Shah Alam : Exco Hal Ehwal Islam
Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi menyeru agar
umat islam dan semua ahli jawatankuasa masjid dan surau aktif mengadakan
berbagai aktiviti bagi mengelak berlakunya insiden yang tidak diingini
berulang kembali.
Beliau berkata, peristiwa penganut agama lain yang menggunakan surau telah berlaku di sebuah resort Sedili Besar Johor benar-benar mengejutkan kita dan saya berharap perkara ini tidak berulang lagi dan dijauhkan berlaku dinegeri Selangor.
Perkara ini boleh dapat dielak jika masyarakat Islam, ahli jawatankuasa masjid surau memakmurkan surau dan masjid dengan mengadakan pelbagai akitiviti keagamaan, program kemasyarakatan sepanjang waktu, katanya.
Menurut Sallehen kejadian yang berlaku di Negeri Johor berlaku berkemungkinan surau berkenaan tidak dimanfaatkan sebaiknya. Justeru beliau menyarankan semua masjid dan surau bukan sahaja dinegeri Selangor tetapi seluruh negeri perlu memakmurkan surau dan masjid agar tidak diganggu oleh pihak lain.
Jelasnya, sebelum ini penduduk sekitar perkampungan nelayan Sedili Johor gempar selepas premis yang didirikan di sebuah resort sebagai surau telah dicemari upacara agama lain.
Surau yang dimiliki secara persendirian pula perlu di pantau supaya tidak disalah guna oleh pihak lain yang mencemarkan kesuciannya.
Justeru beliau menyarankan surau di premis perniagaan dan kompleks membeli belah perlu menyediakan kemudahan yang lebih baik dan selesa bagi menampung jemaah pada satu-satu masa.
Surau dan Masjid perlu diurus dengan baik supaya dapat di gunakan jemaah yang bukan penduduk setempat tetapi masyarakat islam luar yang datang ke kawasan itu dengan selesa untuk beribadah, Sallehen kata demikian selepas upacara perasmian Konvoi “peache of thailad” daripada Masjid Negeri Shah Alam ke Thailand selama 4 hari.
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment