Sunday, September 18, 2011

Dakwaan Masuk UMNO, Bohong belaka –Hasan Ali

Gombak : Bagaikan ribut taufan melanda satu malaysia apabila blog dan laman sesawang facebook riuh menyatakan yang kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali telah keluar parti (PAS) dan masuk UMNO.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dilemparkan oleh blogger dan laman sesawang facebook yang tidak penuh bertanggungjawab melontarkan fitnah dengan menyatakan saya telah keluar parti PAS dan masuk UMNO. Apa buktinya?”, kata Datuk Dr Hasan Mohamed Ali pada media dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Gombak pagi tadi di Uptown Gombak yang telah dihadiri lebih 6000 kehadiran pengunjung.

Mengulas lanjut, saya tetap bersama dalam perjuangan PAS dan penuh yakin dengan perjuangan PAS kerana slogan yang dibawa oleh PAS melalui ulamanya.

Bukan kerana parti ini dibawa oleh ulamanya sahaja tetapi perjuangan yang dibawa oleh PAS adalah ungtuk menegakkan negera islam yang berpandukan Al-Quran dan Al-sunah, ijmah Ulama dan Qias.

Semenjak cerita bohong ini disebarkan dalam blog dan laman sesawang facebook saya telah menerima 15 panggilan telefon dan 25 SMS megenai hal tersebut. Hal ini benar-benar mengejutkan saya dan semua rakyat di Malaysia.

Hasan yang juga merupakan Exco Hal Ehwal Islam Infrastruktur Kemudahan Awam juga turut menafikan bertemu dengan naib Presiden UMNO Datuk Sri Hishamuddin Tun Hussein untuk berbuat sedemikian.

“Untuk apa saya buat begitu sedangkan UMNO dalam keadaan nazak, Jentera dan kapalnya semua hampir tenggelam. Saya tak berminat untuk bertemu dengan mereka apatah lagi untuk menyertai parti itu. Semua buang masa, dan lebih baik saya beri tumpuan dengan kerja pentadbiran kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) untuk pertingkatkan ekonomi negeri Selangor. Dalam hati saya hanya ada perjuangan Islam (PAS) bukan UMNO”, kata Hasan.

Tidak ada perjumpaan antara saya dengan Puak UMNO”.

Mungkin mereka yang keluarkan berita bohong ini salah pandang. Mungkin mereka jumpa Hasan lain, Hasan putu payung kot.. (Tapi bukan Hasan Ali).., Katanya dengan penuh seloroh.

Dalam pada itu juga, Hasan turut menafikan dakwaan yang kononnya beliau pernah terlibat dengan parti UMNO dengan memegang jawatan tertinggi.

“semua spekulasi murahan, saya tidak pernah terlibat dengan menjadi ahli UMNO, dan tidak berminat untuk menjadi ahli UMNO yang dimana semua rakyat tahu parti UMNO dalam keadaan nazak yang sudah ketandusan pimpinannnya. Itu sebab UMNO atau ada pihak yang tidak suka saya dengan menaburkan fitnah.”, kata Hasan.

Semoga penjelasan ini dapat diwawarkan kepada semua rakan media, laman sesawang facebook dan blog bagi menjawab berita pembohongan ini yang ingin mencuba menjatuhkan Pakatan Rakyat (PR) dan memburukkan imej saya dan parti PAS.

Saya harap provokasi murahan yang dilemparkan terhadap saya dapat menenangkan semua rakyat. Yakinlah saya tetap dengan perjuangan PAS dan terus berada dalam kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sehingga akhirnya bagi menentang kezaliman UMNO/BN, insya-Allah.

Beliau juga turut menegaskan kepada semua media, “kalau kamu tidak dapat mendengar berita itu daripada mulut saya sendiri janganlah kamu mewakili kedua-dua itu untuk bercakap”, katanya.

“Saya juga tidak mengerti mengapa desas – desus untuk menyertai UMNO selalu dikaitk dengan saya. Adakah saya berbaik dengan semua orang tanpa kira parti, masyarakat anggap saya sokong UMNO?”.

Adakah saya hanya boleh bergaul dengan orang PAS sahaja. Apakah salahnya jika saya orang PAS berbuat baik dengan semua orang dan baik dengan UMNO.

Buat baik dengan UMNO tidak bererti kita sokong UMNO, tetapi adalah untuk mendekati mereka untuk menerima Pakatan Rakyat (PR) dan menambah keahlian PAS di Kawasan Gombak khususnya.

Kita lakukan hal ini seperti kita ingin berdakwah orang lain untuk menerima Islam juga, bukan hanya mendekati orang PAS sahaja tetapi untuk semua golongan tanpa kira parti dan bangsa. Jadi saya harap semua rakyat harus berfikiran terbuka kerana saya orang “ public figure”. Inilah berbagai dakwaan orang terhadap saya.

Apa sekalipun ianya harus keluar dari mulut saya sendiri bukan diwakilkan kepada orang lain, kata Hasan dengan tegas dan kesal dengan sebaran berita pembohongan tersebut.

Hasan juga mengaharapkan agar semua petugas meneruskan kerja dalam mengahdapi PRU yang semakin hampir.

“Jangan kita mudah melatah dengan provokasi UMNO. Biar mereka melalak, kita pekakkan telinga dalam masa yang sama kita terus bekerja kuat untuk pertahankan kemenangan di Negeri Selangor untuk terus menerus membela rakyat”, kata Hasan.

Turut hadir bersama Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Shari Sungib, saf pimpinan Pakataran Rakyat (PR) Selangor, AJK Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI