Sunday, July 31, 2011

ADUN, Nafi Mangsa kebakaran Transit Sungai Kertas tidak diberi perlindungan


Batu Caves : Semua mangsa kebakaran rumah Transit Kg Sg. Kertas bakal dipindahkan ke Subang Perdana sekiranya mereka setuju.

Penempatan mangsa di kawasan tersebut disebabkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah memaklumkan kawasan tersebut tidak dibenarkan diduduki lagi dan mereka menyatakan penduduk disitu telah menceroboh kawasan berkenaan.

Saya menafikan kenyataan mangsa kebakaran rumah transit di Kg Sungai Kertas menyatakan pihak saya dan Iskandar A. Samad, Exco Perumahan Kerajaan Negeri Selangor, memungkiri janji untuk membantu menempatkan semua mangsa kebakaran di tempat yang lebih baik, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu caves, Amiruddin Shari kepada Selangorkini petang semalam.

Beliau mengulas, sebanyak 5 buah rumah yang terlibat kebakaran pada bulan Jun lalu telah kami tempatkan di Dewan orang ramai Sungai Kertas untuk sementara waktu bagi memberi perlindungan. Pihak kami jga telah berusaha mengeluarkan surat permohonan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bertarikh 9hb Jun, 2011 di berikan kepada Nur Atikah Nik Mazlan, Penolong Pegawai Perancangan Bandar Bahagian Pembangunan Hartanah untuk meminta kebenaran agar semua mangsa dibenarkan menduduki kawasan tersebut namun kita tidak mendapat jawapan segera.

Baru-baru ini, penduduk telah datang ke pejabat saya ingin mengetahui status tersebut. Penduduk juga memaklumkan kepada pihak saya mendakwa MAIS tidak menerima surat menyurat daripada pihak saya. Saya benar rasa kesal dengan kenyataan tersebut.

“Kita ada bukti surat menyurat yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Batu Caves yang diberikan kepada MAIS mengenai hal tersebut bagi menjaga kebajikan rakyat disini. Untuk mendapatkan kebenaran ini, maka kita buat “followup” isu kepada MAIS.

Akhirnya kita telah menerima surat daripada pihak MAIS bertarikh 6 Julai, 2011 dengan rujukan (17) MAIS/E/BPH/01/011-1/08/11 diberikan kepada Penduduk Blok F dengan menyatakan bahawa tanah tersebut mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bil 9/2004 pada 13 Februari, 2004 semasa pemerintahan kerajaan UMNO-BN dahulu.

Pihak berkuasa telah memberi lot tanah PT 4598 HS(D) 55186, Bandar Selayang, Daerah Gombak kepada MAIS dan telah didaftarkan dalam surat hakmilik. MAIS mengesahkan penduduk disitu telah menceroboh kawasan tersebut tanpa kebenaran yang sah daripada pihak berkenaan.

Pihak MAIS telah meminta semua mangsa memberhentikan semua aktiviti disitu dan mengosongkan tanah tersebut dalam tempoh 30 hari selepas notis diberikan seperti yang terdapat dalam perenggan 4(i) dan (ii).

Justeru itu, apabila surat tersebut telah kami terima, saya cuba juga beribincang dengan Exco Perumahan, Iskandar A. Samad dan Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Khalid untuk menempatkan semua mangsa kebakaran di Subang Perdana sebelum Ramadhan. Walaupun pada mulanya kami ingin meletakkan mereka di sekitar Bandar Baru Selayang (BBS) namun terdapat masalah yang sukar dielakkan.

Kita telah berjumpa dengan semua mangsa kebakaran baru-baru ini memaklumkan hal ini namun semua mangsa tidak bersetuju untuk berpindah di Subang Perdana.

Mereka tetap ingin menduduki kawasan tersebut dengan membina rumah disitu juga, sedangkan sudah jelas dinyatakan oleh pihak MAIS bahawa kawasan tersebut tidak boleh diduduki lagi.

Maka dengan itu pihak kami tidak mampu untuk membantu mereka. Seharusnya mereka menerima tawaran tersebut dengan rasa bersyukur daripada tidak mendapat tempat perlindungan.

Saya selar kenyataan mereka dan menyatakan saya dan kerajaan Negeri tidak mengambil berat tentang kebajikan mereka melalui SMS yang diberikan.

Kalau nak dibandingkan dengan UMNO-BN adakah mereka menjaga kebajikan semua mangsa, tepuk dada tanyalah iman kita, jangan disebabkan sikap kita sendiri yang suka memilih menunding jari pula pada orang lain, Kata Amir dengan kesal.

Editor : Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI