Wednesday, June 20, 2012

Kenapa Suka Bagi Telekong, Al-Quran Pada Seseorang

Acapkali, apabila kita menjalinkan ukhwah bersama insan-insan sekeliling kita, mereka akan menghadiahkan sesuatu spt, telekong, Al-Quran,Sejadah dan lain-lain. 

Terkenang peristiwa lalu.. pemberian hamba allah yang sudah buat kesilapan,  selepas balik umrah.. bak kata teman2 seperjuangan mungkin apa diberikan inginkan kemaafan, dan mungkin kerana dia benar kasih..hi.. tamak, selfish betul manusia macam ni.

Berbahagialah dirimu teman,  aduhai benci pun ada juga nak ingatkan ini semua.. sudah ana tutup diara hitam ini..

But tapi pemberian yang ana terima ni, bukan tak suka, "really loving it.." syukran sgt. kena banyak beribadah dan doa untuknya lagi insya-Alllah.

Kadangkala kita tertanya, apakah pemberian mereka  kerana kasihnya dia pada kita kerana Allah SWT. 

Jika benar, alhamdulilah.. janganlah adanya kasih sayang yang terbina dinodai dengan tipu daya, yang kadangkala begitu sakit dan sukar untuk diterima. 

Bagi ana, dalam berukhwah, perlu ada masa bersama, perlu faham memahami, perlu jujur dan tidak menepikan sesiapa sekiranya kita rasa dia hadir atas kehendak Allah. 

HARGAILAH Mereka yang hadir dalam hidup kita. 


Doa terus dipanjatkan untuk kebaikan sang pemberi. 


Moga Allah merahmatinya hingga akhirnya.  Kata-kata yang ana tak mampu ungkapkan lagi, kerana Allah mengetahui hati hambanya.
 


Alangkah indahnya Berkasih sayang sesama kita

Yang ada hubungan cinta dengan Tuhan
Kasih sayang begini Adalah murni
Insyaallah kekal abadi Sepanjang hayat..



Harapan biarlah kasih Syg yang dibajai kerana Allah akan sampai mati 

Kasih sayang sesama kita Itu menjadi kuat
Apabila di ikat oleh Percintaan dengan Tuhan
Faktor Tuhanlah kasih sayang

Di antara dua insan Atau di antara sesama manusia Kekal abadi dan murni

Kasih sayang sesama manusia
Kalau mahu kekal Hubungan cinta Tuhan
Kenalah jaga Kasih sayang yang begini
Ia adalah sejati Sampai ke mati
Jelingan si manjaku.

Kasih sayang yang tidak diikat Dengan cinta Tuhan
Biasanya tidakkan kekal Tidak sampai kemana


Jika pun kekal kerana Keadaan yang memaksa
Tapi indahnya Jika Cintakan Tuhan
Rasa cinta sesama manusia Kekal abadi dan murni
Cintakan Tuhan Pengikat kasih sayang
Berpanjangan sukar nak diputuskan
Cintailah manusia Atas dasar cintakan Tuhan Ia bersih, murni dan sejatiIa kekal abadi.

Ya-Allah peliharakanlah ukhwah ksh syg ini seperti yang Engkau kehendaki, amiin ya rab.

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI