Monday, October 3, 2011

RM500,000 untuk cermin mata percuma

Ijok : Ibubapa yang kurang berkemampuan merupakan golongan yang paling gembira apabila kerajaan negeri mengumumkan pelancaran program pemberian cermin mata percuma kepada semua pelajar miskin di seluruh kawasan negeri Selangor.

Program ini merupakan kerjasama kerajaan negeri melalui stanco kesihatan dan kemiskinan dengan Hospital Mata Tun Hussin Onn (THONEH) hasil buah fikiran Menteri Besar, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim semasa lawatan beliau di hospital tersebut sebelum ini.

Sebanyak RM500,000 telah diperuntukkan untuk setiap DUN dimana setiap ADUN akan memperuntukkan sejumlah RM100,000 daripada dana ADUN untuk program ini yang meliputi 56 DUN Negeri Selangor. Ijok telah dipilih sebagai kawasan lokasi pelancaran berkenaan.

Bagi DUN yang di wakili pembangkang bantuan akan disalurkan melalui ADUN angkat yang telah di tetapkan.

Menurur MB Selangor, Tan Sri Khalid bagi mekanisme pelaksanaan THONEH akan menghantar pasukannya di setiap sekolah yang telah ditetapkan dan di kenalpasti di setiap DUN.

Selepas pemeriksaan, nama-nama pelajar yang dikenal pasti memerlukan pemakaian cermin mata akan diserahkan kepada pejabat DUN untuk dinilai berdasarkan kelayakan murid mengikut pendapatan ibubapa mereka.

“Apabila mendapat kelulusan, pihak THONEH akan menyediakan cermin mata tersebut dan kemudiannya diserahkan kepada pejabat DUN untuk diberikan kepada pelajar atau ibubapa mereka”, ujar beliau.

Skim pemberian cermin mata percuma ini dikhaskan kepada ibubapa yang berpendapatan bulanan RM1500 ke bawah.

Rosila Jamarin, 38hn ibu kepada Mohamad Najmudin Mohd Nasir, 9thn terharus dengan sumbangan yang di berikan.

Menurutnya dengan kos sara hidup yang tinggi pada masa kini bantuan dihulurkan kerajaan negei amat membantu diri dan melengkapi keperluan anak yang masih belajar.

“Alhamdulilah rezeki dia, saya sebelum ini tidak tahu anak mengalami masalah rabun. Saya bawa dia membuat pemeriksaan mata dan Doktor mengesahkan dia mengalami rabun. Bantuan yang diberikan memang amat bagus sekali, katanya”.

Oii Siew Sim, 26thn seorang guru yang bertugas di Sekolah (J) Kebangsaan Cina (SRJKC) menjelaskan apa yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri ini merupakan satu faedah yang baik bagi membantu keluarga pelajar yang tidak berkemampuan.

Katanya lagi, ramai dikalangan ibubapa yang tahu berkenaan masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka tetapi tidak tahu kepada siapakah yang harus mereka rujuk bagi meminta bantuan.

Justeru itu, program yang dianjurkan yang melibatkan setiap DUN ini mampu membantu mereka yang susah.

Sempena pelancaran program tersebut seramai lima orang pelajar telah dipilih sebagai penerima bantuan pertama,

Adik Ateh Nabiha Ahmad Rahim, 12thn dari SRA Bukit Badong berkata, saya begitu gembira dan seronok apabila menerima bantuan daripada MB Selangor, Tan Sri Khalid sendiri.

Saya janji dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri akan manfaatkan sebaiknya dan akan belajar lebih tekun lagi bagi mencapai cita-cita.

Adik Nurfahnny Intan Suraya Rizalman, 12thn daripada Bukit Badong melahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Selangor.

“Saya gembira apabila telah dipilih untuk menerima bantuan ini yang sekian lama saya inginkan tetapi tidak dapat kerana keluarga tidak mampu membelinya”, katanya.

Sehubungan dengan itu, majlis tersebut diadakan Sambutan Majlis Hari Raya di Padang Bola Sepak Sekolah Rendah Agama (SRA) Hilal Kampung Harmoni, Ijok.

Turut hadir isteri Menteri Besaar Selangor, Puan Sri Salbiah Tunut, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad, ADUN Bukit Melawati, Muthiah Maniapillay, Pegawai Daerah Kuala Selangor, Mohd Misti Idris serta wakil penduduk.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI