Thursday, July 28, 2011

Lakonan Najib untuk adakan PRU -13 dapat dibau rakyat-Amiruddin Shari

Gombak : Pecayalah kemenangan Pakatan Rakyat (PR) dalam PPRU ke13 semakin hampir, ia tidak jauh kerana sekarang kita ada 2 model terbaik yang telah menjadi ikutan orang Muda pada masa ini selepas himpunan BERSIH 2.0 yang lalu diadakan.

Dulu BN bangga mereka punya pemimpin yang beribawa untuk memberi kejayaan kepada mereka tetapi sekarang tidak, maka dengan itu seharusnya semua jentera pilihanraya PR harus berusaha bekerja bersungguh-sungguh untuk pertahankan kemenangan khususnya diperingkat parlimen Gombak dan di Negeri Selangor, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shari semalam di Dewan Muhibah Tmn Bolton Sri Gombak dalam program Pidato Rakyat Selangorku sempena pelancancaran Jentera pilihanraya peringkat Parlimen Gombak.

Beliau mengulas, sebenarnya kalau nak diikutkan PR sudahpun mencapai kemenangan yang besar dalam PRU ke 12 lalu tetapi kita kesal pada tahun 2008, SPR telah membatalkan penggunaan dakwat kekal disaat pilihanraya dilaksanakan.

Jika tidak sudah pasti kita mentadbir Putrajaya dengan menyahkan UMNO terutamanya Najib dan kuncu-kuncunya yang begitu rakus untuk mentadbir negara ini dengan melakukan berbagai kezaliman kepada rakyat.

Walaubagaimanapun kita tetap bersyukur kepada Allah SWT, walaupun berbagai strategi yang dilakukan oleh SPR yang dianggap sebagai Balaci kepada BN untuk beri kemenangan kepada UMNO-BN namun kemenangan telah dicapai oleh PR sehingga 5 buah negeri telah kita kuasai sehingga menjadi kejutan yang besar kepada UMNO terutamanya Najib. Harap-harap PRU ke 13 ini, akan mencatit sejarah pada PR dengan mencapai kemenangan yang besar.

Dengan itu, sekarang Najib begitu takut dengan bayangan rakyat yang semakin bangkit lebih-lebih lagi Generasi Muda telah meyertai PR . Ini merupakan satu tamparan hebat kepada Najib dan Rosmah. Mereka semakin tidak lena tidur apabila melihat himpunan Bersih 2.0 yang lalu Berjaya dilaksanakan.

“Kita amat merasa bangga dengan penglibatan semua rakyat terutamanya golongan belia yang beri sokongan penuh dalam himpunan itu bagi menuntut pilhanraya bersih dan tulus walaupun digertak, di simbah dengan gas pemedih mata, dakyat ditangkap oleh polis tanpa melakukan kesalahan namun rakyat tidak berundur sama sekali”, ujarnya.

Fenomena bahang pilihanraya sudah semakin hampir. Ini telah dibuktikan oleh Najib sendiri apabila beliau sekarang bekerja dengan kuat sehingga sanggup membatalkan cutinya. “Najib tidak begitu percaya dengan menteri besar dan orang bawahannya lagi untuk menyerahkan sebarang tugasan”.

“Rakyat nampak lakonan Najib yang kononnya sanggup korbankan cutinya demi menjaga kebajikan rakyat.Kata Najib, saya tidak boleh hidup suka-suka dan senang sedangkan rakyak memerlukan khidmat saya. Oleh itu saya sanggup korbankan masa cuti untuk bersama rakyat selepas balik bercuti daripada Overseas baru-baru ini".

"Babak-babak lakonan Najib ini telah dapat dibau oleh rakyat apabil beliau sendiri sanggup turun padang dengan menaburkan berbagai janji kepada rakyat. Ketukan gendang ini petanda PRU 13 semakin hampir dan PR seharusnya bekerja kuat untuk kuburkan Najib, Rosmah dan UMNO pada PRU ke 13 nanti”, kata Amir.

Kita juga merasa kesal dengan tindakan Najib dan isterinya yang menguruskan Negara ini. Ekonomi Negara tergugat disebabkan sikap Rosmah yang suka membazir dan boros untuk kepentingan peribadinya dan rayat pula menangung derita.

Jelasnya lagi, disaat PR menghabiskan 3 juta dalam tempoh 3 thn untuk bantu rakyat tetapi UMNO-BN pula bertungkus lumus menghapuskan subsidi rakyat secara konsisten dan istiqama walaupun terdapat berbagai rungutan rakyat dengan kenaikan-kenaikan harga barang yang semakin meningkat.

UMNO-BN tidak peduli masalah dan derita rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan fakir miskin. Yang mereka tahu, kocek mereka dan kuncu-kuncu mereka penuh, mereka senang hati.

Selain daripada itu kita juga kesal dengan sistem perhakiman Negara ini yang kini semakin mudah dijual beli dan tidak langsung di bersihkan. Ini berikutan kes Ketua Pembangkang Datuk Sri Anwar Ibrahim sehingga kini tidak diselesaikan dengan tulus dan bersih disebabkan hakim –hakim dan perundangan telah dijual beli. UMNO-BN telah mengcemar dan merosakkan sistem perundangan Negara. Akhirnya rakyat berhadapan dengan risiko kerana keadilan tidak dapat ditegakkan lagi hatta walaupun melalui mahkamah.

Justeru itu, saya menyeru agar semua Jentera pilihanraya peringkat parlimen Gombak harus memulakan gerakkerja pilihanraya walaupun tarikh pilihnraya tidak diketahui kerana selepas himpunan BERSIH 2.0 Najib yang kononnya untuk adakan pilihanraya pada bulan Julai hasratnya jadi terbantut.

Seharusnya kita perlu kerja kuat untuk mengemaskini semua data pegundi, peti undi, saluran undi bermula malam ini. Jangan terperanjat dan tidak mustahil jika kita kerja kuat dan bersungguh-sungguh insya-allah sudah pasti PR akan tadbir putrajaya, kata Amir dalam ucapan Pidato Rakyat.

Turut hadir bersama Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, ADUN Gombak Setia, Sallehuddin Nasir, YDP PAS Gombak, Senator Ramakrishnan a/l SUppiah, Ahli Dewan Negara DAP dan Dr Hatta Ramli, Pengarah pilihanraya PAS merangkap Ahli Parlimen Kurai.

Editor :Khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI