Pemergian beliau amat dirasai oleh semua teman-teman seperjuangan PAS Negeri Selangor dan PAS DUN Gombak Setia, kata AhlI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia ketika membuat lawatan ziarah raya dirumah kediaman allahyarham petang semalam untuk bertemu dengan anak –anak dan isteri allahyarham.
Menurut isteri Allahyarham Cikgu Radhi (Pn. Sarimah Mohd Sharif) semenjak allahyarham tiada, isu rumah yang dinaiktaraf terbengkalai disebabkan pihak kontraktor yang sukar dihubungi. Kontraktor tersebut janji akan siapkan rumah ini dalam masa setahun dan akan siap 2 bulan sebelum menyambut Aidilfitri, tetapi sudah setahun lebih berlalu namun rumah kediaman kami terbengnkalai.
Lebih menyakitkan hati kami apabila setiap kali kami cuba menghubungi pihak kontrator tersebut telefon tersebut tidak dijawab. Sehingga kini kami masih meyewa dengan membayar sewa sebanyak RM550 sebulan.
Sarimah Mohd Sharif yang merupakan ibu tunggal tidak bekerja dan menjaga 6 orang anaknya dengan memperolehi wang pencen suaminya sedikit sebanyak dapat meneruskan kehidupan ini.
Menurut Sarimah, anak sulongnya, Zaty Radziety Alfiah bakal melanjutkan pelajarannya ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) minggu depan dalam bidang pendidikan bagi melunaskan janji anaknya kepada arwah ayahnya sebelum menghebuskan nafas terakhir.
Zaty Radziety Alfiah berkata, insya-allah saya akan meneruskan pengajian dalam bidang pendidikan dan jika diizinkan Allah SWT saya ingin menjadi pensyarah, katanya penuh semangat kepada Datuk Hasan Ali.
Sementara itu, Datuk Hasan pula berkata isu kontraktraktor yang melepaskan tanggungjawabnya untuk meneruskan kerja menaiktaraf rumah tersebut harus diambil tindakan.
“Saya benar-benar rasa kesal dengan sikap kontraktor yang melepas tangan dalam melakukan kerja-kerja menaiktaraf. Sebahagian wang sudah di bayar tetapi mereka membuat kerja ibarat batuk ditangga”.
Hasan juga menyaran kepada puan Sarimah dan Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia, Omar Satari agar meneruskan siasatan keatas pihak kontraktor tersebut dengan meminta kerjasama melalui Peguambela yang telah dilantik oleh Arwah Cikgu Radhi.
Selain daripada itu, Hasan juga melahirkan rasa gembira dengan kejayaan yang diperolehi oleh anak arwah yang bakal melanjutkan pengajiannya untuk menjadi pendidik
Kata Hasan, apa sekalipun kita harus menuntut ilmu pengetahuan, kerana dengan ilmu orang akan hormati kita, dengan ilmu juga kita tidak akan dipermainkan orang lain. Tanpa ilmu orang akan mudah memperlekehkan diri kita kata Hasan dengan menyerahkan Wang sumbangan pengajian Tinggi yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada semua pelajar yang Berjaya menyambungkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sebanyak RM1000.
Zaty yang menerima suntikan kata semangat dan sumbangan Hadiah Wang IPT melahirkan rasa terharu dan berterima kasih kepada Datuk Hasan yang sudi menziarahi keluarga walaupun arwah ayah tiada lagi. Semoga kata-kata semangat yang diberikan oleh Datuk Hasan akan memberi semangat kepada kami sekeluarga untuk meneruskan kehidupan.
Editor : khaulah azwar
No comments:
Post a Comment