Sunday, June 12, 2011

7thn Menanti Rumah Selasih Idaman


Tmn Selasih Indah, Gombak - Berakhirnya satu epilog penantian kepada penduduk Pangsapuri Selasih Indah apabila isu perumahan ini tidak dapat diatasi semenjak 2005 lagi apabila kawasan perumahan di sekitar Kg Banjar, Taman Samudra telah dirobohkan semasa dibawah pengurusan kerajaan terdahulu (UMNO/BN).

Media telah difahamkan oleh penduduk, semenjak kawasan perumahan ini dirobohkan penduduk telah diberikan pampasan sebanyak RM7000 agar pemilik rumah dapat menyewa rumah lain sementara menanti rumah pangsapuri ini siap dibina. Pihak pemaju juga telah berjanji dalam surat perjanian akan membayar kos sara diri sebanyak RM500 sebulan sehingga kunci di serahkan kepada pemilik rumah. Namun pihak pemaju telah gagal melunaskan janjinya menyebabkan penduduk terpaksa menanggung bayaran sewa rumah sebanyak RM18,000 selama 36 bulan. Bahkan penduduk terpaksa membayar kos pinjaman kepada Bank RM194 setiap bulan (RM6,984).

Bukan sekadar masalah kegagalan pemaju melunaskan janjinya, selain daripada itu pengurusan pembinaan rumah terbengkalai, masalah kemasukan bekalan air, elektrik dan sebagainya. Segala kemelut ini cuba dibawa oleh penduduk kepada ADUN Gombak Setia terdahulu (UMNO/BN) namun mereka gagal mengatasinya menyebabkan penduduk merasa tertekan lebih-lebih lagi apabila memikirkan keadaan ekonomi yang semakin meningkat dan tidak mampu menanggungnya lagi.

Pada 2008 segala masalah ini telah dipanjangkan pula kepada Y.B Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap AhlI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia apabila Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) memerintah di Negeri Selangor.

Masalah yang dialami oleh penduduk telah diambil perhatian dan dicuba atasi sebaiknya walaupun terdapat cabarannya kerana kesukaran mendapat kerjasama oleh pihak pemaju (Panji Selasih Sdn Bhd). Dengan kecekapan dan tindakan drastik Datuk Hasan akhirnya dalam tempoh 3thn PR memerintah, penduduk telah mendapat hak mereka kembali.

Petang semalam merupakan sejarah manis buat semua pemilik rumah di Pangsapuri Selasih Indah apabila Majlis Perasmian Penyerahan Kunci kepada 80 orang telah disampaikan oleh Y.B Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Dalam ucapan perasmiannya, “alhamdulilah saya rasa bersyukur kepada Allah SWT kerana pada hari ini seramai 80 orang penduduk bakal menerima kunci rumah mereka setelah menanti 7thn. Kegembiraan ini bukan saya sahaja merasa gembira bahkan YDP MPS, Ybhg Dato’ Zainal Abidin B. Aala, Ahli Majlis Perbandanan Selayang (MPS) Pn. Maznah Abd Aziz, juga merasainya setelah bekerja keras dan bertungkus lumus untuk membantu atasi masalah penduduk yang mempunyai masalah dengan pihak pemaju. Desakan demi desakan telah dibuat kepada pemaju (Panji Selasih Sdn Bhd) Projek Rumah Kos Rendah (RKR) Tmn Selasih Fasa 1 akhirnya kerjasama dapat diberi juga.

Menurut Hasan, dalam apa cabaran yang dihadapi kita rasa perlu bersyukur apabila dapat menyelesaikan masalah orang dan kita akan lebih seronok apabila dapat mengembirakan orang lain.

Katanya, antara isu-isu yang sering ditimbulkan oleh penduduk seperti tiada CTF, masalah tiada air, elektrik, masalah pemaju dan sebagainya. Dengan berbagai masalah yang timbul sekian lama tetapi pada hari ini, kita rasa gembira apabila dapat mengadakan majlis penyerahan kunci kepada 80 ahli keluarga ini.

“Boleh dikatakan setiap minggu, setelah PR memerintah penduduk disini mengadu masalah rumah kediaman ini tidak dapat diatasi oleh pihak pemaju semenjak pemerintahan Kerajaan terdahulu lagi.Perasaan takut sering menghantui diri saya dan teman-teman apabila penduduk sering bertanyakan status rumah mereka. Tiada jawapan yang boleh saya beri kerana kesukaran mendapat kerjasama dengan pihak pemaju”.

“Kesukaran mendapat kerjasama inilah menyebabkan, pihak kita, MPS juga sukar untuk memberi janji kepada penduduk. Antara salah satu sifat munafik apabila dibuat janji mereka tidak tunaikan. Walaubagaimanapun saya akan cuba membantu atasi masalah ini dengan sebaiknya. Saya tidak mahu memberi janji seperti kerjaan terdahulu dengan memberi harapan yang tinggi kepada rakyat akhirnya apabila tidak dilaksanakan, akhirnya kita (PR) akan kena ambil tindakan untuk membantu rakyat demi memberi keselesaan kepada rakyat”.

Saya juga mengharapkan agar penduduk disini dapat memberi kerjasama dengan menjaga kebersihan perumahan ini sebaiknya. Setelah kita bersusah payah menyelesaikan masalah penduduk. Kita nak semua penduduk bertanggungjawab sepenuhnya menjaga kebersihan dan keharmonian kawasan perumahan ini termasuklah sekitar kawasan Gombak ini.

Penduduk harus menanamkan sifat bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan dan keharmonian bersama dalam diri agar tidak timbul masalah sampah, kerosakan dan sebagainya. Kita nak tengok bagaimana Nama yang diberi kawasan ini Apartment Selasih Indah maka seharusnya Kawasan Selasih ini Nampak indah di pandangan masyarakat yang hadir di kawasan ini, katanya.

Ujarnya lagi, beliau berharap agar penduduk tidak menjual rumah ini kepada sesiapa kerana memandangkan kos untuk membeli rumah kini semakin meningkat. Sekiranya mereka ingin menjual juga, saya tidak menghalangnya tetapi perlu fikir semasak-masaknya agar tidak menyesal kemudian harinya.

Sementara itu pula, Ybhg Dato’ Zainal Abidin B. Aala dalam ucapannya “syukur alhamdulilah kerana petang ini kita dapat berkumpul di perkarangan Apartment Selasih Indah. Pihak MPS telah mengeluarkan CTF sementara dengan awal untuk pemilik rumah dapat memiliki kunci rumah petang ini.

Pencapaian yang diperolehi Kerajaan Negeri Selangor merupakan satu kejayaan yang amat disyukuri dan dibanggakan, namun pencapaian kejayaan ini membuka satu lembaran dan cabaran baru kepada Kerajaan Negeri dan warga Selangor. Telah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri dan MPS untuk memastikan pentadbirannya lebih makmur bagi memastikan Warga Negara Selangor menikmati taraf hidup yang lebih tinggi daripada mereka kecapi hari ini.

Kita mahu melahirkan sebuah Negeri Selangor yang maju dimana setiap warga negeri mempunyai kualiti hidup yang lebih baik. Namun ia terdapat cabaran yang perlu ditempuhi. Cabaran terbesar adalah penambahan penduduk di Negeri Selangor samada penambahan penduduk semulajadi atau yang merantau datang ke Negeri Selangor demi ingin kehidupan yang lebih baik. Katakan penambahan penduduk 5.4 juta penduduk hari ini dan pada tahun 2020 jumlah penduduk akan meningkat lebih kurang 8 juta pada 2020.

Dengan penambahan penduduk, sudah tentu akan menambahkan permintaan penambahan perumahan. Kita bukanlah negeri yang besar. Kita adalah negeri yang mempunyai keluasan 8000km persegi.

Dengan penambahan penduduk kita perlu menyediakan perumahan mampu milik yang mencukupi untuk semua warga Selangor khususnya mereka yang hampir dengan MPS. Hari ini kita berada diambang merialisasikan program inflasi sifar dan kita tidak mahu rakyat terpedaya dengan mengikuti program yang akan memperdayakan mereka tidak mendatangkan keuntungan.

Biarlah kita merancangkan sesuatu dengan baik untuk demi masa depan mereka. Tahniah juga kepada Y.B Datuk dr Hasan telah Berjaya menyelesaikan masalah penduduk dalam tempoh 3 thn kerajaan PR memerintah. Kita harapkan agar akan lebih banyak pembangunan rumah mampu milik dapat dibina dengan Harga rumah yang berpatutan dan dapat memberi keselesaan kepada masyarakat, katanya.

Daud Shah, 57thn kini terpaksa menyewa di Tmn Baiduri sementara menanti kunci rumah. “terima kasih kepada Y.B Datuk Hasan Mohamed Ali ADUN Gombak Setia yang telah banyak membantu rakyat Gombak. Ketangkasan beliau amat kita banggakan setelah 7 thn menanti rumah Selasih Idaman. Berbagai ujian yang perlu di lalui semetara menanti rumah ini siap.

Dengan pendapatan tidak menentu kerana berkerja sebagai pemandu lori. Rasa dengan adanya rumah ini kita hanya perlu bayar kepada bank sahaja dan tidak perlu menyewa lagi. Cuma kita harap pihak pemaju dapat membayar kos yang telah tertangguh 3thn.

Selvarasni a/p muniandy, 36thn ibu tunggal kepada 4 orang anak yang menyewa di Rawang, Saya rasa benar terharu dan gembira akhirnya penantian berakhir juga walaupun suami saya tidak dapat merasakan kediaman ini setelah beliau meninggal bulan Oktober, 2010. Amat terkilan juga kerana rumah idamannya tidak dapat diduduki oleh suami saya. Walaubagaimanapun terima kasih kepada ADUN Gombak Setia kerana dapat selesaikan masalah penduduk disini.

Katanya, Pendapatan RM 30 sehari dengan menjual sayur untuk menanggung anak-anak yang masih bersekolah tidak mampu untuk membayar sewa rumah sebanyak RM500 sebulan. Dengan adanya rumah ini, sudah pasti tidak perlu membayar sewa lagi melainkan bayar kepada bank sahaja.

Maznah Abd Aziz, Ahli Majlis MPS Zon Gombak, mengharapkan segala isu yang timbul selama ini sudah selesai. Cuma kita harapkan masaalah bayaran tertunggak oleh pihak pemaju dapat diatasi dalam masa terdekat ini seperti yang dijanjikan oleh pemaju kepada Y,B Datuk Hasan Mohamed Ali dalam sidang media hari ini, Insya-allah kita akan buat tindakan susulan kepada pihak pemaju, katanya.

Editor : khaulah azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI