Thursday, February 10, 2011

77 orang kaum india bakal mendapat geran tanah



Batu Caves – Satu mesyuarat khas telah berlangsung kelmarin di Dewan India Setlement bagi mengatasi masaalah 77 penduduk kaum india yang setelah sekian lama tidak mempunyai geran tanah. Rata-ratanya penduduk disini telah duduk di kawasan tersebut selama 57thn.

Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves Y.B Amirrudin Shaari, Ahli Parlimen Gombak Y.B Azmin Ali, Ketua – Ketua Kg DUN Batu Caves, Pejabat Tanah, Majlis Perbandaran Selayang (MPS), dan Polis.

Menurut Y.B Amirrudin Shaari tujuan kita adakan mesyuarat khas ini adalah memastikan segala pengurusan program yang akan diadakan pada 19hb Februari, 2011 disini untuk menyerahkan Geran Tanah kepada kaum India yang telah layak memiliki geran tanah mereka akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan.

Insya-ALLAH majlis ini akan dirasmikan oleh Menteri Besar (MB) Selangor Ybhg Tan Sri Khalid, yang diadakan jam 2:30 ptg.

Kita harap semua Media dan rakyat di DUN Batu Caves akan bersama dalam Majlis Hi-Tea bersama pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor.

Media juga difahamkan semenjak 50 thn pemerintahan UMNO/BN, isu geran ini tidak dapat diatasi dengan baik walaupun penduduk disini telah mengadakan bantahan agar pemerintahan UMNO-BN dapat atasi masaalah ini dengan sebaiknya.

Rentetan daripada itu, penduduk kaum india Batu Caves merasa terlalu kecewa kerana permohonan kaum india disini tidak mendapat kerjasama dengan Kerajaan terdahulu UMNO-BN.

Justeru itu, Perwakilan daripada kaum india settelement Batu Caves En. Malajarasan telah menyerahkan surat bantahan daripada penduduk ke pejabat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Batu Caves apabila Pakatan Rakyat (PR) menang dalam PRU ke 12 yang lalu.

Dengan kemelut yang dihadapi oleh Kaum india disini ADUN Batu Caves, Y.B Amirruddin telah mengambil tindakan drastic dan perhatian sewajarnya setelah beliau memenangi kerusi di DUN Batu Caves.

Selepas mesyuarat berlangsung, lawatan turun padang diadakan dikawasan tersebut untuk bertemu dengan penduduk sekitarnya bagi mendengar suara hati rakyat. Pertemuan 2 hala ini telah mendapat sambutan yang baik daripada penduduk kaum india disini.


editor : khaulah azwar

Wednesday, February 9, 2011

Mama Jangan Menangis Kami Selamat


Hulu Klang - Kerisauan hati seorang ibu terpancar di wajahnya apabila mengenangkan anak diperantaun menimba ilmu di Mesir tanpa keluarga disisi.

Berbagai persoalan yang bermain difikiran. Bagaimanakah keselamatan dirinya hidup tanpa ahli keluarga disisi lebih-lebih lagi pergolakan krisis di Mesir telah membuat semua ibubapa penjaga menjadi tidak menentu.

Setitis demi setitis air matanya mengalir ketika bertemu Ummi Umairah Ismail dikediamannya di Hulu Klang pagi semalam.

Katanya,"Ketika saya menerima maklumat ini . Hati saya tersentap apabila menerima panggilan suami menyatakan berita kurang enak didengar. Mesir mengalami pergolakan yang teruk".

Saya ingatkan suami bergurau. Sehingga waktu petang bertubi-tubi terima SMS dari sahabat-sahabat yang menghantar anak mereka sambungkan pengajian di Mesir bersama anak saya. Sepanjang malam saya bersama sahabat-sahabat seperjuangan mendoakan keselamatan anak dan semua pelajar disana selamat.

Saya cuba hubungi mereka tetapi tidak dapat kerana telah dimaklumkan talian telefon tidak dapat dihubungi begitu juga dengan sesawang internet telah diputuskan.

Alhamdulilah terubat juga kerisauan ini apabila 2 hari lagi nak mengundi di Labis, tiba-tiba panggilan daripada Mesir diterima. Anak saya Saidah menghubungi saya. Dengan nada yang sebak dia bertanya "mama menangis ke?" Jangan risau, insya-allah kami selamat walaupun berlakunya krisis disini. Kami baru sahaja selesai peperiksaan, doakan semoga kita dapat bertemu kembali. Dengan sedikit perkhabaran dihantar terubat juga kerisauan dihati, katanya.

Saidah merupakan pelajar perubatan tahun ke 2 yang telah selamat sampai ke Malaysia kelmarin melahirkan rasa kesyukurannya kerana dapat bertemu kembali bersama ibubapa dan ahli keluarganya.

Kepulangannya telah disambut oleh Ahli Keluarganya, Ikatan Lepasan Mahasiswa Al-Azhar (ILMAM), Perwakilan Pimpinan Kerajaan Negeri Selangor, Kelantan, Kedah, dan Negeri - Negeri Lain, Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS).

Katanya, Inilah satu pengalaman yang sukar dilupakan. Ketika berlakunya krisis ini saya sedang menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Sehabis kami menghadapi peperiksaan tiba-tiba kami menerima maklumat dari Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) meminta agar semua pelajar menjaga keselamatan diri kerana berlakunya rusuhan.

Kami diminta agar tidak keluar sesuka hati, meninjau apa yang berlaku diluar tingkap dan waktu malamnya kami tidak dibenarkan memasang lampu kerana dibimbangi peluru sesat akan terkena pada sesiapa sahaja. Hati saya kadang-kadang "excited" juga nak tahu, cuba juga intai curi-curi di jendela. Apabila lihat suasana diluar, tengok kereta kebal tentera banyak tersusun diluar setiap rumah pelajar.

Protes rakyat diluar begitu membakar semangat saya juga. Mengenangkan saya masih belajar lagi mungkin saya tidak mampu untuk melakukan seperti ini. Arahan perintah berkurung ini berlaku sehingga 2 minggu saya di Mesir sementara menanti giliran untuk balik ke Malaysia.

Semua arahan kami ikut, dalam tempoh 2 minggu itulah segala bekalan makanan telah kehabisan stok. Dikedai dan pasaraya juga bekalan makanan tidak mengcukupi. Berpusus-pusu orang ramai merebut bekalan makanan. Operasi perniagaan hanya dibuka 2 petang sahaja kerana mereka telah menerima maklumat rusuhan peperangan ini akan berleluasa di kawasan ini.

Berbagai perasaan yang menyelubungi diri saya dan teman-teman sekuliah. kami sentiasa membuat solat hajat bersama sahabat-sahabat agar penerbangan kami untuk pulang ke malaysia berjalan dengan lancar.

Pada mulanya saya dan sahabat-sahabat tiada perancangan untuk balik ke Malaysia memandangkan cuti semester hanya 2 minggu sahaja. Kami bercadang untuk menghabiskan masa untuk adakan kelas tambahan dan mengadakan program, tetapi semua tergendala.

Kami diminta mengemas barang secepatnya agar keluar daripada Mesir. Atas nasihat keluarga dan semua sahabat-sahabat di Malaysia maka saya kena akur. Barang-barang keperluan semuanya saya tinggalkan. Hanya sempat bawa 3 buah buku dan beberapa helai baju sahaja. Selainnya saya tinggalkan di rumah kediaman negeri. Harap semuanya selamat.

Menurutnya lagi, Seramai 1,700 pelajar telah selamat sampai ke Malaysia jam 10 pagi di KLIA walaupun terdapat penerbangan tergendala. Bagi saidah pengajaran yang boleh diambil iktibar "Sebagai pimpinan negara, mereka perlu menghormati suara rakyat".

Sudah tiba masanya pemerintahan Mesir sekarang mengubah organisasi mereka. Rakyat sudah tidak tahan dengan kezaliman dilakukan. Dengan berlakunya krisis di Mesir semoga semua negara ambil iktibar dengan baik begitu juga di Malaysia, katanya.

Saidah juga amat berharap agar Krisis ini akan pulih seperti sediakala dan tidak berlaku berpanjangan kerana beliau berhasrat ingin meneruskan pengajian disini sehingga habis, insya-allah.

Sementara itu, ibunya Ummi Umairah berpendapat, Krisis yang melanda di Mesir harus di ambil iktibar semua pucuk pimpinan negara terutamanya di negara Malaysia pada masa ini. Mungkin yang berlaku adalah petunjuk ALLAH swt pada kita semua sebagai satu peringatan. Sebagai pimpinan mereka seharusnya menjalankan tugas dengan penuh amanah, bertimbangrasa, tidak melakukan kezaliman kepada rakyat.

Suara rakyat wajib kita dengar bukan hanya mementingkan kroni-kroni mereka sahaja. Mungkin di Malaysia belum berlaku rusuhan ini tapi kita kena ingat seperti dalam Surah yassin ALLLAH swt menyatakan "QUN FA YA KUN" apa yang terjadi akan tetap terjadi.. mungkin rakyat diamalaysia akan bangkit juga apabila terus dizalimi oleh pemerintahan Kerajaan Pusat UMNO-BN.

Ini berikutan dengan berbagai tragedis berlaku seperti kenaikan harga barang, rasuah berleluasan, benda yang dilarang oleh ALLAH swt dilakukannya dan berbagai lagi. Rakyat semakin bijak menilai walaupun UMNO-BN menang dalam beberapa pilihan raya kecil yang boleh dikatakan 1 permainan politik kotor. Mereka menang dalam kalah.

Dengan politik kotor inilah sebenarnya mereka memberi gambaran kepada rakyat. Betapa kejinya perbuatan mereka lakukan dalam semua gerakkerja Pilihanraya Kecil walaupun mereka menafikan PRK yang berlaku dengan jujur dan tulus.

Dengan sesama manusia mereka boleh berbuat sedemikian namun kita kena ingat ALLAH swt mengetahui segalanya walapun sekecil zarah. Saya yakin jika ALLAH swt telah takdirkan pasti akan berlaku juga, bukan saya seorang sahaja mendoakannya tetapi doa rakyat malaysia yang semakin teranayai. Jangan kita terlalu berbanggalah dengan kejayaan dilakukan dengan perbuatan keji kita, pasti balasannya akan berlaku juga satu hari nanti, mungkin tidak hari ini tetapi esok lusa siapa yang tahu, oleh itu berwaspadalah wahai pimpinan.

Ummi Umairah meletakkan harapan agar krisis ini tidak berpanjangan. Sekiranya berlaku saya dan keluarga bercadang untuk pindahkan anak saya menyambungkan pengajian di Malaysia kerana faktor keselamatan di sana amat membimbangkan. Sehubungan dengan itu, kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih atas keperihatinan Pimpinan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR), DMPP, DMPNS, ILMAM dalam memberi bantuan kepada Pelajar-pelajar Mesir untuk pulang ke Malaysia", katanya di Media semalam.


Editor :khaulah azwar

Bantuan dana persekolahan oleh Kerajaan PR memberi nafas baru Sekolah Agama Kafa Integrasi Al-Ihsan Gomba


Tmn Samudra Gombak- Begitu pantas masa berlalu, kini tanpa disedari sudah menjangkau 20thn Sekolah Agama Kafa Integrasi Al-Ihsan telah ditubuhkan. Terdahulu sekolah ini terletak di Kawasan perumahan setinggan Kg Gombak Jaya, yang bentuk pembinaannya daripada papan. Pada tahun 1991 hanya seorang guru dengan mempunyai bilangan pelajar seramai 15 orang .

Media difahamkan, pada permulaannya sekolah ini tidak mendapat sambutan penduduk sekeliling kerana kurangnya kepekaan penduduk tentang pendidikan agama kepada anak-anak daripada kecil lagi. Selain daripada itu ada yang meragui kedudukan sekolah ini dengan menyatakan sekolah tersebut tidak berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), dan sukatan pelajarannya tidak mengikut sistem JAIS. Provokasi murahan ini telah diomok-omokkan oleh UMNO-BN Kawasan Gombak.

Segala keraguan ini telah dijawab oleh pengetua sekolah tersebut iaitu Pn Siti Fatimah Boshir yang telah memegang jawatan tersebut selama 13thn semenjak 1998. Katanya, “untuk memberi keyakinan rakyat disini, kita telah buktikan kepada mereka bahawa sekolah tersebut telah didaftarkan bawah JAIS pada 1991 lagi dan sistem sukatan pelajaran disini juga mengikut JAIS”, katanya.

Menurutnya lagi “segala tomahan dan kritikan penduduk yang cuba menolak pendidikan Islam dan memansuhkan sekolah ini dihadapi dengan sabar. Saya yakin, kerja yang mulia ini akan mendapat pertolongan ALLAH swt”.

Lebih-lebih lagi semasa pemerintahan Kerajaan UMNO-BN yang ketika itu juga cuba memansuhkan kapasita Sekolah Agama Rakyat (SAR). Pimpinan yang bertanggungjawab adalah Bekas Mantan Perdana Menteri Malaysia (PM) Dr Mahathir Mohamad. Beliau yang telah cuba untuk menghapuskan sekolah-sekolah agama, memansuhkan tulisan jawi dan cuba menolak islam. Tindakan beliau telah menyentuh hati rakyat terutamanya umat ISLAM. Bermula disinilah rakyat bangkit dan menentang pentadbiran Dr M.

Rentetan daripada itulah, apabila berlakunya PRU ke 12, rakyat menolak pentadbiran Kerajaan UMNO-BN setelah berlakunya berbagai kezaliman kepada rakyat. Dengan pentadbiran Kerajaan PR maka semua sekolah –sekolah SRA di pelihara kembali. Dengan usaha yang penuh gigih dan istiqama maka sekolah ini telah semakin berkemajuan.

Fatimah berkata “kalau dahulu sekolah ini hanya dikelilingi pagar berjaring , menumpang ditanah perumahan setinggan, dan dibina dengan papan, kini kedudukannya semakin berkemajuan dan bilangan pelajar juga telah meningkat kepada 70 orang pelajar dengan mempunyai bilangan 3 buah kelas yang dibina dengan batu”.

Sekolah ini mempunyai 1 sesi bermula jam 2:00 sehingga 6ptg yang terdiri daripada tahun 1 sehingga tahun 6. Menurutnya lagi, memang berbagai ujian perlu dilalui untuk buat kebaikan, tapi disetiap kepahitan yang dilalui inilah akhirnya kemanisannya kita dapat juga iaitu lahirnya generasi soleh wa muslih disini.

Terdahulu, Pernah juga kita utarakan kepada pihak pengurusan surau dan kerajaan UMNO-BN, untuk membangunkan sekolah agar dapat memberi bantuan namun ianya merupakan 1 kekecewaan apabila permohonan kami tidak diterima dan mendapat perhatian oleh mereka .

Namunpun begitu pada tahun 2009 dengan peralihan pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) kita cuba buat permohonan sekali lagi untuk membaiki sekolah dan melengkapkan keperluan peralatan sekolah disini.

Alhamdulilah dengan usaha yang bersungguh-sungguh untuk membangunkan sekolah ini tanpa putus asa, surat permohonan dana sekolah kami akhirnya mendapat perhatian Kerajaan PR. Kami benar-benar rasa terharu apabila kerajaan PR telah memberikan dana untuk semua sekolah agama (SRA dan KAFA) pada Awal tahun 2010. Pihak Sekolah kami telah terima sebanyak RM30,000 mengikut permohonan yang dibuat. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Menteri Besar (MB) Selangor Tan Sri Khalid dan Y.b Dr Halimah Ali Exco Kerajaan Negeri Selangor dengan dihadiri oleh semua saf pimpinan PR.

Dengan menerima bantuan dana tersebut saya telah menaiktaraf sekolah. Kalau dahulu hanya mempunyai sebuah kelas papan , guna papan hijau, terdapat bumbung banyak yang hilang, Tiada kipas angin, kerusi meja yang tidak mengcukupi, patah dan sebagainya, kini dengan peruntukkan diberi kami telah bina 3 buah kelas yang dibina menggunakan Batu dan cukup selesa, semua perlatan telah ditukarkan kepada yang baru.

Dengan suasana yang baru inilah kini, pelajar –pelajar disekolah merasa gembira dan selesa untuk beri tumpuan pelajaran dalam kelas. Bukan setakat pelajar sahaja selesa malahan ibubapa disini semakin yakin dengan pengurusan sekolah ini. Selaku pengetua sekolah disini saya mengucapkan terima kasih kepada semua pimpinan Kerajaan PR yang peka kepada masaalah rakyat, katanya.

Walaubagaimanapun beliau juga berhasrat untuk menambahkan kelas dengan mencari kawasan tanah yang lapang untuk membina sekolah baru memandangkan permohonan kemasukan pelajar baru semakin meningkat. Fatimah berkata “ramai ibu bapa merayu untuk menerima anak-anak mereka tetapi dengan keluasan tempat yang tidak mengizinkan maka kami terpaksa menolaknya. Insya-ALLAH saya akan usulkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia Y.B Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali dan Y.B Dr Halimah Exco Kerajaan Negeri Selangor. Semoga permohonan ini mendapat perhatian sewajarnya oleh mereka bagi melahirkan generasi alquran dan solih wa muslih.




Editor :khaulah azwar

Monday, February 7, 2011

Kesilapan Mencetak Buku Teks, Penganayaian kepada pelajar



Selayang : Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Mohamed Hasan Ali, tindakan drastik kerajaan menarik semula buku tersebut telah menggugat sesi pembelajaran memandangkan buku baru hanya akan diterima menjelang Mac nanti.

"Kita melihat misalnya masa atau tempoh untuk menunggu buku yang baru itu sehingga Mac saya kira satu tempoh yang agak panjang dan semacam penganiayaan kepada murid-murid dan juga mungkin warganegara yang baru masuk dalam sekolah darjah satu. Mungkin dalam pemikiran mereka ini merupakan satu bebanan," katanya.

"Ujarnya lagi misalnya masa atau tempoh untuk menunggu buku yang baru itu sehingga Mac saya kira satu tempoh yang agak panjang dan ia merupakan satu penganiayaan kepada murid-murid dan juga mungkin warganegara yang baru masuk dalam sekolah darjah satu. Mungkin dalam pemikiran mereka ini merupakan satu bebanan,"

Penarikan semula 400 ribu buku teks KSSR Bahasa Inggeris tahun satu Januari lalu oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dianggap sebagai satu penganiayaan terhadap murid-murid sekolah. Buku teks berkenaan mengandungi pelbagai kesalahan dan perlu menggantikan dengan buku teks cetakan baru.

Beliau berkata lagi, ia secara tidak langsung mengakibatkan pembaziran serta kerugian besar dalam sektor pendidikan. Ini kerana, buku berkenaan perlu dicetak semula dan bakal menelan kos berlipat kali ganda.

"Wang negara dibelanjakan dan dibazirkan begitu sahaja. Ini kerana RM4 juta yang diperuntukkan itu boleh dimanfaatkan berbagai-bagai dimensi setidak-tidaknya mungkin bagi saya sebagai dana tambahan contoh kepada skim makanan tambahan untuk anak-anak," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Rentetan daripada itu, beliau menyarankan agar siasatan lanjut dilakukan bagi mencari di mana kesilapan tersebut. Hasan turut menyarankan agar KPM bersikap telus dan tampil ke hadapan untuk memberi penjelasan kepada rakyat.

Beliau turut meluahkan rasa terkilannya atas sikap sesetengah pihak yang cuba menyembunyikan keadaan sebenar dari diketahui umum. Menurutnya, tindakan telus media alternatif yang menyiarkan isu berkenaan secara eksklusif wajar dipuji dan dijadikan contoh dalam merakyatkan informasi.

Sehubungan dengan itu, Harga seunit buku teks KSSR bahasa Inggeris tahun satu adalah RM8.20 dan jika mengambil kira keperluan hampir 400,000 naskah maka jumlahnya mencecah RM4 juta.


Editor : khaulah azwar

Al-Quran Sebagai Pembela Di Hari Akhirat




Abu Umamah r.a berkata : “Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Quran. Telah bersabda Rasulullah S.A.W : “ Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya.”

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, “ Kenalkah kamu kepadaku?” Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : “Siapakah kamu?” Maka berkata Al-Quran : “Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari.” Kemudian berkata orang pernah membaca Al-Quran itu : “ Adakah kamu Al-Quran?” Lalu Al-Quran mengakui orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : “ Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?” Lalu dijawab : Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran.”

Sunday, February 6, 2011

Pemuda PAS Gombak Menerapkan Sukan berteraskan Islam


BATU CAVES – Pertandingan Bola Sepak Persahabatan Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak berlangsung hujung minggu lalu, mengeratkan lagi ukhwah kalangan ahlinya.

Dua pasukan bertanding terdiri daripada pasukan Pemuda Tanah Gantian, menentang Pemuda PAS Gombak.

Pemuda Tanah Gantian, menang bergaya 3-0 menewaskan Pemuda PAS Gombak dalam perlawanan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amirudin Shari berkata, program berkenaan bukan setakat pertandingan biasa, sebaliknya menerapkan sukan berteraskan Islam. “Tahniah kepada penganjur mengaturkan program ini dan saya percaya ia dapat menarik golongan muda daripada terlibat aktiviti tidak sihat".

“Bagi pihak Pejabat ADUN, kita akan sentiasa memberikan sokongan aktiviti sebegini khususnya untuk golongan muda,” katanya, semasa merasmikan program simbolik konsep 'Orang Muda Geng Kita' itu, bertempat di Padang Bola Sepak Tanah Gantian, Sungai Tua, di sini.

Hadir sama dalam program berkenaan ialah Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Zulkifli Hamzah dan Hasbullah Mohd Ridzwan yang juga Ketua Pemuda Pas Kawasan Gombak.

Difahamkan kesemua pemain menerima hadiah bola dan medal dalam pertandingan yang merupakan anjuran Dewan Pemuda PAS Gombak dan PAS Cawangan Tanah Gantian itu.

Sementara itu, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Gombak, Damanhuri Dol berkata, pihaknya percaya sukan dapat menarik golongan muda ke arah kegiatan lebih sihat dan memberitahu lebih banyak program seumpamanya akan diadakan.

Selain bersukan, penganjur turut mengadakan aktiviti gotong-royong BBQ untuk kalangan peserta dan penduduk setempat yang hadir.

Melawat medan tempur politik di Merlimau

MERLIMAU, 6 Feb: Masuk sahaja ke pekan Merlimau, anda akan saksi satu projek pembangunan rumah kedai yang sedang giat dipersiapkan.

(GAMBAR ATAS: Pekan Merlimau yang bakal menjadi medan tempur politik Malaysia)

Selepas itu, anda akan bertemu dengan sebuah masjid yang tersergam indah, Masjid Asy-Syuja'ah, Kariah Merlimau Utara. Nampaknya ia baru sahaja disiapkan.


Untuk sampai ke sana, anda hanya perlukan kira-kira 30 minit sahaja perjalanan dengan kereta dari bandaraya Melaka dengan melalui Lebuh AMJ. Selain itu, ada dua lagi jalan alternatif ke pekan Merlimau.

(GAMBAR: Masjid Asy-Syuja'ah di pekan Merlimau)

Inilah kawasan yang bakal menjadi pusat tempur baru politik Malaysia selepas bertenang di Tenang. Ia bakal menjadi medan pilihan raya kecil ke 14 selepas pilihhan raya umum 2008.

Jika digunakan pembahagian kerusi pilihan raya umum 2008, PAS akan bertanding dalam pilihan raya kecil ini. Jika PAS bertanding, pimpinan PAS telah dikemukakan empat nama untuk dibuat pilihan.

Dalam pilihan raya umum 2008, Major (B) Jasmee Tompang, 63, telah menjadi calonnya. Jasmee, bekas perwira negara selama 23 tahun di unit Renjer, adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin. Beliau juga adalah Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Negeri (JPN) Melaka.

(GAMBAR: Bertemu dengan Jasmee (kopiah puteh), YDP PAS Jasin di Merlimau)

Dalam pilihan raya umum 2004, Jasmee bertanding di Parlimen Jasin. Namun, apabila PKR mengatakan mereka mahu meletakkan ketua pemudanya, Syamsul Iskandar Mohd Akin di situ dalam pilihan raya umum 2008 , PAS mengalah.

Namun, apabila Syamsul yang juga Pengerusi PKR Melaka tidak jadi bertanding di situ tetapi bertanding di Parlimen Dungun, Terengganu, PAS Melaka terasa sedikit terkilan.

Ini kerana, PAS memberikan laluan untuk Syamsul, pemimpin kanan PKR tetapi yang bertanding adalah muka baru yang mereka langsung tidak kenali.

Merlimau adalah salah satu dari lima Dun dalam Parlimen Jasin. Kesemuanya dimenangi oleh BN termasuk Parlimennya.

Dalam PRU 2008, PAS bertanding di tiga Dun iaitu Merlimau, Sungai Rambai dan Serkam. PKR bertanding di Parlimen Jasin dan Dun Rim manakala DAP bertanding di Dun Benbam.

Bagi PAS, Merlimau adalah antara lapan Dun terbaiknya di Melaka. Dun ini mempunyai 64 peratus pengundi Melayu, 22 peratus Cina dan 14 peratus India.

Mengikut rekod terbaru dalam SSDP (sistem komputer PAS), ada 10,741 pengundi berdaftar di sini sekarang iaitu pertambahan seramai 270 pengundi baru berbanding PRU 2008.

(GAMBAR: Umno mula bersiap untuk hadapi pilihan raya Merlimau)

Ia dipecahkan kepada tujuh Unit Peti Undi (UPU). Pada PRU 2008, calon PAS, Jasmee mendapat 37 peratus undi di sini berbanding calon PKR mendapat 16 peratus undi pada PRU 2004.

Sebahagian besar penduduk Melayu di sini adalah penoreh getah di samping menjadi pegawai kerajaan. Cina pula adalah peniaga manakala India pekerja estet dan lain-lain pekerjaan.

Boleh dikatakan, Merlimau adalah satu kawasan pilihan raya yang terjaga dengan baik dari segi infrastruktornya. Inilah persepsi yang ada apabila buat pertama kalinya melawat kawasan ini. Projek pembangunan berjalan lancar manakala untuk orang Melayu, masjid mereka tersergam indah.
Persoalannya sekarang adalah, setakat manakah peluang Pakatan Rakyat untuk menang dalam pilihan raya kecil ini. Semua yang ditemui berkata, ia agak rendah hatta untuk meningkatkan jumlah undi.

Namun sebagai medan latihan menuju PRU 13 ia sangat baik sebagaimana Ijok di Selangor telah menyediakan medan yang baik untuk Pakatan Rakyat menawan Selangor pada tahun 2008 lalu.

Ekoran dari diskusi inilah, ada tiga pilihan untuk PAS dan Pakatan Rakyat pertimbangkan menjelang pilihan raya ini. Pertama, sebagaimana status qou 2008, PAS bertanding di sini.


Ia nampaknya pilihan yang sangat dikehendaki oleh PAS Melaka. Mereka mahu berusaha untuk memecahkan telor kerusi mereka dalam Dun Melaka. Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman adalah pihak yang paling mahu ianya dilakukan. "Malu aku bila bercakap dengan lain-lain pimpinan PAS, bila kita kosong begini," Ustaz Ghani didengar selalu berkata begitu.

(GAMBAR: Salah satu kuil Hindu di Merlimau)

Pilihan kedua adalah memberikan kerusi ini ditandingi calon PKR, Syamsul Iskandar Mat Akin yang juga Pengerusi PKR Melaka. Beliau memang pun sangat beriya-iya mahu bertanding di sini. Namun bagi PAS, pilihan ini terlalu negatif bagi mereka. Lihatlah dari perpektif manapun, ia akan membuatkan PAS Melaka marah.

Pilihan ketiga adalah memberikan peluang kepada calon BN menang percuma dalam pilihanraya ini. PR buat persiapan untuk PRU 13 yang sudah tidak berapa lama itu. Pimpinan PAS yang selalu menjaja idea ini adalah naib presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagi beliau pilihan raya kecil adalah pembaziran wang rakyat. Langkah sebegini pernah dibuat oleh PAS di Batu Talam, Pahang.

Katiga-tiga pilihan ini ada buruk dan baiknya. Pucuk pimpinan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat perlu mempertimbangkannya.

Namun, pihak yang paling gembira jika pilihan raya ini berlaku adalah pekedai di Medan Ikan Bakar di Umbai Melaka kerana gerai mereka akan sentiasa penuh nanti.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI