"Alhamdulilah,
akhirnya penantian menanti kedatangan bulan syaaban berakhir juga, ye
hari ini mulanya 1 syaaban. kena pertingkatkan amal solih lagi, moga akan
bertemu Ramadhan yang sangat dirindui.
Puasa sunat, Amalan bagi umat islam yang sentiasa merebut peluang meraih pahala hasil natijah ibadah yang dilakukan.
Amalan sebagai "training" untuk bertemu Ramadhan al-karim.
Ahlan
wah sah lan, ya syaaban, bulan kekasih Allah telah mengetuk pintu
umatnya agar bersiap siaga untuk bertemu bulan Ramadhan.
Sudah banyak kali anak buah ana
(nanan), minta sangat agar diberi peluang untuk berpuasa sunat. Bukan
tidak mahu ajarnya puasa sunat, malah sangat di alu-alukan.
Tapi disebabkan, nana liat bangun, tak nak makan pagi dengan keadaan imtihan di sekolah, ana tak galak dia puasa.
Selalu
bila hantar sekolah, tarik muka.. kenapa ateh tak bangun nana??, kenapa
ateh je puasa?? nana nak juga puasa. soalan2 yang buat ana jenuh nak
jawab.
Ana bimbang
nana pengsan. Semasa usianya 5 tahun di PASTI, alhamdulilah Ramadhan
yang dilalui dengan penuh bermakna dengan suasana tarbiyah. Puasa penuh, paksa bangun, masak sedap2..
Jenuh
ana nak melayan kerenah si kecil ini untuk sebulan, tapi sebab nak
sangat nana tahu WAJIB sebagai individu muslim melaksanakan ibadah ini. sifatnyayang kadangkala mencuit hati ana. Busu nya tukang ketawa jele..
Didikan
ana yang tak seberapa cuba sedaya upaya membawanya ke program tarbiyah
agar masa yang dilalui sepanjang Ramadhan tidak berlaku sia-sia.
Insya-Allah nana, isnin nanti, ateh akan pastikan nana puasa, kalau tak bangun juga siap siaga air sebaldi disimbah.. hehe..
Apa pun, ana ucapkan Selamat Beribadah kepada semua pengunjung blog, adik2 dan semua sahabat sahabiah yang berpuasa Syaaban hari ini.
http://khaulah-azwar.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment