Shah Alam : Pelajar SMK (P) Sri Aman, Meru, Jeetha Balasubramaniam lahir
rasa terharu apabila memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) sesi 2011.
Beliau salah seorang yang diberi peluang mengikuti Program Tuisyen Rakyat
Selangor (PTRS) sesi 2011 sehingga memperolehi keputusan cemerlang.
“Terdahulu, saya ingin mengambil tuisyen tetapi ibu saya merupakan ibu
tunggal dan tidak mampu membayar tuisyen. PTRS banyak membantu saya,” ujar
Jeetha, 18, ketika ditemui dalam satu majlis pelajar cemerlang Program Tuisyen
Rakyat Selangor (PTRS), di Auditorium Jubli Perak, Shah Alam, di sini.
“Semenjak ia diperkenalkan dibawah pengurusan pentadbiran Pakatan Rakyat
tiga tahun lalu, saya dapati ramai rakan-rakan yang mengikuti PTRS,
keseluruhannya mereka berjaya dengan cemerlang.”
Tambahnya lagi, sebelum menyertai
PTRS saya mendapat keputusan yang tidak
memuaskan dalam peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4. Tetapi dengan bantuan
PTRS, saya berjaya mendapat 10A dalam SPM 2011 yang merupakan peperiksaan
penting.
Sementara itu, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Pembangunan Modal Insan,
Dr Halimah Ali ketika ditemubual media berkata, “mereka mahu cemerlang di dalam
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) malangnya bagi pelajar seperti Jeetha, keluarga mereka tidak mampu untuk
menghantar mereka ke tuisyen.
Alhamdulilah, kerajaan negeri Selangor yang mengamalkan negeri berkebajikan
telah mengambil inasatif untuk membantu keluarga pelajar yang berpendapatan
rendah RM1500 kebawah, fakir miskin dan OKU”.
“Kita sentiasa memberi peluang kepada semua pelajar tanpa kira warna kulit
untuk mengikuti tusiyen percuma, dan kerajaan negeri Selangor sentiasa berusaha
memastikan prestasi pelajar meningkat dari semasa ke semasa”, katanya
Menurut Dr Halimah, seramai 13,367 pelajar telah menikmati manfaat daripada
PTRS yang menelan belanja RM9.2 juta sejak ia diperkenalkan.
Anugerah Pelajar Cemerlang tersebut disampaikan Menteri Besar Selangor, Tan
Sri Abdul Khalid Ibrahim.
editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment