Sunday, September 18, 2011

Naib Presiden KEADILAN minta rakyat siasat isu sebelum membuat spekulasi- Nurul Izzah Anwar

Batu Caves : Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar tidak mudah percaya dengan berita panas yang tersebar luas dalam laman sesawang facebook dan blogger menyatakan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Exco Kerajaan Negeri Sekangor keluar parti PAS untuk menyertai UMNO/BN.

“Berita ini benar –benar mengejutkan saya dan semua rakyat Malaysia, tetapi saya yakin saf piminan Pakatan Rakyat (PR) dalam PAS terutamanya tidak semudah itu untuk meloncat parti seperti apa yang berlaku dalam UMNO yang diibarat seperti katak yang suka meloncat mana-mana parti jika tidak mendapat sebarang habuan untuk kepentingan peribadi mereka,” kata Nurul Izzah.

Semua berita yang dikeluarkan, diharap rakyat tidak mudah membuat sebarang spekulasi dengan semudah itu jika tidak mendapat fakta yang sahih daripada mulut Datuk Dr Hasan sendiri.

UMNO/BN yang ketandusan pimpinan yang beribawa serta tiada isu yang dibawa memang sengaja akan mencari apa sahaja bahan untuk menjatuhkan PR. Fitnah, pembohongan dan kezaliman sudah menjadi darah daging UMNO/BN yang semakin busuk.

Justeru itu, kita harap rakyat seharusnya berusaha mendapat bahan berita yang sahih mengenai isu-isu semasa. Jangan hanya menonton TV3 dan utusan Malaysia yang pro kepada UMNO. Media ini seharusnya di boikot, ujar Nurul Izzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai ketika ditanya oleh media dalam Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Batu Caves petang semalam.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shari pula menyifatkan berita yang diwawarkan dalam laman sesawang facebook dan blogger adalah manusia yang tidak bertanggungjawab yang ingin mencari publisiti murahan. Kita selar dengan sikap mereka.

Saya harap rakyat haruslah siasat terlebih dahulu dalam menerima semua isu dengan mengumpulkan semua bukti yang sahih sebelum melontarkan fitnah dan tomahan kepada Datuk Dr Hasan.

Jika benar Datuk Hasan keluar parti mengapa kami di peringkat pimpinan kerajaan negeri dan pimpinan parti tidak dimaklumkan. Saya harap rakyat Jangan mudah terperangkap dengan berita yang diwawarkan oleh UMNO dan perlu bertanya sendiri kepada Datuk Hasan, kata Amir.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI