Sedangkan, katanya, para pemimpin tersebut sepatutnya bersama-sama mempertahankan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam krisis politik yang melanda Pakatan Rakyat.
Walau tidak menyebut mana-mana individu, ucapan itu jelas mensasarkan pemimpin parti yang pro-Pakatan.
Dalam ucapan berapi-rapi itu Mohd Nor dengan lantang mengingatkan bahawa tahaluf siyasi (kerjasama politik) yang dipersetujui oleh Majlis Syura Ulama perlu diperkukuhkan selagi ia tidak melanggari syarak.
"Tahaluf siyasi seperti tiga orang berkawan – seorang PAS, seorang PKR dan seorang lagi DAP,” katanya.
Namun, PAS sepatutnya masih perlu mengawal seluruh anggotanya walau bekerjasama dengan parti tersebut dalam Pakatan.
“Jangan ada tangan PAS yang mengikut kepala DAP. Kepala kita adalah presiden. Kepala PKR adalah (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan (Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail).
“Jangan di kalangan tubuh yang ada pada PAS tiba-tiba mengikut kepala PKR dan DAP.
“Muamalah Pakatan Rakyat dalam erti kata tahaluf sangat berbeza dengan BN," katanya yang diiringi laungan takbir.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar presiden bertajuk 'Terus Beristiqamah' di Muktamar PAS di Batu Pahat hari ini.
'Sosialis sesat, tak ada kitab'
Di samping itu, ADUN Bukit Payung, Terengganu itu turut membidas segelintir pemimpin yang mendakwa PAS mahu bergabung Umno di kala arahan supaya pengukuhan Pakatan diuar-uarkan.
"Orang (pemimpin) sudah kata, kita tidak mahu kepada Umno, tak mahu campur PAS dengan Umno.
"Kenapa kita perlu ada curiga dengan saf kepimpinan kita," katanya sambil menambah tidak mengikut kehendak rakan Pakatan tidak bermakna mahu berpecah dengan Pakatan.
Mohd Nor berkata sepatutnya anggota curiga dengan segelintir pemimpin berada "satu pentas" dengan pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan bekerjasama dengan pemimpin sosialis.
"Sosialis sesat, tidak ada kitab. Pemimpin-pemimpin sosialis tidak percaya kepada tuhan. Apakah kita pernah bertahluf dengan Parti Sosialis Malaysia ini?" katanya sambil diiringi laungan 'tidak' oleh segelintir perwakilan.
"Tetapi kita tidak curiga walaupun kita ada soal jawabnya. Kenapa begitu sayang, Tok Guru (Mursyidul Am Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) apabila seorang pemimpin sosialis yang mahu bertanding di Kelantan, beliau tidak benar (rakyat) Kelantan baling kerusi kepada pemimpin sosialis. Sejarah semua diketahui," katanya.
Kritik jenis 'bela hantu raya'
Beliau turut mempertahankan kumpulan yang memakai vest 'Kami Sayang Presiden dan Majlis Syura Ulama' yang dianggap "tidak salah" kerana ia seperti pihak yang memakai baju "Kami sokong hudud" atau "Kami Sokong Gaza”.
"Tapi kalau jenis orang bela hantu raya ini, kita letak saja, tulisan ayat kursi depan rumah, dia dah marah. (Dia kata) 'kenapa letak ayat kursi ini, ingat kami tak pandai baca' ke.
"Sokong tok guru, maknanya sayang,wala' (ertinya) tolong, taat kepada arahan presiden dan pemimpin, itu makna sokong.
"Tidak makna tolong jika presiden kata A, kamu kata itu pandangan peribadi dia," katanya sinis.
No comments:
Post a Comment