Nik Omar berkata arwah bapanya bekas
Mursyidul Am PAS sering menasihati anak-anak supaya mendidik dan bukan melawan
apabila menerangkan mengenai agama Islam dan hudud. KOTA BHARU, 17 Mac: Ia
mungkin PAS ataupun DAP, tetapi mana-mana parti yang meninggalkan Pakatan
Rakyat, maka mereka yang rugi, kata anak sulung Allahyarham Mursyidul Am PAS,
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nik Omar Nik Abdul Aziz memberitahu
The Rakyat Post, menyertai pakatan pembangkang merupakan cara yang paling baik
untuk semua komponen parti membantu rakyat tidak kira bangsa, seperti yang
diidamkan oleh bapanya. “Arwah bapa saya selalu berkata dengan terus bersama
Pakatan Rakyat, ia memberi kita (PAS) peluang untuk membetulkan persepsi orang
bukan Islam mengenai Islam. “Ia memberi peluang kepada kita untuk mendidik
mereka dan membantu mereka memahami Islam seperti yang kita faham dan bukan
yang digambarkan oleh orang luar.
“Begitu juga dengan bekerjasama
dengan DAP. Kita boleh belajar mengenai agama dan kepercayaan lain yang
diamalkan oleh rakyat Malaysia dan begitu juga sebaliknya.
“Sebab itu sekiranya PAS atau DAP
meninggalkan Pakatan, ia adalah kerugian parti itu sendiri.” Katanya
undang-undang hudud yang menyebabkan ketegangan dalam Pakatan merupaka satu
objektif yang cuba diraih oleh arwah bapanya dan PAS selama 20 tahun dan sekutu
PAS mempunyai hak untuk menolaknya tetapi sebagai parti berteraskan agama
Islam, melaksanakan sepenuhnya undang-undang Islam merupakan tanggungjawab
mereka.
“Mendidik dan bukan lawan. Itu yang
sering arwah bapa tekankan kepada kami. “Kita perlu terus menerangkan kepada
DAP, orang bukan Islam dan anggota parti komponen Barisan Nasional (BN), bahawa
undang-undang hudud hanya untuk orang Islam dan sejak undang-undang manusia
gagal menangani masalah jenayah, mungkin sudah tiba masanya kita mencuba
sesuatu yang baharu.
“Satu undang-undang yang dicipta
oleh Allah adalah sebagai penghalang dan bukan menghukum,” tambah Nik Omar yang
ditemui di rumah bekas Menteri Besar itu di Kampung Pulau Melaka, hari ini.
Ahli Parlimen DAP termasuk Anthony Loke dan Gobind Singh Deo mengancam untuk
menolak parti kerajaan Kelantan itu dari Paktan sekiranya mereka bertegas mahu
meneruskan pelaksanaan undang-undang hudud di negeri itu. Undang-undang itu
dikatakan keterlaluan dan ganas juga tidak ‘praktikal dan bertentangan dengan
polisi rangka kerja umum Pakatan.’
Butiran terperinci mengenai pindaan
undang-undang hudud yang dicadangkan masih belum diketahui umum dan setakat
ini, ia hanya dikongsi bersama ahli PR ketika mesyuarat kepimpinan tertinggi
minggu lalu di mana PAS dinasihatkan supaya meneliti semula pindaan itu yang
disifatkan sebagai undang-undang baru. Komponen ketiga-tiga parti bergabung di
bawah satu parti politik dinamakan Barisan Alternatif yang berpecah dua tahun
selepas itu pada 2001, di mana DAP keluar dari gabungan kerana dikatakan t6idak
bersetuju dengan PAS yang hendak memulakan negeri Islam.
Terdapat banyak pertanyaan sama ada
sejarah akan berulang. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan sebelum ini
berkata sekiranya DAP tidak bersetuju dengan hudud, ia bebas keluar dari
Pakatan kerana PAS tidak akan berganjak dengan keputusan mereka. Nik Omar
berkata apapun yang penting sekarang adalah sokongan daripada mereka yang
berada di Dewan Undangan Negeri di mana rang undang-undang Hudud akan
dibentang. “Kami hanya perlukan sokongan mereka untuk membawa rang
undang-undang berkenaan ke Parlimen. “Selepas itu saya dan semua ahli PAS dan
penduduk Kelantan berharap kerajaan persekutuan akan menyokong undang-undang
ini dan membenarkan ia dilaksanakan di sini,” katanya.
No comments:
Post a Comment