Banyak perubahan yang telah berlaku
semenjak Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) memerintah dari sudut
infrastruktur bangunan sekolah, siliber pendidikan dan kebajikan guru terjaga.
50thn UMNO memerintah, pelajar belajar tepi korider |
Ikuti wawacara Wartawan
menyelami pengalaman Ustazah Zaleha Abu Bakar yang berkhidmat di Sekolah Rendah Agama Islam
(SRAI) KAFAI Taman Amaniah, Batu Caves.
Sejak bila ustazah berkhidmat di
SRAI KAFAI?
Saya berkhidmat pada tahun 1993,
Berapakah bilangan murid dan bilik kelas ketika itu. Boleh cerita serba
sedikit tentang sekolah ini?
SRAI KAFAI Taman Amaniah, 1993 ketika itu hanya
60 pelajar dan guru 4 orang sahaja. Ketika
itu, hanya 2 buah bilik darjah.
Namun bilangan guru semakin
meningkat iaitu seramai 17 orang semenjak Kerajaan Negeri Selangor memerintah.
Perlantikan telah dibuat oleh Jabatan
Agama Islam Selangor (JAIS).
Manakala Sekolah Agama Rakyat (SAR) hanya 3 orang guru dan bilangan murid telah mencapai 550 orang
murid dengan mempunyai dua sesi persekolahan.
Sebelum Kerajaan negeri Selangor (PR) memerintah, Masjid Taman Amaniah di tingkat atas kita gunakan sebagai kelas kerana pada masa itu, peruntukkan menaiktaraf sekolah tiada lagi.
Sebelum Kerajaan negeri Selangor (PR) memerintah, Masjid Taman Amaniah di tingkat atas kita gunakan sebagai kelas kerana pada masa itu, peruntukkan menaiktaraf sekolah tiada lagi.
Guna langsir sebagai tirai kelas. 1 Meja kongsi dua |
Memandangkan peruntukan naiktaraf
sekolah semasa UMNO memerintah , pelajar terpaksa belajar ditepi koridor, bahkan Quaters rumah
imam juga kita tumpang jadikan kelas untuk darjah lima dan enam.
Bagaimana Gaji Guru ketika itu?
Gaji semua guru ketika itu sebanyak
RM180. KWSP pekerja dan slip gaji guru tiada. Jika kami ingin tahu gaji sudah
masuk atau belum kami kena berhubung dengan JAIS.
Tetapi kesusahan yang dirasai semua
guru telah berakhir apabila negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) mendapat kerjasama JAIS,
pentadbiran pengurusan lebih efektif.
Semenjak kerajaan (PR) memerintah
ramai pelajar yang tamat pengajian berebut untuk menjadi guru KAFA.
Pandangan Ustzah masa depan
Guru SRA, SRAI, dan KAFA terjamin dibawah pengurusan Kerajaan Negeri Selangor
Pakatan Rakyat (PR)?
Zon selesa apabila Kerajaan Pakatan Sediakan Kelas |
Bagi saya, masa depan guru SRA, SRAI, KAFA akan terjamin
dengan berbagai benefit yang diberikan. Gaji guru kafa sudah mencapai RM1000
dan elaun daripada sekolah RM800.
Kerajaan PR juga memberi sinar baru kepada semua guru-guru SRAI, SRA, KAFA apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menambah elaun guru-guru Sekolah Agama.
Kerajaan PR juga memberi sinar baru kepada semua guru-guru SRAI, SRA, KAFA apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menambah elaun guru-guru Sekolah Agama.
Tan Sri Khalid telah memutuskan mesyuarat
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang melibatkan 3,935 guru Kafa yang
mengajar di 208 SRA dan 11 buah SRAI seluruh kawasan negeri Selangor.
Kenaikan elaun bulanan itu akan
melibatkan peruntukan tambahan kerajaan negeri lebih RM14 juta setahun.
Pada masa ini, semua guru KAFA di
SRA dan SRAI di Selangor menerima elaun sepenuhnya dari kerajaan negeri dan
Baitulmal sebanyak RM1,300 sebulan atau RM61 juta setahun.
Ini menunjukkan pemerintahan Kerajaan PR lebih effektif dalam segala bentuk pentadbirannya apabila Hasil Negeri di Pulangkan kepada Rakyat.
Ini menunjukkan pemerintahan Kerajaan PR lebih effektif dalam segala bentuk pentadbirannya apabila Hasil Negeri di Pulangkan kepada Rakyat.
Hal ini tidak pernah dirasai rakyat
semasa UMNO-BN memerintah selama 50 tahun, jelas Ustzah Zaleha dengan panjang
lebarnya.
Temubual salah seorang guru, Nursyuhadah Mokhtar , 25,
Pada tahun 2005 gaji saya hanya RM400 tetapi semasa perubahan
kerajaan berlaku pada tahun 2009 elaun nya telah naik sebanyak RM600.
Pemberian
elauan kerajaan negeri Selangor RM300, gaji bersih beliau RM1,300.00. Kenaikan diberikan sebanyak dua kali.
Nursyuhadah menunjukan slip gajinya. |
Saya rasa gembiradengan kenaikan tersebut kerana memandangkan ekonomi negara yang semakin
meningkat rasa gaji RM1000 tidak mengcukupi untuk duduk dibandar.
Dengan pengumuman yang dibuat oleh MB Selangor untuk menaikkan Elaun guru RM300 merupakan satu berita gembira buat semua guru SRA/SRAI sebagai pendidik.
Dengan pengumuman yang dibuat oleh MB Selangor untuk menaikkan Elaun guru RM300 merupakan satu berita gembira buat semua guru SRA/SRAI sebagai pendidik.
Menurutnya walaupun gaji guru Sekolah KAFA yang diberikan tidak berapa tinggi namun yang diutamakan adalah untuk mendidik anak bangsa agar menjadi insan berguna.
Tiada guna jika ilmu dunia 100% lulus tetapi ilmu akhiratnya 100% kebelakang. Oleh itu suka saya mewakili semua pendidik suka mengingatkan agar Kerajaan Pusat UMNO-BN menjaga kebajikan guru-guru seperti yang dilakukan kerajaan Negeri Selangor (PR).
orang bodo ja percaya cerita guru sra selangor la nie... teruk.. jakim ja dok support
ReplyDelete