Dengan pembinaan projek yang tidak diketahui apakah perancangan projek yang hendak dibuat sering membuatkan penduduk rasa tertekan bukan kerosakan harta benda yang ditanggung tetapi masalah bau yang kurang enak akibat air perparitan juga sering naik.
Sepanjang projek ini dibuat pihak kontraktor Mainkon ROL, melalui subkon unggul bersama Sdn Bhd dan wakil daripada kerajaan persekutuan pernah membuat pertemuan dengan JKKK, Ketua kampung untuk membincangkan projek yang hendak dilaksanakan. Tetapi hanya mesyuarat sahaja tanpa membuat tindakan yang sewajarnya untuk atasi isu banjir.
Menurut Syafek demo bantahan ini diketuai oleh Mahmad Bin Ismail ketua Kampung Laksamana dan penduduk Kampung Laksamana yang terdiri berbagai bangsa dan parti politik.
Beliau menambah lagi, tujuan Demo bantahan ini diadakan adalah sebagai protes kepada pihak yang terlibat seperti Jabatan Saliran dan Perparitan (JPS), Kontraktor dan Kerajaan Persekutuan kerana membuat projek tanpa memikirkan risiko yang ditanggung oleh penduduk sehingga menelan kos kerugian yang besar, ujarnya.
Mahmad Bin Ismail mangsa banjir berkata, projek yang sepatutnya siap sepenuh pada bulan Mac 2013 telah tertangguh sebanyak beberapa kali tanpa sebarang alasan yang munasabah.
Penduduk kerap berhubung dengan pihak Pemaju dan JPS untuk mendapat keterangan dan kerjasama tetapi amat mengecewakan apabila tiada sebarang kerjasama yang diberikan oleh semua pihak berwajib seperti JPS, Pemaju dan Kontraktor yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan. Sampai bilakah penduduk harus menanggung risiko ini, katanya.
Mansor Abdullah pula berkata, projek tersebut juga sehingga ke hari ini masih tidak menaikkan sebarang papan tanda dan menjadi tanda tanya semua penduduk. Sikap tidak bertangungjawab oleh kerajaan persekutuan yang banyak menabur janji kepada rakyat untuk selesaikan isu ini juga diselar oleh penduduk. Inilah Janji capati. Apabila musim pilihanraya macam-macam janji yang ditabur tetapi apabila kalah mereka tidak tunaikan janji kepada rakyat.
Justeru saya berharap masalah banjir besar ini dapat diselesaikan dengan segera oleh pihak terbabit jika tidak kami akan membuat protes besar-besaran dalam masa terdekat ini menuntut semua ganti rugi yang menelan ratusan ribu ringgit, katanya.
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment