Wednesday, May 16, 2012

Pendidik Harus buat Anjakan Bagi Melahirkan Pelajar Cemerlang



Gombak : Pengetua Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Huda, Gombak, Hjh Surayah  Hj. Sarin ketika menyempurnakan Majlis Hari Guru 2012 pada 16 Mei 2012 di Dataran SRI Al-Huda turut melancarkan tema dan lagu tema Hari Guru iaitu ‘Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara’.
 
Dalam Ucapan beliau, “Tema Hari Guru amat bersesuaian dengan tahun 2012 yang juga merupakan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi di peringkat nasional.
 
Selain itu,  peranan guru amat penting dalam melonjakkan prestasi pencapaian murid”, katanya.
 
Ujarnya lagi, “Kecemerlangan murid adalah puncak manifestasi seseorang guru hasil daripada kerja-kerja pendidikan yang mampu menghasilkan modal insan yang kompeten dan cerdas dalam aspek ilmu dan kemahiran; inovatif dan kreatif; bersahsiah dan paling penting bersifat patriotik serta cintakan tanah air”. 
 
“Malah guru inovatif juga mampu melonjakkan transformasi terhadap murid dengan berbekalkan ilmu dan kemahiran sains teknologi terkini.
 
Ini membuktikan bahawa modal insan berinovasi menjadi prasyarat utama kepada pertumbuhan produktiviti kearah penjanaan ekonomi berpendapatan tinggi”, kata Hjh Surayah.
 
Sehubungan itu, beliau menyeru para pendidik agar bersama-sama berusaha membuat anjakan daripada daya upaya peralatan kepada daya upaya minda dan daripada pemudahcara kepada pencetus invensi dan inovasi. Ini bertujuan melahirkan ramai pelajar cemerlang.
 
Majlis sambutan Hari Guru diadakan persembahan pelajar, guru dan jamuan, penyampaian hadiah wakil kelas serta saf pimpinan Pengawas Sekolah bagi mengeratkan siraturrahim antara pelajar dan Guru.
 

Editor : Khaulah Azwar 

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI