Kampung Baru Batu Caves, 9 Mei: Ketua Umum PKR,
Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan
Kerajaan Pusat (UMNO-BN) cuba menutupkan kelemahannya dengan menyebarkan fitnah propaganda isu seksual, memburukan pembangkang apabila lebih 300, 000 rakyat
hadir ke Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April.
“Sokongan ratusan ribu rakyat dari seluruh
pelosok negara turun dengan satu suara menuntut proses demokrasi yang adil
adalah catatan sejarah negara.
“BERSIH3.0 yang menyatukan rakyat pelbagai latar
belakang seharusnya dirayakan semangat dan prinsipnya.
“Malangnya, ada pihak yang cuba menutup isu
sebenar yang dibawa BERSIH3.0. Suara rakyat yang mewakili jutaan rakyat mahu
ditutup dengan cerita picisan yang memfitnah rakyat”, beliau bekata dalam di satu ceramah perdana dan jelajah Merdeka
Rakyat, Pasca BERSIH 3.0 di Kampung Baru di sini malam tadi.
Tambah Anwar lagi,“Rakyat menjadi mangsa akibat
kekerasan dan keganasan polis diserang bertalu-talu di media kawalan UMNO,
sedang pemangsa yang ganas dilindungi”.
“Insya-Allah, Pakatan Rakyat (PR) akan terus
membawa berita gembira dari BERSIH3.0 ke
seluruh negara mengenai kebangkitan rakyat. Tarikh 28 April 2012 akan kita nobatkan
sebagai Merdeka Rakyat”, ujarnya.
Orang ramai membanjiri Pasca Bersih 3.0 Pakatan Rakyat. |
Kata Anwar, “Saya juga kagum dengan penyertaan
ratusan ribu peserta semasa BERSIH 3.0, ini menunjukan UMNO –BN diambang
kejatuhan, dan ia merupakan sebagai saham dan perjuangan PR untuk menawan Putrajaya dalam
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti”.
“Ini merupakan satu tiupan amaran kepada UMNO-BN
bahawa Perhimpunan BERSIH 3.0 adalah sebagai satu permulaan di kalangan
pemimpin PR dan rakyat untuk menentang kezaliman Umno-BN dan insya-Allah akan
diteruskan pada masa akan datang sekiranya tuntutan pilhanraya bersih 3.0 tidak
dipedulikan SPR dan kerajaan Pusat (UMNO-BN).
“Kita berikrar untuk bawa perubahan baik kepada
negara ini mahupun terhadap rakyat.
Perjuangan kita tidak akan selesai dengan perhimpunan sahaja, sebaliknya kita akan buat lagi untuk menyatakan hak dan prinsip kita di negara ini,” jelasnya.
Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan PR akan terus mempertahankan hak asasi serta keadilan rakyat terutama kaum Bumiputera sebagai majoriti sekiranya diberi mandat memerintah.
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, “penyertaan lebih 300,000 peserta pada perhimpunan itu menimbulkan reaksi kurang senang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang nyata semakin cuak terhadap desakan rakyat.
Ia dikuatkan lagi dengan tindakan Najib yang
meminta bantuan tiga bekas Ketua Polis Negara untuk menyokong hujah beliau bagi
mengaitkan BERSIH 3.0 sebagai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan
menggunakan kekerasan”.
“Terdesaknya PM sehingga terpaksa minta Jabatan
Fatwa mengeluarkan fatwa dan terdesaknya beliau sehingga terpaksa menggunakan
khidmat Tun Hanif Omar, Tan Sri Rahim Noor dan Tan Sri Musa Hassan yang
masing-masing mempunyai rekod buruk bagi menyokong hujah beliau.
Menjamu selera bersama ayahbonda. |
Tambahnya, perhimpunan itu juga membuktikan kebangkitan rakyat untuk menolak sebarang percubaan penipuan dan manipulasi pilihan raya oleh badan pengendalinya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Saifuddin turut menyelar tindakan SPR yang sewenang-wenangnya menukar kawasan mengundi seperti yang dialami Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan alasan mengubahsuai sempadan.
Ceramah malam tadi diganggu dengan siren polis pada jam 10.30 malam apabila dihadiri Datuk Seri Anwar.
Malam tadi berlangsungnya dua ceramah serentak antara pihak Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat.
Ceramah BN diadakan di Kg Wira Damai dan Ceramah PR di Kg Baru Batu Caves. BN menampilkan Noh Omar, Zul Nordin, Zahip Md Arip dan Ezam Md Noor (tak datang) yang hanya hadir 100 orang sahaja,
Sementara PR menampilkan Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution, Zuraidah Kamaruddin dan beberapa pimpinan lagi telah berjaya menghimpun lebih 20,000.
Ceramah UMNO yang hanya hadir 100 orang. |
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment