Petaling Jaya, 3 September, 2011 : Kerajaaan Negeri Selangor, Pakatan Rakyat (PR) telah memperuntukkan sebanyak RM5 juta peringkat awal bagi progam Jom Shopping warga emas. Peruntukkan ini termasuk di negeri wilayah bawah pengurusan Kerajaan PR.
Namunpun begitu jika ada permintaan ramai insya-allah kita akan peruntukkan sebanyak R10 juta untuk program Jom Shoping, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sidang media petang semalam di Giant Superstore Sri Manja, Jln Kelang Lama.
Ulasnya lagi, Kerajaan PR akan meneruskan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dengan program mesra rakyat dimana program ini tanpa mengira bangsa dan parti layak menerimanya.
Rakyat yang telah mencapai umur 60thn keatas dan telah berdaftar dalam Skim Mesa Usia Emas (SMUE) layak mengikuti Program Jom Shoping dengan diberikan baucar RM100. Selain daripada itu mereka yang berpendapatan rendah RM1500 kebawah, fakir miskin, golongan OKU dan ibu tunggal. Ini adalah antara syarat yang telah ditetapkan.
Pemberian ini adalah salah satu kebajikan yang dilakukan oleh kerajaan PR untuk memberi peluang kepada semua warga emas negeri Selangor keluar bershoping bersama wakil rakyat mereka dengan membeli- belah apa sahaja untuk keperluan mereka. Progaram seperti ini tidak pernah dilakukan oleh Kerajaan terdahulu (UMNO-BN), Kata Tan Sri Khalid.
Beliau berkata lagi, idea Program Jom Shoping Warag Emas, ini hasil kajian dibuat oleh saya sendiri apabila memikirkan Skim SMUE yang hanya diberikan kepada waris apabila ibubapa mereka telah meninggal dunia sahaja tetapi tidak di berikan kepada warga emas yang masih hidup dan memerlukan bantuan.
Justeru itu, saya fikir Negeri Selangor yang mengamalkan konsep negeri berkebajikan adalah wajar untuk menjaga kebajikan warga emas ini dengan mengadakan program Jom Shoping dimana mereka diberikan baucar RM100.
Selain memberi bantuan kepada warga emas, tidak ketinggalan juga kepada anak-anak Selangor yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Semua pelajar yang dapat menyambungkan pengajian mereka, kerajaan negeri akan memberi bantuan RM1000 dan bagi anak-anak Selangor yang baru lahir diberikan RM100 sehingga mereka menyambung pelajar ke IPT. Program tersebut adalah Tabung Kebajikan Anak Selangor (TAWAS), Kata Tan Sri Khalid.
Rakyat Selangor dinasihatkan berhati-hati
Rakyat negeri Selangor khususnya warga emas dinasihatkan berhati-hati agar tidak mudah percaya dengan bayaran yang dikenakan keatas semua program yang dianjurkan oleh Kerajaan negeri.
“Saya ingin menegaskan kepada semua rakyat Selangor, jika warga emas diminta oleh pihak lain buat bayaran untuk menyertai program Jom Shoping atau SMUE, mereka harus buat aduan kepada wakil rakyat mereka di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM).
Kita akan ambil tindakan sewajarnya bagi mereka yang suka mengambil kesempatan dengan meminta wang kepada warga emas untuk dapatkan borang SMUE dan daftar Jom shoping. “Tiada bayaran dikenakan”, kata Khalid dengan tegas.
Sementara itu Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pula berkata, program Jom Shoping Warga Emas adalah progam yang dianjurkan oleh kerajaan PR dalam menjaga kebajikan rakyat. Ini merupakan program siri ke tiga yang telah Berjaya dilaksana di Lembah Pantai dengan memberi bantuan kepada semua warga emas tanpa mengira ideologi parti dan bangsa.
Sepanjang tiga tahun lebih kerajaan PR memerintah, Kawasan Parlimen Lembah Pantai telah Berjaya mengumpul seramai 560 orang yang berdaftar dalam Skim Mesra Usia Emas (SMUE). Namunpun begitu jumlah tersebut masih belum mengcukupi untuk membantu rakyat disini. Justeru itu saya harap semua Ahli Jawatankuasa AMK cabang harus mempergiatkan kempen Skim SMUE ini.
Saya juga harap rakyat disini merebut peluang untuk daftarkan diri dalam SMUE dimana kerajaan negeri akan memberi bantuan khairat kematian berjumlah RM2500 untuk urusan jenazah, menyelesaikan hutang-piutang arwah, membina batu nisan dan sebagainya. Adalah menjadi kerugian kepada mereka yang tidak merebut peluang untuk sertai skim SMUE, kerana wang diberi adalah hak mereka sendiri.
Jelasnya lagi, setakat ini yang berdaftar SMUE di bawah Parlimen Lembah Pantai seramai melayu 172, kaum cina 209, Kaum india 175 dan lain-lain 13 orang. Daripada jumlah tersebut seramai 62 orang telah menerima skim SMUE berjumlah RM2500 dengan jumlah RM 1,422,500.00.
Manakala bagi Program Jom Shoping warga emas, alhamdulilah setakat ini seramai tiga ratus warga emas telah menerima baucar RM100 untuk mereka membeli – belah semenjak dilancarkan tiga bulan lalu. Bagi warga emas yang tidak mampu datang bersama untuk progam ini kita akan hantar ke rumah warga emas sendiri.
Setakat ini hampir lima puluh warga emas yang tidak sihat dan kurang upaya telah kita hantar sendiri barang keperluan bernilai RM100 dan diberikan “loving card” untuk mereka sebagai tanda ingatan dan kasih kita kepada mereka. Jelas pemberian ini memberi kegembiraan hati mereka apabila kita datang menziarahi mereka di rumah, kata Nurul Izzah.
Sistem data yang berkualiti dan tidak berlaku penyelewengan
Nurul Izzah yang juga merupakan Naib Presiden Keadilan menegaskan, setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) dibekalkan sistem yang berkualiti tinggi oleh Rantaian Mesra Sdn Bhd bagi membuat penyemakan data warga emas.
Dengan sistem ini tidak mudah berlaku penipuan oleh mana-mana pihak untuk menuntut wang khairat kematian yang berlaku dua kali oleh waris terdekat. Segala hitam putih telah di rekod dalam sistem tersebut .
Jelas Nurul Izzah lagi, bagi warga emas yang di kenakan bayaran oleh pihak yang suka mengambil kesempatan, haruslah buat tindakan dengan memberi aduan kepada wakil rakyat mereka. Segala borang yang diberikan adalah percuma.
Setiap satu sen yang disalurkan untuk warga emas tidak akan dibelanja oleh pihak pengurusan pentadbiran. Semua di uruskan oleh ADUN dan Ahli Parlimen untuk disalurkan kepada rakyat sendiri agar tidak berlakunya penyelewengan, katanya.
Apa Kata Rakyat Program Jom Shopping
Sherry Lai, 68thn beliau yang terlibat dalam kerja –kerja kebajikan warga emas, merasakan program yang dianjurkan kerajaan PR bagus sekali. Rakyat akan rasa gembira apabila diberikan bantuan walaupun diberikan jumlah wang yang sedikit.
Bukan wang yang menjadi permintaan rakyat tetapi yang lebih penting apabila pimpinan turun padang menjiwai hati rakyat dengan menghulurkan bantuan kepada semua tanpa kira parti, program seperti ini harus dikekalkan dan tidak pernah dilakukan oleh kerajaan terdahulu (UMNO-BN).
Aminah Hj Ali, 69th, rasa terharu terima bantuan. Sebelum ini, Nurul Izzah ada huungi saya untuk terima bantuan pada bulan Ramadhan tetapi saya tidak mampu untuk pergi kerana kesihatan kurang mengizinkan.
Walaubagaimanapun saya diberi peluang untuk menerima bantuan untuk siri ketiga.
Dengan program yang dianjurkan bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara pimpinan dan rakyat tetapi kita juga dapat mengenali orang lain yang turut hadir bersama dalam program ini.
Wadiyamah ap/ munianir , 64thn tidak sangka diberi bantuan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai dengan kerjasama Kerajaan PR. Bantuan seperti ini tidak pernah dirasakan semenjak kerajaan terdahulu perintah. Kita harap kerajaan PR sentiasa mempertingkatkan usaha dengan memberi bantuan kepada rakyat.
Ngah Ah Nyah, terkilan dengan promosi parti UMNO di cawangan Lembah pantai. Terdahulu ahli UMNO di sini minta saya isi borang untuk menjadi ahli agar senang dapat bantuan daripada parti UMNO. Setelah sekian lama borang diisi sehingga kini tiada sebarang bantuan dihulurkan. Saya rasa di tipu oleh UMNO-BN.
Hari ini apabila saya datang membeli – belah di Giant, kelihatan ramai warga emas yang mengikuti program Jom Shoping di sini.
“Saya rasa benar-benar terkejut dan tidak percaya mereka dapat bantuan daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai dengan kerjasama Kerajaan Negeri. Kelihatan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan (MB) Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, ada bersama dengan rakyat untuk menemai warga emas membeli - belah. Mereka ada masa bersama rakyat disini, suasana begitu santai dan rakyat nampak begitu gembira bersama mereka.
Saya nampak ketulusan kerajaan PR yang memerintah di negeri Selangor dengan membantu rakyat, beberbeza dengan UMNO yang hanya cakap kosong sahaja. Saya akan bertemu dengan Ahli Parlimen Lembah Pantai untuk daftar diri sebagai warga emas di sini selepas ini, katanya.
Editor : Khaulah Azwar
No comments:
Post a Comment