Kuala Lumpur : Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung PKR, bingung dengan
hasrat bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk
Zaid Ibrahim untuk bertanding dalam pilihan raya umum di bawah tiket
Pakatan Rakyat, dan kemungkinan di Pekan.
Pakatan Rakyat perlu berhati2 dengan katak2 ni..ada muslihat lagi tu |
Beliau bekata, saya bingung
dengan tindakan Zaid melepaskan jawatan presiden KITA tetapi kekal
sebagai ahli jawatankuasa parti yang ditubuhnya itu, yang kini berusia
dua tahun.
Zaid tidak menyampaikan rancangannya untuk bertanding di bawah tiket
Pakatan, kata Saifuddin, sambil menambah bahawa perkara itu tidak pernah
dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan.
"Saya boleh mengesahkan bahawa Zaid bertanding di bawah tiket Pakatan Rakyat tidak dibangkitkan atau dibincangkan oleh Majlis Presiden.
"Beliau tidak menulis atau menyatakan kepada kami secara rasmi niatnya untuk bertanding di bawah tiket Pakatan," tambah Saifuddin, yang merupakan ahli Parlimen Machang.
Oleh itu, katanya, isu Zaid bertanding di bawah tiket Pakatan tidak timbul melainkan terdapat permintaan rasmi oleh beliau dan keputusan dibuat oleh Majlis Presiden.
Majlis presiden adalah badan tertinggi yang membuat keputusan dalam pakatan pembangkang yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP.
Akhbar the Star melaporkan semalam bahawa Zaid telah melepaskan jawatan presiden KTA dan menyuarakan minatnya untuk bertanding pilihan raya akan datang di bawah tiket Pakatan, mungkin di Pekan.

Presiden PAS Datuk Seri
Abdul Hadi Awang (kanan) juga sebelum ini dilaporkan berkata beliau
sedia bertanding di mana-mana kerusi termasuk di Pekan.
Komen Suara rakyat:
- Mohd Shafie Osman · Subscribed · Bekerja di UMMJgn di bagi. nanti tak pasal2 di bagi najib menang percuma....bahaya katak ni
- perlu ambil pengajaran sebelum ini, mereka yg jadi katak perlu diajar. jgn mudah meletakkan mereka ditempat pimpinan tertinggi, biar mereka belajar susah.. ada agenda mereka untuk porak peranda Pakatan Rakyat lagi.. must be careful
- DzulsharifDzul Sharif · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Kuli-kuli sahaja
- Mohd Asri Mohd Nor · Pengulas Tertinggi · High school
- Diplomatik Bebas · Langgani · Pengulas Tertinggi · 194 subscribersMabuk la ko nie Zaid. Time DSAI tatang ko elok2, ko MERAJUK bawa diri macam budak2.
Sekarang nak bersinis2 pula nak bertanding atas TIKET PR.
KITA ko macam maner? Sendiri tubuh, sendiri LETAK JAWATAN.
Apa punya PEMIMPIN la macam nie.
Apa? Strategi Politik untuk tumbangkan Najib? Pergi jalan la STRATEGI2 nie.
Baik doa kat Allah. Minta kat Allah, tanding atas tiket KITA. Kalah menang tu adat.
Agak2 kalau tak boleh menang, LAPANGKAN DADA.. simple!!!!
Rakyat DAHAGAKAN PEMIMPIN yang berjiwa Rakyat. Bukan yang nak tolak sana, tolak sini.
KAMI UNDI PAKATAN RAKYAT!!!!!- Abdulhadi Muhamad · Pengulas Tertinggi · Kolej Islam Kelang
- Ibnu Sabil · Langgani · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Mission Impossible HQ · 149 subscribersDiplomatik Bebas dulu tak puas hati bila kalah dlm pemilihan, konon nak buktikan dia juga berpengaruh tubuh KITA... bila Kita dah jadi timbang kati... mulalah mabuk.. elok jgn peduli, nanti menang dia lompat parti... sbb sudah pernah terjadi...
Sepuluh sembilan
Katamu satu pun tak boleh pakai
Sepuluh sembilan
Janjimu satu pun tak boleh pegang
Mabuk bukan mabuk
Mabuk nama mabuk kuasa
- Khairull Nizan · Pengulas Tertinggi · Selangor, Selangor, Malaysiainilah brahim katak no 2... lepas menang election nanti dia masuk umno... atau bebas..... janglah percaya dengan mamat ni... dah banyak dah dia buat keje macam ni....
- Abdullah Ahmad · Pengulas Tertinggi · University of Malaya
No comments:
Post a Comment