Wednesday, August 21, 2013

Pimpinan Kerajaan Negeri Kutuk Kezaliman Yahudi


Sallehen sedang berucap
SHAH ALAM: Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi mengutuk keras kepada tentera Yahudi  kerana melakukan keganasan dan tragedi pembunuhan beramai-ramai penyokong bekas Presiden, Dr Mohamed Morsi di Mesir.
Beliau berkata “kita mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan secara kejam yang dilakukan anggota tentera terhadap rakyat Mesir yang tidak membawa apa-apa senjata tetapi dibunuh sedemikian rupa,”
 Lebih 400 orang berhimpun secara aman di perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam baru-baru ini  bagi mengutuk pembunuhan regim  tentera Mesir terhadap ribuan rakyat mereka.
Menurut Sallehen yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor sehingga kini, media melaporkan lebih 3,000 terkorban dan lebih 10,000 orang cedera apabila anggota keselamatan menggempur khemah penyokong bekas Presiden, Mohamed Morsi, di Dataran Rabaa al-Adawiya dan Dataran al-Nahda, Mesir.
Turut serta dalam Perhimpunan ini Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman, serta beberapa aktivis dan pemimpin mahasiswa.

Bantahan anjuran Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) itu turut diadakan serentak di masjid negeri seluruh negara sejurus selesai solat Jumaat.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI