Wednesday, October 3, 2012

Pembentangan Bajet 2013 PR Tingkat Ekonomi VS, Bajet Najib Sembunyi Hutang Negara

PETALING JAYA 4 OKT: Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (PR) yang dibentangkan baru-baru ini merupakan perbelanjaan berhemah, anti ketirisan, membantu meningkat pendapatan  isi rumah serta memberi manfaat kepada golongan wanita.

Sebaliknya Bajet 2013 Kerajaan Pusat yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanyalah sumbangan ‘one-off’ umpama gula-gula pilihan raya.

Demikian rumusan yang dibuat dalam forum ‘Belanjawan 2013-Perbandingan’ yang diadakan di Dewan Ilmu, Perpustakaan Komuniti di sini malam tadi.

Menurut Rafizi Ramli, Pengarah Startegi PKR,  meskipun PR mengurangkan perbelanjaan dalam belanjawannya tetapi mampu meningkatkan pendapatan boleh guna masyarakat negara ini.

Kajian menunjukkan belanjawan PR yang bertema ‘Ekonomi Rakyat Negara Berkat’ itu mampu menambah pendapat boleh guna sehingga RM930 bagi sebuah keluarga yang mempunyai lima ahli di mana suami bekerja sebagai guru di Lembah Klang.

Jelas Rafizi lagi, bajet Kerajaan Pusat yang mencatatkan defisit untuk tahun ke-16 berturut-turut, kali ini mencatatkan defisit 4 peratus menunjukan tiada usaha dibuat untuk mengurangkan hutang negara berbanding PR yang lebih berdedikasi untuk menurunkan defisit ke kadar 3.5 peratus.

Hutang dalam dan luar negara pada masa ini mencecah RM502 bilion menghampiri garis dibenarkan 55 peratus daripada Keluaran Negara Kasar (KDNK).

Walaubagaimanapun, Najib ketika membentangkan belanjawan baru-baru ini didapati cuba menyembunyikan angka hutang negara.
“Najib hanya cuba bermain silap mata matematik,” ulas Rafizi mengenai kesalahan angka-angka dan tindakan sengaja mencicirkan jumlah hutang negara dalam Bajet 2013 BN itu.

Sehubungan itu, Pengarah Startegi Pilihan Raya DAP, Dr Ong Kian Ming pula berkata, "Belanjawan 2013 PR turut menitikberatkan pencegahan ketirisan serta pembaziran dan menangani monopoli, kartel dan penyusunan semula peranan kerajaan dalam perniagaan lantas menyumbang ekonomi lebih sihat dan berdaya saing".

Antara kartel yang disebut kartel telekomunikasi, media dan syarikat penerbangan.

Dalam Belanjawan 2013 PR, monopoli yang dimiliki Bernas dalam pasaran beras negara dan Astro dalam industri televisyen setelit turut dikaji semula.

Belanjawan PR turut mengiktiraf peranan wanita negara ini dengan memperuntukan RM 4.5 bilion menerusi Agenda Wanita Malaysia (AWM).

Bawah agenda AWM, Caruman Wanita Nasional diperkenalkan bagi menjamin wanita negara ini mempunyai simpanan sekurang-kurangnya simpanan RM30,000 ketika berusia 50 tahun atau sekiranya pasangan meninggal dunia, diceraikan suami atau kehilangan upaya.

Selain itu AWM turut memperuntukan Elaun Penjagaan Anak bagi membantu wanita miskin yang bekerja di mana pendapatan isi rumah kurang dari RM1,000 sebulan.

Berbeza dengan bajet BN, di mana hanya RM1.8 bilion diperuntukan untuk wanita, kata Rafizi dalam sidang media.


Editor : Khaulah Azwar


 Mari Mengundi :

LIKE Jika Anda Pilih Belanjawan PR.

COMMENTS ''Dislike'' Jika Anda Memilih Belanjawan BN.
— bersama Pewaris Perjuangan Umno, Leman Raja Lawak Original, Penerangan Dpp Kedah, Ismail Salleh, Mtd Pas Pedu, Dahlia B. Lada, Mazhar Yusof, Asfanizam Abdullah dan Nasir Zakaria
Suka · · Kongsi · Rabu

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI