Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Pembangunan Modal Insan, Kerajaan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali
menggesa kerajaan Pusat mengkaji semula gaji minimum RM900 bagi pekerja di
Semenanjung sementara RM800 bagi Sabah dan Sarawak.
Beliau mengulas tawaran Kerajaan Pusat menyelaraskan
gaji minimum demi kepentingan warga pekerja.
Kata beliau,
“saya berpendapat tawaran itu sama sekali tidak relevan kerana tekanan
ekonomi semakin meningkat, barang semua naik tetapi tawaran diberikan tidak
cukup meringankan beban rakyat.
Sejak Perdana Menteri, Najib Tun Razak
mengumumkan gaji minimum, ramai rakyat tidak
setuju dan tidak gembira dengan pengumuman Perdana Menteri itu”.
“Sebaliknya
Pakatan Rakyat komited untuk menyelaraskan pendapatan minimum sebanyak RM1,500
dan ia sesuatu yang kita mampu dan pasti
lakukan jika berjaya menawan Putrajaya nanti.
“Kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR)
dari dulu sehingga sekarang komited untuk melaksanakan dasar-dasar bagi membela
nasib pekerja.
Kita yakin
apabila pendapatan rakyat meningkat, pengaliran ekonomi juga sama meningkat dan
begitu juga dengan taraf hidup rakyat.
Justeru, kita gesa agar kerajaan pusat kaji
semula gaji minimum dibuat, selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk
menyampaikan dasar PR dalam memartabatkan golongan pekerja”, jelas Dr Halimah.
Beliau merangkap ADUN Selat Klang menambah, “selain itu sekiranya warga pekerja mempunyai
masalah kerja perlu diluahkan sekiranya tidak puas hati kepada majikan.
Antara yang boleh diskusikan adalah gaji,
pembahagian kerja yang tidak seimbang dan sebagainya”, katanya
“Insya-Allah kerajaan negeri juga akan mengadakan
Hari Pekerja bersama rakyat sempena Hari Pekerja.
“Dengan adanya program ini, dapatlah kita mendengar luahan hati pekerja
sambil berbincang secara lebih terbuka” .
Beliau kata demikian dalam lawatan Ramah Mesra
Bersama Warga Industri di Kilang Pokka Ace (M) Sdn. Bhd.
Hadir sama, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah
Sani Abdul Hamid.
No comments:
Post a Comment