Monday, November 21, 2011

YEOP Ketior Juara Bowling tertutup


Batu Caves : Bowling tertutup Jaringan Anak-Anak Perak di Perantauan( JAPP) yang di anggotai seramai 22 pasukan telah mendapat sambutan baik daripada berbagai peringkat usia.

Presiden JAPP, Shaharudin Hj Abu Bakar berkata, tujuan diadakan pertandingan Bowling JAPP untuk mengumpul anak-anak Perak yang berada di Selangor, Kuala Lumpur dan negeri-negeri lain dibawah satu organisasi .

JAPP bukan satu corak politik tetapi JAPP adalah menyokong dasar dan hasrat Pakatan Rakyat (PR). Ramai anak-anak perak yang berada di Selangor, Kuala Lumpur duduk di bawah pelbagai pertubuhan, kelab dan persatuan yang bercorak ke daerah atau suku kaum atau bangsa seperti Persatuan Darul Ehsan, Anak-anak Gerik perak, persatuan Anak-anak Bagan Datoh atau Mengkeme anak-anak Perak, tetapi itu semua lebih kepada golongan tertentu dan berdasarkan ideologi Politik yang berbeza.

Shaharudin yang juga merupakan Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Batu caves menjelaskan lagi bahawa peranan JAPP untuk menarik anak-anak Perak yang berada di perantauan supaya balik ke Perak membawa gelombang reformasi supaya Negeri Perak lebih maju, mempunyai kerajaan yang lebih telus, selain itu lebih memikirkan sosial kebajikan rakyat sertimana yang dibawa oleh Kerajaan Negeri Selangor, Pakatan Rakyat (PR) dibawah pimpinan Menteri Besar (MB) Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurutnya lagi, JAPP akan memainkan peranan sebagai satu badan yang mengeratkan silaturrahim anak-anak Perak yang pro kepada (PR).

JAPP yang baru di tubuhkan telah memperolehi 200 orang Ahli. Semenjak ditubuhkan JAPP telah berjaya mengadakan beberapa aktiviti kemasyarakatan antaranya membantu rakyat khususnya keluarga ahli JAPP yang di timpa musibah seperti kemalangan, dan baru-baru ini kita bantu salah seorang rakyat yang dimana isterinya di timpa musibah yang memerlukan kos perubatan pembedahan Otak. Selain itu, JAPP juga mewujudkan skim khairat kematian , bagi menjaga kebajikan semua ahli.

Media difahamkan oleh Shaharudin, JAPP yang kini dalam proses pendaftaran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) ianya mempunyai perlembagaan dan peraturan yang perlu diikuti oleh semua ahli.

Insya-Allah jika JAPP di luluskan oleh ROS, kita akan adakan mesyuarat agung sebaik sahaja ianya di luluskan, kata Shaharudin di Brem Mall kepong selepas mengumumkan Juara Bowling tertutup yang dimenangi oleh Pasukan YEOP Ketior dengan mengaut mata sebanyak 1330 dengan memperolehi wang tunai RM500 dan midel, Naib Juara Pasukan BBU, Naskun mengaut mata sebanyak 1152, membawa wang tunai RM400 dan midel dan tempat ketiga jatuh kepada pasukan KOME dengan memperolehi mata sebanyak 1096 dengan membawa pulang wang RM300 beserta midel.

Manakala bagi acara individu lelaki dimenangi oleh Shamsul Baharin (372), Hasfaludin (359) dan Farid Mokhtar (330).

Bagi Individu perempuan pula dimenangi oleh Adibah (319), Mayalina (314) dan tempat ketiga Zaliha Zamani.

Sementara itu, Ketua Pasukan YEOP Ketior, Shamsul Baharin daripada Putrajaya berkata, pertandingan sihat ini seharusnya di adakan. Hanya dengan melibatkan aktiviti sihat golongan muda khususnya dapat mengisi masa mereka dengan berfaedah disamping itu dapat mengeratkan silaturrahim.

Apabila golongan muda terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan dalam sebuah organisasi, mereka didedahkan pelbagai perkembangan isu-isu semasa, dan pada masa itu mereka secara automatik tahu peranan mereka dalam masyarakat dan Negara kerana merekalah masa depan Negara.

Saya dapati pertandingan bowling ini begitu mencabar kerana di dapati berbagai umur yang menyertainya. Saya lihat ramai yang mempunyai bakat dalam bowling dan pernah mengikuti banyak pertandingan dan mereka adalah juara yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu dan alhamudlilah saya tidak sangka sama sekali pasukan kami menjadi Juara Bowling JAPP. Akan datang diharap JAPP akan mengdakan berbagai aktiviti mencabar untuk mengasah bakat golongan muda khususnya, katanya.

Editor : khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI