Penganalisis politik Merdeka Center, Ibrahim Sufian berkata terdapat tiga faktor utama yang akan memberi kelebihan kepada Kerajaan Selangor sekirannya ini berlaku.
“Memang beri kelebihan kepada Kerajaan PR Selangor kerana terdapat
beberapa kontroversi berhubung daftar pemilih dan perjalanan pilihan
raya.
“Jadi sekiranya pilihan raya negeri tak dijalankan selari dengan
peringkat parlimen, kelemahan-kelemahan ini akan timbul semasa pilihan
raya umum berlangsung.
“Ia akan beri kesempatan kepada kerajaan negeri untuk mengenalpasti
kelemahan perjalanan pilihan raya dan ada ruang untuk diperbaiki,” kata
Ibrahim.
Menurut Ibrahim lagi, pilihan raya berasingan akan membolehkan
pemimpin di peringkat negeri membantu rakan mereka di peringkat pusat.
“Walaupun pilihan raya negeri akan menyebabkan pemimpin Umno-BN lain
bertumpu di Selangor, tetapi situasinya seimbang kerana pemimpin Pakatan
dari negeri lain turut turun melakukan perkara yang sama.
Ketiga, kata Ibrahim, kerajaan negeri dapat meneruskan program
seperti biasa walaupun kakitangan kerajaan pusat terlibat dengan
pilihanraya.
“Di Selangor, dasar dan program kerajaan negeri masih dapat diteruskan seperti biasa.
“Menyalurkan peruntukan di Selangor oleh kerajaan negeri pun tak
boleh dituduh sebagai pancing undi sebab mereka sedang menyalurkan
pelbagai peruntukan daripada belanjawan 2012, geran Selangorku dan
lain-lain,” ujar Ibrahim lagi.
Semalam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata
beliau hanya akan membubarkan Dewan Selangor selepas daftar pemilih
dibersihkan daripada pemilih yang statusnya meragukan.
Mengikut anggaran Abdul Khalid, usaha menjejaki pemilih di Selangor
menerusi program “Selangorku Bersih” hanya akan selesai pada akhir bulan
Julai.
Abdul Khalid juga berkata, Kerajaan Selangor mahu memastikan bahawa
dana di dalam belanjawan negeri 2012 dan Geran Selangorku habis
diagihkan sebelum pilihanraya negeri diadakan.
No comments:
Post a Comment