Thursday, February 10, 2011

77 orang kaum india bakal mendapat geran tanah



Batu Caves – Satu mesyuarat khas telah berlangsung kelmarin di Dewan India Setlement bagi mengatasi masaalah 77 penduduk kaum india yang setelah sekian lama tidak mempunyai geran tanah. Rata-ratanya penduduk disini telah duduk di kawasan tersebut selama 57thn.

Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves Y.B Amirrudin Shaari, Ahli Parlimen Gombak Y.B Azmin Ali, Ketua – Ketua Kg DUN Batu Caves, Pejabat Tanah, Majlis Perbandaran Selayang (MPS), dan Polis.

Menurut Y.B Amirrudin Shaari tujuan kita adakan mesyuarat khas ini adalah memastikan segala pengurusan program yang akan diadakan pada 19hb Februari, 2011 disini untuk menyerahkan Geran Tanah kepada kaum India yang telah layak memiliki geran tanah mereka akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan.

Insya-ALLAH majlis ini akan dirasmikan oleh Menteri Besar (MB) Selangor Ybhg Tan Sri Khalid, yang diadakan jam 2:30 ptg.

Kita harap semua Media dan rakyat di DUN Batu Caves akan bersama dalam Majlis Hi-Tea bersama pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor.

Media juga difahamkan semenjak 50 thn pemerintahan UMNO/BN, isu geran ini tidak dapat diatasi dengan baik walaupun penduduk disini telah mengadakan bantahan agar pemerintahan UMNO-BN dapat atasi masaalah ini dengan sebaiknya.

Rentetan daripada itu, penduduk kaum india Batu Caves merasa terlalu kecewa kerana permohonan kaum india disini tidak mendapat kerjasama dengan Kerajaan terdahulu UMNO-BN.

Justeru itu, Perwakilan daripada kaum india settelement Batu Caves En. Malajarasan telah menyerahkan surat bantahan daripada penduduk ke pejabat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Batu Caves apabila Pakatan Rakyat (PR) menang dalam PRU ke 12 yang lalu.

Dengan kemelut yang dihadapi oleh Kaum india disini ADUN Batu Caves, Y.B Amirruddin telah mengambil tindakan drastic dan perhatian sewajarnya setelah beliau memenangi kerusi di DUN Batu Caves.

Selepas mesyuarat berlangsung, lawatan turun padang diadakan dikawasan tersebut untuk bertemu dengan penduduk sekitarnya bagi mendengar suara hati rakyat. Pertemuan 2 hala ini telah mendapat sambutan yang baik daripada penduduk kaum india disini.


editor : khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI