Tuesday, August 20, 2013

Ibu Tunggal Kesal JKM Sekat Bantuan Anak, Atap Bumbung Pula Hilang

Batu Caves : Ibu tunggal dengan menjaga seorang anak kurang upaya (OKU) memohon jasa baik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shari membantu membiayai kos baiki atap bumbung yang telah hilang akibat hujan lebat.
Rokiah dan Anaknya Nazlyy (OKU) tunjuk atap yang hilang

Rokiah Abdullah berkata, kejadian yang berlaku ketika umat islam sedang sibuk membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri. Ketika itu hujan sangat lebat sehingga tanpa disedari atap bumbung rumah saya di sekitar ruang tamu, dapur telah tercabut  dan berlakunya banjir.

Menurutnya, ketika itu anaknya Muhammad Nazly Abdul Aziz (OKU) sedang tidur di biliknya. Hujan ribut petir waktu petang telah membuatkan bumbung atap rumahnya tercabut dan hampir berlaku angin litar.

Kata beliau, alhamdulilah tidak berlaku sebarang musibah yang melibatnya kehilangan nyawa walaupun banyak bumbung tercabut dan elektrik terputus.

Saya telah menetap disini semenjak 40 tahun hasil peninggalan arwah suaminya. Inilah satu-satunya rumah pusaka untuk meneruskan kehidupan bersama anak.

Rokiah yang merupakan ibu tunggal tidak mempunyai pendapatan tetap dan memelihara anaknya OKU sejak kecil lagi serta menjaga seorang cucu yang berusia 5 tahun.

Dalam pada itu, beliau turut lahir rasa kesal dengan pemotongan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terhadap anaknya.

Ujarnya, tidak sewajarnya pihak JKM memotong bantuan anaknya OKU. Saya difahamkan bantuan ini dipotong selepas berlakunya Pilihanraya umum ke 13 baru-baru ini.

Ramai penerima bantuan JKM merungut tindakan yang dibuat kerajaan dengan memotong semua nama penerima sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka. Pihak JKM telah meminta semua penerima mengisi borang untuk undian samada layak atau tidak.

Bukan senang kita nak uruskan anak OKU tambahan lagi tiada kenderaan. Kena pergi Hospital untuk tindakan Doktor sedangkan JKM telah mempunyai rekod sebelum ini mengesahkan anak saya memang OKU. Surat Hospital  dan Kad OKU juga ada jadi mengapa saya perlu isi borang untuk undian lagi. Semua buang masa dan menyeksa rakyat.

Katanya dengan tegas lagi, tindakan kerajaan  dan JKM benar tidak adil. Jika mereka yang telah menggunakan wang kerajaan untuk tanggung kos pilihanraya mengapa rakyat yang tidak berdosa perlu menanggungnya. Hak rakyat perlu diberi dengan telus.

Justeru, saya harap kerajaan perlu bertindak dengan sewajarnya tanpa menghukum rakyat. Mereka sewajarnya memikirkan jika rakyat yang benar-benar susah mengapa diberikan bebanan lagi. Mereka perlu menerima hakikat sistem pilihanraya yang berlaku di Malaysia ini tanpa prajudis. Sudah menjadi adat ada menang dan kalah, jadi tidak perlu hukum rakyat dan kembalikan hak rakyat dengan adil,  katanya kepada pemberita ketika lawatan turun padang oleh kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM DUN Batu Caves baru-baru ini.

Sementara itu, Setiausaha PKM Batu Caves Abdullah Furqan pula berkata bagi pihak kami insya-Allah kita akan hulurkan bantuan kepada mangsa sekeluarga.

Kita rasa simpati dengan musibah yang menimpa kepada mereka ketika umat islam begitu sibuk menyambut Aidilfitri. Tetapi saya juga suka menyarankan agar Pn Rokiah membuat permohonan Bantuan Bencana Alam dan bantuan untuk anaknya yang merupakan OKU di Pusat Zakat Selangor (PZS). Insya-Allah saya akan keluarkan surat sokongan untuk tindakan ADUN.

Menurutnya  tindakan kerajaan menyekat bantuan JKM kepada rakyat adalah tidak wajar. Berbagai aduan yang telah di terima daripada rakyat sekitar DUN Batu Caves setelah PRU13 dimana batuan JKM mereka telah disekat apabila Pakatan Rakyat (PR) menang. Tidak sepatutnya berlaku. Umpama mereka menakutkan rakyat untuk membuat perubahan pentadbiran, katanya.

Abdullah Furqan menambah lagi, walaubagaimanapun insya-Allah permohonan yang dibuat oleh ibu tunggal ini  akan diberi kepada ADUN untuk tindakan sewajarnya. Semoga sedikit sebanyak bantuan diberikan dapat mengurangkan beban mereka sekeluarganya.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI