Wednesday, February 9, 2011

Bantuan dana persekolahan oleh Kerajaan PR memberi nafas baru Sekolah Agama Kafa Integrasi Al-Ihsan Gomba


Tmn Samudra Gombak- Begitu pantas masa berlalu, kini tanpa disedari sudah menjangkau 20thn Sekolah Agama Kafa Integrasi Al-Ihsan telah ditubuhkan. Terdahulu sekolah ini terletak di Kawasan perumahan setinggan Kg Gombak Jaya, yang bentuk pembinaannya daripada papan. Pada tahun 1991 hanya seorang guru dengan mempunyai bilangan pelajar seramai 15 orang .

Media difahamkan, pada permulaannya sekolah ini tidak mendapat sambutan penduduk sekeliling kerana kurangnya kepekaan penduduk tentang pendidikan agama kepada anak-anak daripada kecil lagi. Selain daripada itu ada yang meragui kedudukan sekolah ini dengan menyatakan sekolah tersebut tidak berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), dan sukatan pelajarannya tidak mengikut sistem JAIS. Provokasi murahan ini telah diomok-omokkan oleh UMNO-BN Kawasan Gombak.

Segala keraguan ini telah dijawab oleh pengetua sekolah tersebut iaitu Pn Siti Fatimah Boshir yang telah memegang jawatan tersebut selama 13thn semenjak 1998. Katanya, “untuk memberi keyakinan rakyat disini, kita telah buktikan kepada mereka bahawa sekolah tersebut telah didaftarkan bawah JAIS pada 1991 lagi dan sistem sukatan pelajaran disini juga mengikut JAIS”, katanya.

Menurutnya lagi “segala tomahan dan kritikan penduduk yang cuba menolak pendidikan Islam dan memansuhkan sekolah ini dihadapi dengan sabar. Saya yakin, kerja yang mulia ini akan mendapat pertolongan ALLAH swt”.

Lebih-lebih lagi semasa pemerintahan Kerajaan UMNO-BN yang ketika itu juga cuba memansuhkan kapasita Sekolah Agama Rakyat (SAR). Pimpinan yang bertanggungjawab adalah Bekas Mantan Perdana Menteri Malaysia (PM) Dr Mahathir Mohamad. Beliau yang telah cuba untuk menghapuskan sekolah-sekolah agama, memansuhkan tulisan jawi dan cuba menolak islam. Tindakan beliau telah menyentuh hati rakyat terutamanya umat ISLAM. Bermula disinilah rakyat bangkit dan menentang pentadbiran Dr M.

Rentetan daripada itulah, apabila berlakunya PRU ke 12, rakyat menolak pentadbiran Kerajaan UMNO-BN setelah berlakunya berbagai kezaliman kepada rakyat. Dengan pentadbiran Kerajaan PR maka semua sekolah –sekolah SRA di pelihara kembali. Dengan usaha yang penuh gigih dan istiqama maka sekolah ini telah semakin berkemajuan.

Fatimah berkata “kalau dahulu sekolah ini hanya dikelilingi pagar berjaring , menumpang ditanah perumahan setinggan, dan dibina dengan papan, kini kedudukannya semakin berkemajuan dan bilangan pelajar juga telah meningkat kepada 70 orang pelajar dengan mempunyai bilangan 3 buah kelas yang dibina dengan batu”.

Sekolah ini mempunyai 1 sesi bermula jam 2:00 sehingga 6ptg yang terdiri daripada tahun 1 sehingga tahun 6. Menurutnya lagi, memang berbagai ujian perlu dilalui untuk buat kebaikan, tapi disetiap kepahitan yang dilalui inilah akhirnya kemanisannya kita dapat juga iaitu lahirnya generasi soleh wa muslih disini.

Terdahulu, Pernah juga kita utarakan kepada pihak pengurusan surau dan kerajaan UMNO-BN, untuk membangunkan sekolah agar dapat memberi bantuan namun ianya merupakan 1 kekecewaan apabila permohonan kami tidak diterima dan mendapat perhatian oleh mereka .

Namunpun begitu pada tahun 2009 dengan peralihan pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) kita cuba buat permohonan sekali lagi untuk membaiki sekolah dan melengkapkan keperluan peralatan sekolah disini.

Alhamdulilah dengan usaha yang bersungguh-sungguh untuk membangunkan sekolah ini tanpa putus asa, surat permohonan dana sekolah kami akhirnya mendapat perhatian Kerajaan PR. Kami benar-benar rasa terharu apabila kerajaan PR telah memberikan dana untuk semua sekolah agama (SRA dan KAFA) pada Awal tahun 2010. Pihak Sekolah kami telah terima sebanyak RM30,000 mengikut permohonan yang dibuat. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Menteri Besar (MB) Selangor Tan Sri Khalid dan Y.b Dr Halimah Ali Exco Kerajaan Negeri Selangor dengan dihadiri oleh semua saf pimpinan PR.

Dengan menerima bantuan dana tersebut saya telah menaiktaraf sekolah. Kalau dahulu hanya mempunyai sebuah kelas papan , guna papan hijau, terdapat bumbung banyak yang hilang, Tiada kipas angin, kerusi meja yang tidak mengcukupi, patah dan sebagainya, kini dengan peruntukkan diberi kami telah bina 3 buah kelas yang dibina menggunakan Batu dan cukup selesa, semua perlatan telah ditukarkan kepada yang baru.

Dengan suasana yang baru inilah kini, pelajar –pelajar disekolah merasa gembira dan selesa untuk beri tumpuan pelajaran dalam kelas. Bukan setakat pelajar sahaja selesa malahan ibubapa disini semakin yakin dengan pengurusan sekolah ini. Selaku pengetua sekolah disini saya mengucapkan terima kasih kepada semua pimpinan Kerajaan PR yang peka kepada masaalah rakyat, katanya.

Walaubagaimanapun beliau juga berhasrat untuk menambahkan kelas dengan mencari kawasan tanah yang lapang untuk membina sekolah baru memandangkan permohonan kemasukan pelajar baru semakin meningkat. Fatimah berkata “ramai ibu bapa merayu untuk menerima anak-anak mereka tetapi dengan keluasan tempat yang tidak mengizinkan maka kami terpaksa menolaknya. Insya-ALLAH saya akan usulkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia Y.B Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali dan Y.B Dr Halimah Exco Kerajaan Negeri Selangor. Semoga permohonan ini mendapat perhatian sewajarnya oleh mereka bagi melahirkan generasi alquran dan solih wa muslih.




Editor :khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI