Tuesday, June 19, 2012

Penantian Memiliki Tanah Kampung Keretapi 40 Tahun Berakhir, PAKATAN Rakyat.



Klang :  Setelah menanti 40 tahun, kini impian dan hasrat 125 penduduk Kampung Keretapi, di sini untuk memiliki geran tanah menjadi kenyataan.

ADUN Selat Klang, Dr Halimah Ali berkata, “alhamdulillah  saya bersyukur kepada Allah SWT setelah 4 tahun  menjadi ADUN  disini, akhirnya kemelut yang dihadapi penduduk berakhir juga. 

“Saya merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama dan memudahkan kerja saya.

Antara yang terlibat pihak Pengurusan Aset Keretapi, Pejabat Tanah Klang, wakil penduduk yang berbilang ideologi politik”, kata Dr Halimah. 

Menurut Dr Halimah, penderitaan penduduk itu mendapat perhatian Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor setelah sekian lama hak mereka dinafikan Kerajaan Umno-BN terdahulu.

Penduduk mendakwa sebelum ini, pemimpin-pemimpin Umno-BN dahulu yang bertukar ganti sering berjanji untuk memberi hak milik menjelang pilihanraya, tetapi apabila pilihanraya sudah berlalu, janji itu tidak ditunaikan.

Sementara itu, Pengerusi penduduk, Redzuan Dahlan, 63, berkata,  “rata-rata penduduk di kampung terbabit merupakan peneroka asal sejak tahun 1973.

“Sebelum ini kebanyakkan penduduk memberi kepercayaan penuh kepada pentadbiran Umno-BN lalu. Tetapi kini tidak lagi.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana membantu penduduk. Kami penduduk disini sangat terharu dan gembira dengan pemberian ini. 

Ramai penduduk kampung melahirkan rasa terkilan kerana  tidak sempat menikmati tanah yang diimpikan kerana ramai yang sudah meninggal dunia”, katanya  dengan sangat gembira ketika ditemubual wartawan.  


Hamdan Bakri, 43, Penduduk Jalan Kenangan berkata,  “seramai 67 orang menerima kelulusan TOL.
Kebanyakkan yang menerima merupakan waris yang tinggal di kawasan tanah milik ibu bapa mereka sebelum ini”.

Kata beliau, “saya benar rasa kesal apabila pimpinan kerajaan terdahulu menabur pelbagai janji kosong untuk membantu pemohon namun janji yang hanya tinggal janji.

“Setiap kali menjelang pilihan raya umum, parti politik tertentu sering kali memainkan isu ini dan berjanji untuk menyelesaikannya.

“Demi meraih undi dan sokongan namun itu, hanyalah omong kosong semata-mata,” ujarnya.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana penantian itu berakhir dan perjuangan untuk generasi ketiga itu tercapai.

Ketulusan kerajaan negeri Selangor mengurus pentadbiran negeri benar-benar telah terbukti. Tahniah kepada Kerajaan Negeri kerana prihatin dan mentadbir negeri Selangor dengan baik,” katanya.

Hadir sama Exco-exco Kerajaan Negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi, Adun Meru, Dr Rani Osman dan MP Kapar, S Manikavasagam.

Turut disampaikan dalam Majlis Program Terima Kasih Rakyat Daerah Klang itu ialah kelulusan Lesen Menduduki Sementara (TOL) kepada penduduk Jalan Kenangan dan Jalan Benteng.

Sijil Skim Pinjaman ASB negeri dan menyampaikan bantuan pendidikan sebanyak RM250,000 kepada Sekolah Menengah Chung Hua.


Editor : Khaulah Azwar


No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI