Wednesday, May 9, 2012

Selangor wujud Taman Botani Al-Quran

Klang : Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali melahirkan rasa gembira apabila program pertama jejak ilmuan Kerajaan Negeri  mewujudkan Taman Mini Botani Al-Quran telah berjaya dilaksanakan.


Beliau berkata dalam ucapan perasmian Taman Mini Botani Al-Quran, di Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Delek, Klang, “ negeri Selangor telah mencatit sejarah  negeri pertama di Malaysia mewujudkan Taman Mini Botani Al-Quran di sekolah bagi memperkasakan bidang pendidikan berasaskan Islam”.

“Saya harap dengan adanya  Taman Mini Botani Al-Quran semua warga pendidik dan pelajar akan lebih memahami dan mengetahui jenis pokok dan khasiatnya sebagaimana tercatat di dalam Al-Quran”.

“Buat pertama kalinya kita berada dalam satu majlis memperkenalkan satu pembaharuan iaitu Taman Mini Botani Al-Quran di mana sebelum ini tiada lagi di tempat lain sama ada sekolah agama atau sekolah biasa”, kata Dr Halimah.

Jelasnya lagi,  timbulnya  idea taman mini tersebut adalah ekoran undangan Kerajaan Qatar bersama Dr Abdul Latip di mana Qatar mahu mengembangkan Taman Botani Al-Quran di seluruh negara itu bagi memberi pendidikan berasaskan Islam.

Program Taman Mini Botani Al-Quran Pertama ini dijalankan Kerajaan Negeri  dengan kerjasama Universiti Selangor (Unisel) dengan peruntukan RM60,000 bagi memperkenalkan penanaman pokok yang terdapat di dalam Al-Quran.
Antara pokok yang ditanam di sekolah tersebut ialah Pisang, Lidah Buaya, Selasih, Setawar Hali, Labu Air, Timun, Jagung dan Inai.

“Selangor adalah negeri pertama yang memperkenalkan taman dengan konsep sebegini dan kita mahu meluaskannya ke daerah lain, insya-Allah,” katanya.

Sementara itu, Pengetua Sekolah SRA Kampung  Delek, Noraini ketika ditemui melahirkan rasa bangga kerana sekolahnya dipilih sebagai tapak perintis bagi projek tersebut.

“Saya bersama semua kakitangan sekolah berbesar hati dan bangga dengan pemilihan ini. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri, UNISEL atas penghargaan ini,” katanya.
 
Editor : Khaulah Azwar

Fitnah UMNO-Saya Tidak Gentar dan Berundur, Azmin Ali


Gombak: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mempelak media dan Blogger pro UMNO yang tidak henti-henti menyebarkan fitnah jahat dengan menyebarkan foto aksi ghairah saya bersama seorang wanita di dalam tandas dan sofa.

Katanya, saya yakin dengan sebaran  fitnah di buat adalah bertujuan   mengalihkan pandangan rakyat dari isu penipuan pilihanraya dan penyelewengan dana awam ini dimana Umno dihimpit krisis keyakinan dan menjadi sasaran kemarahan rakyat selepas Bersih 3.0,” katanya ketika di hubungi media hari ini. 

Jelasnya lagi, terdahulu Umno-BN melemparkan fitnah jahat dengan mengaibkan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat termasuk Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, pemimpin kanan PKR, Badrul Amin Bahron.

Budaya fitnah jahat ini memperlihatkan sikap pemimpin-pemimpin Umno yang merendahkan akhlak orang-orang melayu dimata masyarakat lain dan ianya menjadi hobi mereka. 

Skrip fitnah  isu seksual yang direka dan  Umno-BN ini sudah berulang selama 14 tahun walaupun bukti sudah jelas nyata bahawa tuduhan mereka merupakan pembohongan semata-mata,”kata Timbalan Presiden PKR,  Azmin Ali ketika ditemubual media hari ini, ujarnya.

Selain itu, UMNO juga pernah mainkan  isu status ibu bapa kandung terhadap anak saya. Untuk membuktikan isu ini fitnah semata-mata saya dan isteri sudah melakukan ujian DNA sebanyak dua kali pada Julai 1998 dan mengesahkan perkara tersebut sekaligus memelihara maruah keluarganya.

Semalam, tersiar meluas didada-dada akhbar seluruh Malaysia dan blogger umno, fitnah seks melibatkan  saya dengan melakukan adengan ghairah di tandas dan sofa.  

Justeru,  hari ini  saya berani menyatakan saya tidak bersalah dan sekaligus membidas kenyataan dikeluarkan oleh Utusan Malaysia memetik sumber blog pro Umno-BN yang menyebarkan beberapa keping gambar  saya bersama seorang wanita di tandas.

Selain  isu fitnah keluarga saya,  UMNO juga  mendakwa anak saya memiliki saham dan saya juga dituduh menghina Raja- Raja Melayu dan terbaru dituduh mencetuskan provokasi dalam Bersih 3.0, ujar Azmin merupakan ADUN Bukit Antarabangsa.

Jelasnya lagi,  suka saya menegaskan walaupun dilakukan apa juga bentuk kerja jahat dan fitnah dilontarkan kepada saya, insya-Allah tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus menegakkan kebenaran dan menentang kezaliman dilakukan oleh kerajaan Umno-BN.

Saya juga mendesak supaya Umno-BN menghentikan budaya politik fitnah, politik durjana yang boleh menghancurkan negara dan masyarakat.

Editor : Khaulah Azwar

Tuesday, May 8, 2012

UMNO Adakan Isu Seks Untuk Tutup Isu Bersih 3.0


Kampung Baru Batu Caves, 9 Mei: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim,  menyifatkan Kerajaan Pusat (UMNO-BN) cuba menutupkan kelemahannya dengan menyebarkan fitnah propaganda isu seksual, memburukan  pembangkang apabila lebih 300, 000 rakyat hadir ke Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April.
“Sokongan ratusan ribu rakyat dari seluruh pelosok negara turun dengan satu suara menuntut proses demokrasi yang adil adalah catatan sejarah negara.
“BERSIH3.0 yang menyatukan rakyat pelbagai latar belakang seharusnya dirayakan semangat dan prinsipnya.
“Malangnya, ada pihak yang cuba menutup isu sebenar yang dibawa BERSIH3.0. Suara rakyat yang mewakili jutaan rakyat mahu ditutup dengan cerita picisan yang memfitnah rakyat”, beliau bekata dalam  di satu ceramah perdana dan jelajah Merdeka Rakyat, Pasca BERSIH 3.0 di Kampung Baru di sini malam tadi.
Tambah Anwar lagi,“Rakyat menjadi mangsa akibat kekerasan dan keganasan polis diserang bertalu-talu di media kawalan UMNO, sedang pemangsa yang ganas dilindungi”.
“Insya-Allah, Pakatan Rakyat (PR) akan terus membawa berita gembira dari BERSIH3.0  ke seluruh negara mengenai kebangkitan rakyat.  Tarikh 28 April 2012 akan kita nobatkan sebagai Merdeka Rakyat”, ujarnya.



Orang ramai membanjiri Pasca Bersih 3.0 Pakatan Rakyat.
Kata Anwar, “Saya juga kagum dengan penyertaan ratusan ribu peserta semasa BERSIH 3.0, ini menunjukan UMNO –BN diambang kejatuhan,  dan  ia merupakan sebagai saham dan  perjuangan PR untuk menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti”.
“Ini merupakan satu tiupan amaran kepada UMNO-BN bahawa Perhimpunan BERSIH 3.0 adalah sebagai satu permulaan di kalangan pemimpin PR dan rakyat untuk menentang kezaliman Umno-BN dan insya-Allah akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya tuntutan pilhanraya bersih 3.0 tidak dipedulikan SPR dan kerajaan Pusat (UMNO-BN).
“Kita berikrar untuk bawa perubahan baik kepada negara ini mahupun terhadap rakyat.

Perjuangan kita tidak akan selesai dengan perhimpunan sahaja, sebaliknya kita akan buat lagi untuk menyatakan hak dan prinsip kita di negara ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan PR  akan terus mempertahankan hak asasi serta keadilan rakyat terutama kaum Bumiputera sebagai majoriti sekiranya diberi mandat memerintah.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, “penyertaan lebih 300,000 peserta pada perhimpunan itu menimbulkan reaksi kurang senang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang nyata semakin cuak terhadap desakan rakyat.
Ia dikuatkan lagi dengan tindakan Najib yang meminta bantuan tiga bekas Ketua Polis Negara untuk menyokong hujah beliau bagi mengaitkan BERSIH 3.0 sebagai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan”.
“Terdesaknya PM sehingga terpaksa minta Jabatan Fatwa mengeluarkan fatwa dan terdesaknya beliau sehingga terpaksa menggunakan khidmat Tun Hanif Omar, Tan Sri Rahim Noor dan Tan Sri Musa Hassan yang masing-masing mempunyai rekod buruk bagi menyokong hujah beliau.

Menjamu selera bersama ayahbonda.
“Penyertaan rakyat semasa perhimpunan BERSIH 3.0 adalah lambang kepada kebebasan terhadap ugutan dan kezaliman Umno-BN,” katanya

Tambahnya, perhimpunan itu juga membuktikan kebangkitan rakyat untuk menolak sebarang percubaan penipuan dan manipulasi pilihan raya oleh badan pengendalinya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Saifuddin turut menyelar tindakan SPR yang sewenang-wenangnya menukar kawasan mengundi seperti yang dialami Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim  dengan alasan mengubahsuai sempadan.

Ceramah malam tadi diganggu dengan siren polis pada jam 10.30 malam apabila dihadiri Datuk Seri Anwar.

Malam tadi berlangsungnya  dua  ceramah serentak antara pihak Barisan Nasional  dengan Pakatan Rakyat.

Ceramah BN diadakan di Kg Wira Damai  dan Ceramah PR  di Kg Baru Batu Caves. BN menampilkan Noh Omar, Zul Nordin, Zahip Md Arip dan Ezam Md Noor (tak datang) yang hanya hadir 100 orang sahaja,

Sementara PR menampilkan Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution, Zuraidah Kamaruddin dan beberapa pimpinan lagi telah berjaya menghimpun lebih 20,000.

Ceramah UMNO yang hanya hadir 100 orang.



Editor : Khaulah Azwar



Monday, May 7, 2012

Video Malam Sebelum Himpunan Bersih 3.0



Alhamdulilah disaat masa mencemburui ana namun diberi kesemapatan untuk merakam video ini untuk dipaparkan kepada semua pengunjung.

Insya-Allah dalam masa terdekat juga akan disiarkan video Himpunan Bersih 3.0 penyertaan ana bersama pimpinan dan rakyat di KLCC, doakan ana..

Video Kekejaman Polis-Lagi Nak Tipu Rakyat Ke??

Video Himpunan Bersih 3.0



Lihat sendiri tindakan polis, FRU dan DBKL dalam Himpunan Bersih 3.0 pada 28.04 di Dataran Merdeka. 






Video kedua





video ketiga di KLCC




Video keempat peserta terperangkap di Masjid Jamik



Video kelima liha sendiri kejadian ini.



Thursday, May 3, 2012

PTRS Bantu Pelajar Miskin Memperolehi Keputusan Cemerlang

Shah  Alam :  Pelajar SMK (P) Sri Aman, Meru, Jeetha Balasubramaniam lahir rasa terharu apabila memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sesi 2011.



Beliau salah seorang yang diberi peluang mengikuti Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) sesi 2011 sehingga memperolehi keputusan cemerlang.

“Terdahulu, saya ingin mengambil tuisyen tetapi ibu saya merupakan ibu tunggal dan tidak mampu membayar tuisyen. PTRS banyak membantu saya,” ujar Jeetha, 18, ketika ditemui dalam satu majlis pelajar cemerlang Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS), di Auditorium Jubli Perak, Shah Alam,  di sini.

“Semenjak ia diperkenalkan dibawah pengurusan pentadbiran Pakatan Rakyat tiga tahun lalu, saya dapati ramai rakan-rakan yang mengikuti PTRS, keseluruhannya mereka berjaya dengan cemerlang.”

Tambahnya lagi, sebelum  menyertai PTRS  saya mendapat keputusan yang tidak memuaskan dalam peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4. Tetapi dengan bantuan PTRS, saya berjaya mendapat 10A dalam SPM 2011 yang merupakan peperiksaan penting.

Sementara itu, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali ketika ditemubual media berkata, “mereka mahu cemerlang di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) malangnya bagi pelajar seperti  Jeetha, keluarga mereka tidak mampu untuk menghantar mereka ke tuisyen.
Alhamdulilah, kerajaan negeri Selangor yang mengamalkan negeri berkebajikan telah mengambil inasatif untuk membantu keluarga pelajar yang berpendapatan rendah RM1500 kebawah, fakir miskin dan OKU”.

“Kita sentiasa memberi peluang kepada semua pelajar tanpa kira warna kulit untuk mengikuti tusiyen percuma, dan kerajaan negeri Selangor sentiasa berusaha memastikan prestasi pelajar meningkat dari semasa ke semasa”,   katanya

Menurut Dr Halimah, seramai 13,367 pelajar telah menikmati manfaat daripada PTRS yang menelan belanja RM9.2 juta sejak ia diperkenalkan.

Anugerah Pelajar Cemerlang tersebut disampaikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
 
 
editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI