Monday, February 7, 2011

Kesilapan Mencetak Buku Teks, Penganayaian kepada pelajar



Selayang : Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Mohamed Hasan Ali, tindakan drastik kerajaan menarik semula buku tersebut telah menggugat sesi pembelajaran memandangkan buku baru hanya akan diterima menjelang Mac nanti.

"Kita melihat misalnya masa atau tempoh untuk menunggu buku yang baru itu sehingga Mac saya kira satu tempoh yang agak panjang dan semacam penganiayaan kepada murid-murid dan juga mungkin warganegara yang baru masuk dalam sekolah darjah satu. Mungkin dalam pemikiran mereka ini merupakan satu bebanan," katanya.

"Ujarnya lagi misalnya masa atau tempoh untuk menunggu buku yang baru itu sehingga Mac saya kira satu tempoh yang agak panjang dan ia merupakan satu penganiayaan kepada murid-murid dan juga mungkin warganegara yang baru masuk dalam sekolah darjah satu. Mungkin dalam pemikiran mereka ini merupakan satu bebanan,"

Penarikan semula 400 ribu buku teks KSSR Bahasa Inggeris tahun satu Januari lalu oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dianggap sebagai satu penganiayaan terhadap murid-murid sekolah. Buku teks berkenaan mengandungi pelbagai kesalahan dan perlu menggantikan dengan buku teks cetakan baru.

Beliau berkata lagi, ia secara tidak langsung mengakibatkan pembaziran serta kerugian besar dalam sektor pendidikan. Ini kerana, buku berkenaan perlu dicetak semula dan bakal menelan kos berlipat kali ganda.

"Wang negara dibelanjakan dan dibazirkan begitu sahaja. Ini kerana RM4 juta yang diperuntukkan itu boleh dimanfaatkan berbagai-bagai dimensi setidak-tidaknya mungkin bagi saya sebagai dana tambahan contoh kepada skim makanan tambahan untuk anak-anak," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Rentetan daripada itu, beliau menyarankan agar siasatan lanjut dilakukan bagi mencari di mana kesilapan tersebut. Hasan turut menyarankan agar KPM bersikap telus dan tampil ke hadapan untuk memberi penjelasan kepada rakyat.

Beliau turut meluahkan rasa terkilannya atas sikap sesetengah pihak yang cuba menyembunyikan keadaan sebenar dari diketahui umum. Menurutnya, tindakan telus media alternatif yang menyiarkan isu berkenaan secara eksklusif wajar dipuji dan dijadikan contoh dalam merakyatkan informasi.

Sehubungan dengan itu, Harga seunit buku teks KSSR bahasa Inggeris tahun satu adalah RM8.20 dan jika mengambil kira keperluan hampir 400,000 naskah maka jumlahnya mencecah RM4 juta.


Editor : khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI