaum India.

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) kemudiannya mendedahkan dokumen salinan Minit Mesyuarat Penuh Bulanannya dan mendapati projek tersebut diluluskan pada 2007 iaitu ketika pentadbiran kerajaan Umno/BN lagi.

Editor : Khaulah Azwar

Sunday, November 18, 2012

BAS Bernilai RM650 Ribu di Beli Sendiri MB Selangor


Shah Alam : Menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim  hari ini menjelaskan bahawa bas yang digunakan dalam Jelajah Merdeka Rakyat PKR dibeli beliau pada harga RM650 ribu dan dibayar secara ansuran bulanan sebanyak RM10,833.

Khalid berkata demikikan dalam sidang DUN dengan menegaskan bahawa  bas itu dibeli dengan wangnya sendiri.

Sehubungan itu, beliau turut mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat pembelian tersebut untuk mempelajari bagaimana beliau menguruskan kewangan peribadinya dengan baik.

"Ia pembelian persendirian.Saya  sudah sarankan SPRM untuk membuat kajian dan diberikan dokumen-dokumen supaya mereka dapat melihat bagaimana tata kelola yang baik dari segi pengurusan kewangan negeri dan pengurusan kewangan persendirian," katanya.

Beliau mengulas isu berkenaan yang dibangkitkan ketua pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman yang menyoal sama ada bas itu juga didaftarkan di atas nama Khalid sendiri.

"Ia didaftarkan atas nama Abdul Khalid bin Ibrahim dan lesennya pun dibagi oleh JPJ," jawab Khalid berjenaka disambut ketawa kecil sebahagain ahli dewan undangan negeri.

Bas yang memaparkan wajah ketua pembangkang itu menjadi sasaran serangan batu dan juga cat merah sewaktu digunakan PKR dalam program jelajah ke negeri tertentu baru-baru ini.



Editor : Khaulah Azwar

PM, Najib Di Desak Hentikan Sandiwara Bela Palestin Tapi Jalin Hubungan Dengan Israil

SHAH ALAM :  Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia, Fariz Musa  mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak  menghentikan segala hubungan perdagangan, nasihat dan persahabatan dengan Regim Zionis Israel.
 
Katanya, sikap hipokrasi Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam masa sama konon menyokong perjuangan rakyat Palestin tetapi sebelah tangan lagi turut sama menyumbangkan ‘peluru’ kepada tentera Zionis Israel.

“Ia dilakukan melalui hubungan perdagangan yang sangat aktif seperti mana yang pernah Jingga 13 dedahkan melalui dokumen dan rakaman video di West Port, Pelabuhan Klang,” kata Fariz dalam kenyataan medianya.

Ujarnya lagi, sewaktu seluruh umat Islam menyambut Awal Muharram 1434 Hijrah, seluruh dunia dikejutkan dengan tindakan zalim tentera zionis Israel yang terus melakukan serangan di Gaza yang mengakibatkan Ketua Tentera Hamas, Komando Briged Al-Qassam Ahmad Jabari dan anaknya terbunuh.

Tentera Zionis Israel tanpa rasa bersalah dan perikemanusiaan terus merobek jasad dan bumi ambiya’ tersebut, melakukan kezaliman, membunuh rakyat Palastine yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak, orang tua dan wanita.
Barangan yang perlu di Boikot

“Kerajaan Umno-BN yang selama ini mempunyai hubungan akrab terutama dalam perdagangan bersama Zionis Israel, termasuk pembiayaan kontrak RM77 juta kepada APCO.

“Ianya membuktikan sikap sebenar pimpinan Umno-BN yang merupakan rakan rapat bersama Zionis Israel yang seterusnya diwarisi oleh Datuk Seri Najib Razak selepas Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

Justeru ujar beliau, Najib Razak dan pimpinan Umno-BN usah bersandiwara dan perlu menunjukkan sikap sebenar serta tidak berdolak dalih sedangkan dalam masa sama menjadi ‘penjilat’ kepada Zionis Israel.


Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI