Gombak: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mempelak media dan Blogger pro UMNO
yang tidak henti-henti menyebarkan fitnah jahat dengan menyebarkan foto aksi
ghairah saya bersama seorang wanita di dalam tandas dan sofa.
Katanya,
saya yakin dengan sebaran fitnah di buat
adalah bertujuan mengalihkan pandangan rakyat dari isu penipuan
pilihanraya dan penyelewengan dana awam ini dimana Umno dihimpit krisis
keyakinan dan menjadi sasaran kemarahan rakyat selepas Bersih 3.0,” katanya
ketika di hubungi media hari ini.
Jelasnya
lagi, terdahulu Umno-BN melemparkan fitnah jahat dengan mengaibkan barisan
kepimpinan Pakatan Rakyat termasuk Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim,
Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, pemimpin kanan PKR, Badrul Amin Bahron.
Budaya
fitnah jahat ini memperlihatkan sikap pemimpin-pemimpin Umno yang merendahkan
akhlak orang-orang melayu dimata masyarakat lain dan ianya menjadi hobi mereka.
Skrip
fitnah isu seksual yang direka dan Umno-BN ini sudah berulang selama 14 tahun
walaupun bukti sudah jelas nyata bahawa tuduhan mereka merupakan pembohongan
semata-mata,”kata Timbalan Presiden PKR,
Azmin Ali ketika ditemubual media hari ini, ujarnya.
Selain
itu, UMNO juga pernah mainkan isu status
ibu bapa kandung terhadap anak saya. Untuk membuktikan isu ini fitnah
semata-mata saya dan isteri sudah melakukan ujian DNA sebanyak dua kali pada
Julai 1998 dan mengesahkan perkara tersebut sekaligus memelihara maruah
keluarganya.
Semalam,
tersiar meluas didada-dada akhbar seluruh Malaysia dan blogger umno, fitnah
seks melibatkan saya dengan melakukan
adengan ghairah di tandas dan sofa.
Justeru, hari ini
saya berani menyatakan saya tidak bersalah dan sekaligus membidas
kenyataan dikeluarkan oleh Utusan Malaysia memetik sumber blog pro Umno-BN yang
menyebarkan beberapa keping gambar saya
bersama seorang wanita di tandas.
Selain isu fitnah keluarga saya, UMNO juga
mendakwa anak saya memiliki saham dan saya juga dituduh menghina Raja-
Raja Melayu dan terbaru dituduh mencetuskan provokasi dalam Bersih 3.0, ujar
Azmin merupakan ADUN Bukit Antarabangsa.
Jelasnya
lagi, suka saya menegaskan walaupun
dilakukan apa juga bentuk kerja jahat dan fitnah dilontarkan kepada saya,
insya-Allah tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus menegakkan kebenaran
dan menentang kezaliman dilakukan oleh kerajaan Umno-BN.
Saya
juga mendesak supaya Umno-BN menghentikan budaya politik fitnah, politik
durjana yang boleh menghancurkan negara dan masyarakat.
”
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment