Wednesday, October 3, 2012

Pembentangan Bajet 2013 PR Tingkat Ekonomi VS, Bajet Najib Sembunyi Hutang Negara

PETALING JAYA 4 OKT: Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (PR) yang dibentangkan baru-baru ini merupakan perbelanjaan berhemah, anti ketirisan, membantu meningkat pendapatan  isi rumah serta memberi manfaat kepada golongan wanita.

Sebaliknya Bajet 2013 Kerajaan Pusat yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanyalah sumbangan ‘one-off’ umpama gula-gula pilihan raya.

Demikian rumusan yang dibuat dalam forum ‘Belanjawan 2013-Perbandingan’ yang diadakan di Dewan Ilmu, Perpustakaan Komuniti di sini malam tadi.

Menurut Rafizi Ramli, Pengarah Startegi PKR,  meskipun PR mengurangkan perbelanjaan dalam belanjawannya tetapi mampu meningkatkan pendapatan boleh guna masyarakat negara ini.

Kajian menunjukkan belanjawan PR yang bertema ‘Ekonomi Rakyat Negara Berkat’ itu mampu menambah pendapat boleh guna sehingga RM930 bagi sebuah keluarga yang mempunyai lima ahli di mana suami bekerja sebagai guru di Lembah Klang.

Jelas Rafizi lagi, bajet Kerajaan Pusat yang mencatatkan defisit untuk tahun ke-16 berturut-turut, kali ini mencatatkan defisit 4 peratus menunjukan tiada usaha dibuat untuk mengurangkan hutang negara berbanding PR yang lebih berdedikasi untuk menurunkan defisit ke kadar 3.5 peratus.

Hutang dalam dan luar negara pada masa ini mencecah RM502 bilion menghampiri garis dibenarkan 55 peratus daripada Keluaran Negara Kasar (KDNK).

Walaubagaimanapun, Najib ketika membentangkan belanjawan baru-baru ini didapati cuba menyembunyikan angka hutang negara.
“Najib hanya cuba bermain silap mata matematik,” ulas Rafizi mengenai kesalahan angka-angka dan tindakan sengaja mencicirkan jumlah hutang negara dalam Bajet 2013 BN itu.

Sehubungan itu, Pengarah Startegi Pilihan Raya DAP, Dr Ong Kian Ming pula berkata, "Belanjawan 2013 PR turut menitikberatkan pencegahan ketirisan serta pembaziran dan menangani monopoli, kartel dan penyusunan semula peranan kerajaan dalam perniagaan lantas menyumbang ekonomi lebih sihat dan berdaya saing".

Antara kartel yang disebut kartel telekomunikasi, media dan syarikat penerbangan.

Dalam Belanjawan 2013 PR, monopoli yang dimiliki Bernas dalam pasaran beras negara dan Astro dalam industri televisyen setelit turut dikaji semula.

Belanjawan PR turut mengiktiraf peranan wanita negara ini dengan memperuntukan RM 4.5 bilion menerusi Agenda Wanita Malaysia (AWM).

Bawah agenda AWM, Caruman Wanita Nasional diperkenalkan bagi menjamin wanita negara ini mempunyai simpanan sekurang-kurangnya simpanan RM30,000 ketika berusia 50 tahun atau sekiranya pasangan meninggal dunia, diceraikan suami atau kehilangan upaya.

Selain itu AWM turut memperuntukan Elaun Penjagaan Anak bagi membantu wanita miskin yang bekerja di mana pendapatan isi rumah kurang dari RM1,000 sebulan.

Berbeza dengan bajet BN, di mana hanya RM1.8 bilion diperuntukan untuk wanita, kata Rafizi dalam sidang media.


Editor : Khaulah Azwar


 Mari Mengundi :

LIKE Jika Anda Pilih Belanjawan PR.

COMMENTS ''Dislike'' Jika Anda Memilih Belanjawan BN.
— bersama Pewaris Perjuangan Umno, Leman Raja Lawak Original, Penerangan Dpp Kedah, Ismail Salleh, Mtd Pas Pedu, Dahlia B. Lada, Mazhar Yusof, Asfanizam Abdullah dan Nasir Zakaria
Suka · · Kongsi · Rabu

Tuesday, October 2, 2012

Ibu, Ummi, Kalian Cinta Hatiku, Kasihku Tak Pernah Terhenti



Saat teringatkan ibu, ummi, lagu ini sentiasa diputarkan..(Khas untuk kalian, hopefully you all enjoy)..

Ibu, ummiku, cinta kasihku, terima kasih ku, takkan  pernh terhenti.

Kalian bagai matahari yang selalu bersinar, sinar hidupku, dengan kehangatanmu.

Betapa kalian amat bererti, dan kalian tak pernah ada ganti,
Kalianlah ibuku cinta kasihku ,
Terima kasihku tak pernh terhenti,

ya-Allah peliharakan ibu, ummi ku dalam apa juga keadaan, rahmatilah mereka sentiasa

Monday, October 1, 2012

cara UMNO/BN Nak Menang PRU 13



Jangan tak percaya, inilah cara yang akan digunakan UMNO-BN guna untuk meraih kemenangan. Walaupun terpaksa guna dengan apa cara sekalipun. 

So, sebagai rakyat yang Allah bagi akal fikiran yang baik, fikir-fikirlah untuk kebaikan umaah akan datang.. UMNO-BN harus dikuburkan dengan ubah undi.. 

PLEASE SET YOUR MIND, ONLY PAKATAN RAKYAT.

R1Ma dan KADS1M tak selesai masalah


ULASAN: Pemberian tayar kepada pemandu teksi. Menurut laman web Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, “program bantuan Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1Ma) lahir daripada cetusan buah fikiran Najib Razak, Perdana Menteri atas keperihatinan beliau mengenai masalah yang dihadapi pemandu teksi. Perdana Menteri faham akan keluhan pemandu teksi yang menghadapi kos penyelenggaraan yang kian meningkat”.

Melalui program ini, pemandu teksi akan menerima dua keping baucar TR1Ma bernilai RM260 setiap satu. Maka, jumlahnya menjadi RM520 untuk membeli empat biji tayar.

Penulis kurang periksa sama ada ini program tahunan atau hanya sekali seumur hidup, one-off. Tak mengapa, kita selesai dahulu di sini.

Bagi kes 2 pula melibatkan kad diskaun siswa yang dilancarkan baru-baru ini bagi pelajar IPT sepenuh masa seluruh negara yang mengikuti pengajian jangka panjang (sijil, diploma, ijazah dan ke atas).

Menurut laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kad ini bertujuan membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar IPT awam dan swasta seluruh negara. Melalui kad ini, pelajar IPT akan mendapat diskaun barangan terpilih daripada buku hinggalah aksesori kenderaan dan juga kecantikan. Tidak sebagaimana TR1Ma, tidak jelas sama ada program ini adalah cetusan idea Perdana Menteri.

Lalu, apakah masalahnya?

Apa hubungan antara empat biji tayar teksi itu dengan kad diskaun siswa? Bukankah program ini maha baik lagi bijaksana dan menyerlahkan keprihatinan pemerintah 1Malaysia bagi membantu dan meringankan beban rakyat? Bagi, yang bertanyakan soalan ini, sila baca kembali ayat pertama tulisan ini sebelum kembali melanjutkan bacaan.

Kedua-dua program ini pada zahirnya baik, kerana memberikan seorang pemandu teksi tayar, dan memberikan diskaun dari buku tulis hingga sabun buku kepada pelajar IPT. Namun, kedua-duanya gagal untuk menyentuh isu sebenar – dan timbul curiga, takut-takut, ini memang disengajakan!

Bagi kes pemandu teksi, yang mereka tuntut selama ini adalah permit teksi, kerana selama ini permit teksi ‘dianugerahkan’ kepada sebilangan individu yang kemudiannya menyewakan permit ini kepada pemandu.

Maka, setiap hari, pemandu teksi harus membayar sewa purata RM50 sehari, 6hari seminggu kepada syarikat pemilik permit. Ertinya, bagi setiap teksi, syarikat akan mendapat RM4800 sebulan, dan setelah ditolak dengan pinjaman bank untuk membeli teksi, mungkin ‘bodoh-bodoh’, untung bersihnya sekitar RM4000 bagi setiap biji teksi dan bayangkan berapa ratus permit yang setiap syarikat ada!

Tambahan pula, kebanyakan syarikat, tidak bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan teksi, dan ini harus ditanggung oleh pemandu sendiri.  Memang diakui, setiap pemandu layak untuk memohon permit individu, namun tidak mudah untuk mendapatkannya dan soalan yang lebih penting, mengapa permit teksi tidak diberikan terus kepada pemandu dan mengapa pula harus dilonggokkan kepada individu tertentu yang mungkin seumur hidupnya tidak pernah memandu teksi?

Lalu, setelah sekian lama membuat untung jutaan ringgit, setiap pemandu teksi atas ‘keprihatinan Perdana Menteri’, disedekahkan dengan empat biji tayar yang berharga RM520 (dan jika kos tayar melebihi nilai tersebut, baki bayaran ditanggung oleh pemandu). Inikah maknanya ‘Janji ditepati’?.

Demikian juga halnya dengan kad diskaun siswa ini yang turut mengalihkan siswa daripada tuntutan sebenar. Sejak sekian lamanya, (maha)siswa menuntut agar dipulangkan kembali autonomi universiti dan penstrukturan kembali pembiayaan pengajian tinggi yang membebankan (maha)siswa.
Lalu, pasti akan ada suara siswa belia dengan songkok tinggi dan rajin pula membimbit beg menteri akan menempelak, “jadi, janganlah ambik baucar buku, jangan ambik kad diskaun, turunlah ke jalan raya, demo hari-hari”. Nah, demikianlah, yang penulis maksudkan, pada akhirnya kita dilarikan dari isu sebenar dan perlahan-lahan dibahalulkan.

Tambah celakanya, program-program sebegini bukan sahaja mengalihkan ramai warga daripada isu yang lebih pokok, dan menciptakan ilusi baru, malah membentuk kebergantungan (dependency) dan mana-mana pemerintah yang baik, tidak akan membentuk kebergantungan warga kepadanya kerana itu bukan tugas negara.

Tugas negara adalah menyediakan seluas-luas ruang dan peluang kepada setiap anggota warganya untuk meningkatkan potensi diri masing-masing.


Oleh yang demikian, jika kita tidak berhati-hati dan kurang cermat, pasti kita akan mudah diperdaya ,dan dibahalulkan sehingga kita percaya kini masa untuk balas budi.


Editor : Khaulah Azwar

Anwar : Bajet Negara 2013 Penuh Gimik Politik





Pemimpin OIC Perlu Bersatu Hati Bentuk Satu Perlembagaan Untuk Melindungi Hak Islam

Gombak, 2 Okt, 2012 : Pengetua Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahra (MTSFAZ), Nazratun Nafizah Akhtar Husin turut menyelar penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang menghina junjungan Nabi Muhammad SAW.


Beliau berkata,  pemimpin OIC perlu bersatu dan mengambil serius menangani isu penghinaan ke atas baginda Rasulullah SAW.


Fenomena sejak akhir ini, kejadian menghina Nabi SAW, para sahabat, pembakaran kitab suci Al_Quran semakin menjadi-jadi.


Pihak yang tidak bertangunggawab terus - menerus melakukan perkara ini berulang kali walaupun di pihak pimpinan tertinggi daripada berbagai badan NGO, parti, alim ulama  seluruh Negara telah memberi amaran keras.


Menurut Nazratun,  pihak  pemimpin oic perlu tunjuk ketegasan dan bentuk satu perlembagaan untuk melindungi hak islam dalam semua perkara, agar Islam tidak dipandang rendah dan maruah Islam sentiasa terjaga.


Ujarnya lagi, Nabi  Muhamamad SAW bersabda  “umat Islam akhir zaman seperti buih dilautan.  Banyak bilangannya  tetapi  tiada bermakna”.
Justeru,  apakah kita hanya sekadar tunjuk perasaan  tanpa membuat tindakan yang benar-benar memberi peringatan kepada pihak terlibat dalam menghina junjungan Nabi Muhammad SAW.


Mungkin salah satunya kita boleh pulau mereka kembali ke Negara mereka mengikut undang-undang Negara Malaysia, setelah  Himpunan "Expresi Hijau Kasih Nabi" mengumpul sejuta ummat dipandang sinis oleh kedutaan Amerika.


Apa yang kita kesalkan, pihak kedutaan Amerika tidak berjumpa dengan pimpinan umat Islam untuk menerima memorandum bantahan dan memohon maaf sebaliknya hanya menghantar wakil Malaysia.


Tindakan ini benar-benar mendukacita seluruh umat Islam. Kita sentiasa mendoakan semoga Allah SWT sentiasa pelihara semua para  pejuang Islam dan selamatkan  seluruh umat Islam daripada fitnah akhir zaman.
 
Pada masa yang sama, beliau juga turut melahirkan rasa sedih dengan filem youtube terdapat golongan belia dan remaja menghina Azan dan Sola yang  berlaku di Malaysia, bukan diluar Negara. http://on.fb.me/TKNQuE.
Katanya, perkara ini tidak sewajarnya berlaku tetapi inilah yang terjadi. Bimbingan kepada anak-anak tidak kita bentuk dan terap nilai-nilai murni dalam diri mereka sejak daripada kecil lagi.  
MTSFAZ sentiasa berusaha memperbaiki akhlak anak-anak seluruh umat islam dengan menyediakan silibus pendidikan yang holistik gabungan akademik,islamik, kurikulum dan kokurikulum.  
Selain itu, pihak pemfileman juga sewajarnya menerbitkan filem-filem islam yang menceritakan siapakah Nabi Muhammad SAW serta keluarga baginda, bagaimana akhlak Nabi sehigga non muslim boleh menerima Islam. Semoga dengan sedikit pandangan ini dapat membantu umat islam lain dalam bersama-sama menegak kalimah Allah di muka bumi ini,  kata Nazratun kepada pemberita di Sekolah MTSFAZ  di Sri Gombak,  hari ini.
 
 
Editor : Khaulah Azwar
 
 
 
 

UMNO BN Penakut , Bahas Isu Belanjanwan Ramai Tak Hadir

Adakah TV3 akan siarkan berita ini malam ini...saya sebagai anak Malaysia merasa malau dengan Pemimpin BN...gah di dalam media tapi di Dewan yang mulia semasa DSAI bercakap MP BP hilang...Apa pendapat ANDA mengenai MP UMNO ini? —


SIMFONI KASIH TAUTAN HATI