Tuesday, September 6, 2011

Perlantikan Ketua Kg. Sg Chincin bakal diputuskan masa terdekat



Gombak : Saat Umat Islam menanti ketibaan Aidilfitri yang bakal disambut 3 hari lagi dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan lain pula terjadi kepada keluarga Allahyarham Hj Abd Rani Awang, ketua Kg. Sungai Chincin Gombak.

Allahyarham Hj Abd Rani Awang yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada tanggal 27 hb Ogos, 2011 di rumah kediamannya disini. Beliau telah pulang kerahmatuallah kerana diseranggi sakit Diabetis.

“Derita yang dialami selama 2 tahun yang lalu tidak pernah membuatkan beliau berputus asa untuk meneruskan khidmatnya sebagai ketua kg. Baginya amanah yang diberikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Dr Hasan Mohamed Ali, PAS Kawasan Gombak adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh jujur untuk memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat di situ, kata Setiausaha Kg. Sg. Chincin, Mohd Salleh Bidin ketika di temubual oleh media pagi semalam di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia”.

Menurut Salleh, sepanjang beliau menjadi ketua kampung disini banyak masalah penduduk dapat diselesaikan dengan baik. Setiap bulan diadakan mesyuarat khas bersama Jawatankuasa Penduduk kampung bagi menyelesaikan setiap aduan penduduk kampung.

Alhamdulilah saya terlalu bersyukur kerana Kampung kami diberikan ketua kampung yang penuh bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya semenjak beliau dilantik pada 2008 setelah Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memerintah. Arwah juga merupakan Timbalan Kertua PAS Cawangan Kampung Sungai Chincin yang telah banyak membantu kerja-kerja parti di kawasan Gombak.

Setiap kali menerima aduan penduduk beliau akan turun padang untuk mengambik tindakan dan diusulkan kepada ADUN untuk tindakan susulan. Kita lihat sikap arwah yang mudah mesra dengan semua masyarakat membuatkan penduduk kampung disini amat menyenangi peribadinya.

Banyak jasa yang telah diberikan antaranya masalah besar yang dihadapi penduduk sekitar ini adalah masalah sampah di Kampung Sungai Chincin yang telah diatasi sebaiknya. Punca berlaku masalah sampah ini adalah daripada diri masayarakat yang sukar dibendung. Mereka tidak menddidik diri menjaga kebersihan di sekitar rumah dan kampung sendiri. Berbagai aduan diterima akhirnya tindakah drastik telah diambil oleh beliau dengan mendapat kerjasama ADUN Gombak Setia . Selain daripada itu, beliau juga telah mengusulkan masalah kekurangan Parkir di Masjid Sungai Chincin kepada ADUN agar dapat menyediakan parkir disitu bagi memudahkan masyarakat sekitar Gombak yang ingin menunaikan solat Jumaat.

Sebelum ini dengan keadaan parkir yang sedikit amat menyukarkan jemaah untuk mencari parkir. Mereka terpaksa meletekkan kenderaan di bahu jalan Masjid dan jauh daripada masjid yang boleh mengundangkan kemalangan. Alhamdulilah dengan kerjasama ADUN, Jabatan Pengaliran Saliran (JPS), Jabatan Keraja Raya, (JKR) dan semua yang terlibat dalam lawatan turun padang tahun lepas bersama ADUN akhirnya mereka bersetuju menyediakan parking di Masjid Sungai Chincin, kata Salleh.

Salleh juga merakamkan terima kasih kepada Datuk Hasan yang sudi menziarahi arwah ketika beliau dalam keadaan tenat di Hospital dan menziarahi ahli keluarga arwah dirumah kediaman arwah semingu sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.

Beliau juga mengharapkan agar semua Ahli Jawatankuasa Penduduk Kampung akan memberi kerjasama selepas ini untuk menjaga keamanan kampung seperti arwah masih ada.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia yang telah menziarahi ahli keluarga arwah semalam telah menyampaikan sumbangan Akhirat Kematian Skim Mesra Usia Emas (SMUE) fasa pertama berjumlah RM1000 kepada Balu Arwah Abd Rani Awang (Puan Samsiah Ahmad Tahir).

Takziah buat puan sekeluarga, semoga diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini. Setiap yang hidup akan kembali kepada Allah SWT.Semoga arwah ditempatkan dalam golongan yang beriman. Terima kasih kepada arwah sekeluarga yang telah menyumbangkan tenaga dalam Parti PAS. Untuk pengetahuan puan, Pemberian RM1000 adalah anjuran Kerajaan Negeri Selangor, Pakatan Rakyat (PR) yang telah Berjaya dilaksanakan sepanjang PR memerintah. Rata-rata rakyat yang mendaftar SMUE ini, waris mereka telah menerima wang sumbangan akhirat kematian sebanyak RM2500 bagi menyelesaikan hutang piutang, mengadakan kenduri arwah, membina kubur dan sebagainya.

Pemberian ini adalah bagi meringankan keluarga arwah. Semoga bantuan diberikan dapat menyelesaikan segala masalah yang dihadapai ahli keluarga. Insya-allah Lebihan RM1500 akan kami beri dalam seminggu selepas ini dengan mengadakan satu majlis bersama waris.

Hasan berkata lagi, saya juga mengharap anak arwah dapat mengumpulkan semua file dan dokumen kampung Kampung Sungai Cincin dan serahkan kepada Setiausaha Kampung. Dan insya-allah kita akan adakan mesyuarat untuk membuat perlantikan Ketua Kampung baru dalam masa terdekat dengan menyediakan 3 calon.

Samsiah Ahmad Tahir mempunyai 7 orang anak dan 24 cucu telah menerima sumbangan khairat kematian melahirkan perasan terharunya kerana disaat diri memerlukan sokongan untuk menerima hakikat kematian suaminya, ADUN Gombak telah mengunjungi dirinya sekeluarga dengan memberi kata-kata semangat. Semoga suntikan kata-kata ini memulihkan semangat saya dan ahli keluarga dengan menerima ujian yang diberikan.

Insya-allah sumbangan yang diterima ini akan diadakan kenduri arwah dan bakinya akan dibina pusara untuk arwah. Terima kasih kepada Datuk Dr Hasan yang telah mengunjungi arwah ketika sakit tenat di Hospital, Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak, Amiruddin Shari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Penghulu Mukim Setapak dan Semua Pegawai Pejabat Tanah, Majlis Perbandaran Selayang MPS yang sudi menziarahi arwah. Dan terima kasih juga semua saf pimpinan kerajaan PR yang telah menghulurkan bantuan kepada kami sekeluarga dengan pemberian akhirat kematian SMUE, kata Samsiah.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI