Monday, June 27, 2011

Ahli Parlimen Gombak Pertikaikan "Perbelanjaan Bekalan Maksud B.60 – Kementerian Pertahanan"



Fakta : Perbelanjaan Bekalan Maksud B.60 – Kementerian Pertahanan Butiran 040000 PERTAHANAN MARITIM – Butiran 040200 Logistik – RM473,801,100 o RM417,641,100 – membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) untuk 2 buah kapal selam Scorpene TLDM

o RM56,160,000 – bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1) bagi kapal selam TLDM

S.Alam : Ahli Parlimen Gombak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Y.B Mohamed Azmin Ali telah membahaskan usul beliau mengenai Perbekalan Tambahan 2011, Maksud B.60 Kementerian Pertahanan pada 23 Jun, 2011.

Beliau mengulas, “ Kerajaan Malaysia telah menandatangani perolehan 2 buah kapal selam Scorpene pada 5 Jun 2002 bernilai Euro 1.114 bilion”.

Pada 14 Mei, 2008 Dato’ Seri Najib Razak, Menteri Pertahanan ketika itu dalam Dewan Rakyat telah memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa kontrak perolehan kapal selam Scorpene tersebut terbahagi kepada dua bahagian iaitu di antara Kerajaan Malaysia dengan Syarikat DCNS Perancis dan Navatia Sepanyol bagi perolehan dua buah kapal selam Scorpene dan latihan untuk warga kapal selam – Euro 999.15 juta, kedua di antara Kerajaan Malaysia dengan Perimekar Sdn Bhd merangkumi perkhidmatan kordinasi dan sokongan kepada pasukan projek kapal selam – Euro 114.96 juta.

“Menteri Pertahanan ketika itu menyatakan bahawa Kerajaan tidak membuat sebarang rundingan pembelian dengan Perimekar Sdn Bhd. Tetapi beliau menyatakan bahawa Perimekar diberi kontrak menyediakan perkhidmatan sokongan atau service provider dan korrdinasi untuk tempoh enam tahun”.

“Tetapi sekarang ini, Kementerian Pertahanan memohon perbekalan tambahan bagi kontrak senggaraan dan sewaan perkhidmatan sistem SMER-1 bagi kapal selam TLDM bernilai RM473 juta”.

Dengan perkara yang berlaku, saya ingin bertanya, “kenapa kontrak senggaraan yang dipohon oleh Kementerian Pertahanan tidak terkandung dalam bajet tahunan pengendalian kapal selam Scorpene tersebut?”

Dapat saya simpulkan bahawa kontrak perolehan bagi kapal selam Scorpene itu tidak diperinci dengan teliti oleh pasukan negosiasi dalam proses pembelian kapal selam tersebut.

Katanya lagi, “akibat daripada proses yang tidak telus serta diselubungi pelbagai masalah, pembelian kapal selam Scorpene ini merupakan satu malapetaka bagi Negara”.

“Sudahlah kapal selam tersebut tidak dalam menyelam selama 3 bulan kerana masalah tertentu, sekarang ini negara dibebani dengan kos-kos tambahan atau kos-kos yang dipadamkan daripada kontrak asal atau bajet asal perolehan serta penyeliaan kapal selam tersebut”.

Jestreru itu, saya ingin menggesa Kerajaan memberikan kerjasama dalam penyiasatan yang difailkan di Mahkamah Perancis mengenai dakwaan ‘rasuah aktif dan pasif, pertukaran untuk pertolongan dan penyalahgunaan aset syarikat’ ke atas Syarikat DCNS dalam penjualan kapal selam Scorpene tersebut.

Isu Skandal kapal selam telah terbongkar selepas Altantuya, warganegara Mongolia yang dibunuh dengan kejam dengan bahan letupan C4 yang dimilki oleh Angkatan Tentera Malaysia pada tahun 2006. Altantuya dipercayai adalah seorang yang penting dalam menjayakan pembelian kapal selam antara Perancis dan Malaysia.

Amat menjelekkan kerana Kerajaan Malaysia telah membayar 114 juta euro kepada Perimekar untuk membolehkan syarikat DCNS Perancis itu mengelakkan pelanggaran Konvensyen OECD.

Walaupun, Menteri Pertahanan pada ketika itu menyatakan bahawa Kerajaan tidak berunding dengan Perimekar. Tetapi, faktanya kontrak support service provider ialah di antara Kerajaan Malaysia dengan Perimekar Sdn Bhd.

Sementara itu, terdapat dua bukti baru telah ditemui, termasuk bayaran 30 juta Euro oleh DCNS kepada salah satu syarikatnya sendiri dan bayaran 2.5 juta Euro kepada perantara yang masih belum dikenali.

Menurut Azmin lagi, pada 17 Januari 2010, didedahkan bahawa kapal selam KD Tunku Abdul Rahman tidak dapat menyelam berikutan masalah teknikal yang dialami sejak tiga bulan lepas. Panglima Tentera Laut, Jen. Laksamana Abdul Aziz Jaafar mengesahkan terdapat kerosakan teknikal pada kapal selam KD Tunku Abdul Rahman yang menyebabkan kapal selam tidak boleh selam.

Kapal selam bernilai RM4.5 bilion disahkan tidak dapat menyelam selama 3 bulan, ini mendedahkan kelemahan pengurusan, pentadbiran dan penyelenggaraan peralatan penting bagi mengawal kedaulatan dan pertahanan negara.

Kapal selam Scorpene dibina oleh syarikat DCNS dari Perancis dan Navantia dari Sepanyol. Kedua-duanya merupakan pembina kapal terkenal di Eropah. Malah, segala masalah teknikal harus meminta perkhidmatan daripada luar negara kerana negara kita kekurangan orang pakar. Oleh itu, selain kos pembelian, Kementerian Pertahan juga harus menanggung kos perkhidmatan selepas pembelian.

Kita benar-benar rasa pelik, Kenapa kos penyelenggaraan kapal selam tersebut tidak di nyatakan atau dimasukkan dalam bajet tahunan Kementerian Pertahanan? Ini merupakan satu usaha untuk menutup atau menyembunyikan kos sebenar dan kos keseluruhan yang ditanggung akibat pembelian kapal selam Scorpene, ulasnya.

Editor : khaulah Azwar

No comments:

Post a Comment

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI