Tuesday, November 22, 2011

Noriah terima bantuan operasi pembedahan otak

Batu Caves : Simpati keatas Noriah Bahazin, 57 yang di uji dengan sakit barah otak semenjak tujuh bulan yang lalu.

Kesengsaraan beliau telah mendapat perhatian daripada Parlimen Gombak, Azmin Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves dan Ahli Parlimen Lembah Pantai , Nurul Izzah Anwar ketika di temui dalam mesyuarat Agung Cabang Gombak di Dewan Majlis Perbandaran Selayang Taman Gombak.

Di fahamkan oleh suaminya Mohd Shahimie Hashim, 61, isterinya menghadapi barah otak tujuh bulan yang lalu tanpa menerima bantuan daripada pihak berwajib untuk membantu kos perubatannya.

Shahimie berkata, alhamdulilah saya bersyukur kepada Allah SWT di saat kami sekeluarga diuji dengan masalah kesihatan isteri dan kos perubatan, masih ada sikap kepeduliaan yang diberikan oleh saf pimpinan Pakatan Rakyat (PR) peringkat Parlimen Gombak. Bantuan di berikan benar – benar memberi nafas baru kepada isteri untuk meneruskan kehidupan.

Menurutnya dengan bantuan RM1800 yang di sampaikan oleh Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Zon 7 , Maznah Aziz bagi mewakili Parlimen Gombak telah berjaya membuat operasi pembedahan baru-baru ini di Hospital Sungai Buloh.

“Alhamdulilah dengan sumbangan di terima, saya telahpun membeli penutup tempurung kepala untuk isteri dengan harga RM800. Dan bakinya di bayar untuk kos pembedahan”.

Ujarnya, sebelum membuat operasi pembedahan, setiap bulan isteri di hantar ke Hospital dengan menelan belanja yang besar. Hal ini semakin rumit apabila isteri sering mengadu sakit kepala dan kerap pengsan. Beliau telah di masukkan dalam Unit Kecemasan selama tiga minggu.

“Saya benar-benar tidak mampu untuk menanggung kos perubatan isteri memandangkan saya sudah tidak bekerja lagi. Terdahulu kami meniaga makanan berlauk tetapi semenjak isteri sakit kami tidak dapat meneruskan perniagaan lagi”, lagi kata Shahimie yang mempunyai tiga orang anak dan salah seorang anaknya berusia 28 thn seorang OKU.

Walaupun kami tidak meniaga lagi untuk menampung kos kehidupan ahli keluarga, saya bekerja kitar semula seperti kutip kotak terpakai, botol air, surat khabar, tin air. Hasil kutipan sehari hanya RM40-50.

Katanya lagi, kos pembedahan sebenarnya masih tidak dimaklumkan oleh pihak Hospital, jika kos rawatan ini menelan belanja yang tinggi hanya satu harapan saya agar dapat bantuan daripada kerajaan negeri melalui Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengamalkan konsep Negeri Berkebajikan.

Bagi mereka yang prihatin dan sudi ingin menghulurkan bantuan kepada isteri saya boleh berhubung di talian 016-2880318.

Sepanjang isteri di Hospital wakil daripada Ketua UMNO bahagian Batu Caves ada buat lawatan ziarah namun tidak diberikan bantuan melainkan di peringkat pimpinan (PR) sahaja yang sudi menghulurkan bantuan meringankan beban kami sekeluarga.

Justeru itu, saya merakamkan ribuan terima kasih kepada saf pimpinan (PR) yang begitu prihatin terhadap kesusahan kami sekeluarga, katanya kepada media.

Sementara itu, Ahli Majlis MPS Zon 7, Maznah Abdul Aziz yang menyampaikan sumbangan mewakili Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali berkata , harapan saya semoga bantuan diberikan oleh pihak kami dapat meringankan bebanan ahli keluarga Shahimie.

Noriah merupakan Ketua Wanita Cabang PKR DUN Batu Caves terdahulu seorang yang aktif dalam parti dan beliau banyak memberi sumbangan tenaga sehingga Wanita Cabang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves ditubuhkan. Semenjak Noriah di uji dengan sakit, kami rasa satu kehilangan.

Kami di peringkat (PR) DUN Batu Caves mendoakan agar beliau akan sembuh sebaiknya selepas membuat rawatan pembedahan. Insya-Allah jika bantuan di perlukan oleh keluarga ini, kami tidak keberatan membantunya, kata Maznah.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI