Tuesday, October 4, 2011

Kes ragut meningkat, rondaan polis perlu ditingkatkan - Nurul Izzah



Petaling Jaya : Penduduk Kawasan Taman Sri Sentosa melahirkan kebimbangannya apabila kes ragut semakin meningkat di kawasan ini yang sekaligus boleh meragut nyawa.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, dengan berbagai aduan rakyat yang saya terima, maka satu tindakan drastik dilakukan dengan mengeluarkan surat permohonan kepada Ketua Balai Polis Petaling, Tuan Inspektor Sail, di Balai Polis Sri Sentosa, Petaling agar rondaan dipertingkatkan di sekitar kawasan Sri Sentosa.

Mengulas lanjut, seharusnya pihak polis harus meningkatkan usaha operasi pengawalan secara berkala bagi mengurangkan kadar jenayah terutamanya kes ragut yang kerap kali berlaku di kawasan tersebut.

Menurutnya berdasarkan aduan yang diterima oleh masyarakat setempat baru-baru ini di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Lembah Pantai, pihaknya mendapati kadar jenayah terutamanya kes ragut kembali meningkat.

Justeru itu, bagi menjaga keselamatan penduduk disini terutamanya golongan wanita, saya harap pihak berwajib mengambil tindakan segera agar tidak berlaku perkara yang diingini.

Katanya lagi, masalah keselamatan yang kerap berlaku sekarang adalah kes ragut, terutamanya berdekatan kawasan Gereja Methodist, Jalan Sri Sentosa 12, berhadapan Tokong Cina dan ini menyebabkan penduduk di kawasan berkenaan sentiasa hidup dalam kerisauan dan ketakutan.

Tambahan lagi, pendirian saya adalah kita sudah mempunyai anggota polis yang mencukupi seramai 106,000 anggota. Malangnya 41 peratus di pertanggungjawabkan ke tugasan pengurusan pentadbiran.Manakala 9,000 orang ditugaskan ke jabatan siasatan jenayah.

Justeru, saya harap Jabatan Polis yang dipertanggungajwab menjaga keamanan Negara dapat meningkatkan usaha menjaga kesalamatan rakyat dengan memberi kerjasama pihak berwajib yang lain.

Beliau yang juga merupakan Naib Presiden Keadilan menegaskan, yang wajib dilakukan adalah pemfokusan tugasan polis ke arah siasatan jenayah; ini memungkinkan peningkatan tangga gaji anggota polis, dgn kualiti dan profesionalisme yang dinantikan rakyat.

” Anggota Polis perlu mengadakan rondaan dengan lebih kerap ke kawasan panas yang menjadi tumpuan peragut kerana pada tahun lepas pernah terjadi insiden sehingga meragut nyawa penduduk disitu, bukan sekali dua tetapi acapkali jenayah ragut dilaporkan berlaku dikawasan terbabit tanpa mengira waktu,”katanya kepada media kelmarin.

Editor : khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI