Gombak, 27 April : Timbalan Pengerusi
Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat, Normala Sudirman mengumumkan satu
badan NGO iaitu Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) ditubuhkan bagi membela nasib pendidik seluruh
Malaysia yang telah ditindas dan dizalimi oleh kerajaan UMNO-BN semenjak 54
tahun sehingga hari ini.
Beliau berkata, “badan NGO ini lebih
menjurus ke arah diskusi kalangan warga pendidik yang pernah menjaadi mangsa
kezaliman akibat ditukarkan ke sekolah lain sepanjang perkhidmatan tanpa
mengikut prosedur yang betul dan bukan ’atas keperluan perkhidmatan’.
Contoh mangsa kezaliman adalah suami
saya yang telah ditukar tempat mengajar serta merta apabila saya menjadi calon
Pilihanraya kecil (PRK) DUN Tenang.
Bukan sahaja menukar tempat
suami saya mengajar bahkan bonus kerja suami juga dipotong.
Kerajaan Pusat mengambil tindakan
yang keterlaluan dengan memberi tekanan kepada saya dan suami.
Kes seperti ini bukan hanya kepada
suami tetapi ramai di kalangan warga pendidik telah ditukarkan hanya kerana
’dendam politik’ dan ’tekanan politik’ dari pimpinan UMNO -BN.
Justeru,
“ insya-Allah dalam masa
terdekat ini kita akan adakan “Roadshow NGO pendidik, selain itu suatu
’Himpunan
Pendidik Tertindas’ akan diadakan di lokasi yang sesuai untuk
menggerakkan kebangkitan guru di seluruh Malaysia”, kata Normala dalam
ceramah Pentas Wanita Gugat BN di Markaz Tarbiyah PAS Pusat malam tadi,
disini.
Ujarnya lagi, saya harap usaha murni PAS Pusat membela guru
– guru yang teranyai mendapat sokongan
dan kerjasama semua para pendidik .
NGO Pendidik ini akan menangani isu-isu pendidikan negara
dengan cara yang profesional dan bijaksana.
Selain itu memaksimumkan penerangan,
perkhidmatan dan latihan menerusi peranan setiap sekretariat yang telah
diwujudkan.
Menurutnya, badan NGO ini akan menjadi medan dan wasilah warga pendidik dan
guru menyuarakan pandangan, pendapat, dan idea untuk membangunkan kecemerlangan
pendidikan nasional dalam persada pendidikan negara.
Beliau merupakan Mantan Pilihanraya
Kecil (N.05) DUN Tenang (PAS) tewas dengan lawannya Azhar Ibrahim (UMNO) pada
Januari, 2011 menyeru semua pendidik bangkit hentikan kezaliman UMNO-BN yang sentiasa
beri tekanan pada minda mengongkong jiwa pendidik.
Katanya, “minda dan jiwa guru
dikongkong dengan ’penjajahan alaf baru’ yang tidak bertamadun dan menzalimi
pendidik yang berjiwa mulia serta ikhlas mendidik anak bangsa selama ini”.
Ekoran itu, seharusnya semua
pendidik menyertai “Roadshow” ini kerana
sudah sampai masa juga kita menjuarai isu-isu pendidikan negara secara
holisitik dan berkesan memandangkan political millage yang bakal diperolehi.
Tambah beliau lagi, sikap kealpaan,
kecuaian, pengabaian, campur tangan politik yang berlebihan sama ada dilakukan
sengaja atau tidak sengaja, kelemahan perancangan dengan tendensi melakukan
perubahan demi perubahan pendidikan kononnya atas tiket mengangkat
pendidikan negara bertaraf dunia telah menjadikan sistem pendidikan negara
menjadi caca marba.
Hal ini berasas kerana polisi 'trial
and error' dan 'project based' yang diamalkan oleh pemerintah tidak
kira berjaya atau sebaliknya sesuatu dasar itu dijalankan telah meninggalkan ’luka’
di hati masyarakat pendidik, ibu-bapa dan rakyat Malaysia umumnya.
Antaranya isu PPSMI, Perubahan
Status Sekolah Bestari yang akhirnya dijadikan sebagai Pembestarian Sekolah,
Pengenalan Semula Dasar Memartabatkan Bahasa Kebangsaan, Penarikan balik buku teks
kajian Komponen Sastera iaitu Novel Interlok Sasterawan Negara Abdullah Hussain
kononnya mencemar nama baik sesuatu kaum, dan yang terbaharu pembatalan SBPA
sebagai skim gaji baru penjawat awam telah melibatkan kerugian kos berjuta-juta
ringgit kerana sikap terburu-buru dalam merancang dan membuat keputusan tentang
masa depan pendidikan negara.
Justeru, dengan adanya Persatuan (PENDIDIK) peluang
untuk membetulkan keadaan ini telah dirintis menerusi penubuhan yang
diharap mampu menggerakkan momentum memimpin masyarakat guru dan massa untuk
mengubah landskap pendidikan tanah air.
Dalam pada itu, beliau juga
mengalu-alukan semua pendidik yang pernah menjadi mangsa ’tekanan politik’ atau
’mangsa pertukaran akibat dendam politik’ mengikut prosedur yang tidak
betul menyalurkan aduan ke alamat email ; aduanpendidik@gmail.com
, ujar Normala merupakan Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan
Pendidikan Kebangsaan (PENDIDIK).
Hadir sama, Ustazah Salbiah Abdul Wahab, Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment