KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, beliau bersedia ditentang oleh mana-mana pemimpin Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Menurutnya, sebagai sebuah negara demokrasi beliau tidak ada masalah untuk berhadapan dengan sesiapa pun yang mahu mencabarnya.
“Tak dok apo (tak ada apa), negara ini demokrasi. Bagi duit ambil, bagi
lembu sembelih, bagi kain pakai, tapi kalau mengundi, pakoh (pangkah)
Pas,” katanya dalam sidang media selepas menerima sumbangan dari Dakwah
Halaqat Negeri Kelantan di JKR 10 di sini, semalam.
Beliau
berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Parti
Progresif Penduduk (PPP) Kelantan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff yang
menyatakan kesanggupan untuk menentang Mursyidul Am Pas itu pada PRU13
walau di kerusi Parlimen sekalipun.
Kelmarin, Nik Sapeia dalam
kenyataannya berkata, beliau terpanggil menyuarakan kesanggupan
menentang Nik Abdul Aziz selepas pemimpin itu menyokong hasrat Presiden
Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ini bertanding di Parlimen Pekan
menentang Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak pada PRU13.
Menurutnya, jika Nik Abdul Aziz boleh menyokong hasrat Abdul Hadi
menentang pemimpin nombor satu negara, bermakna pemimpin itu juga
mungkin bersedia untuk ditentang olehnya.
Terdahulu Nik Abdul
Aziz menerima sumbangan berjumlah RM30,607 daripada Unit Dakwah Halaqat
Negeri Kelantan bagi membantu menampung Pembinaan Lebuh Raya Rakyat Kota
Bharu- Kuala Krai sepanjang 73 kilometer.
Sementara itu, Ketua
Pengelola Dakwah Halaqat Negeri, Abdullah Ab Razak berkata, pihaknya
mengambil masa hampir sebulan untuk mengumpulkan jumlah itu yang
diperoleh daripada ahli dan rakyat negeri ini.
“Sumbangan yang
diserahkan hari ini (semalam) adalah yang pertama, ia dikumpulkan
sewaktu menjalankan aktiviti seperti kelas-kelas mengajar dan
sebagainya,” katanya.
Seramai 16 pengelola Dakwah Halaqat
Negeri Kelantan hadir pada majlis ringkas yang turut memberi peluang
kepada mereka berdialog dengan Menteri Besar itu.
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment