Pegawai Eksekutif Pemasaran Mimbar Abdul B. Aziz berkata selepas membuat temuduga pemohon Mimbar di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Batu Caves baru-baru ini,”alhamdulilah apa yang kita lihat ramai warga Selangor tidak melepaskan peluang untuk membuatpermohonan perniagaan. Ini berikutan selepas diwar-warkan dalam akhbar-akhbar tetutamanya di Selangorkini. Sasaran kita kini semakin meningkat apabila melihat perkembangan positif yang ditunjukkan oleh orang ramai terhadap skim ini yang merupakan salah satu program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)”.
Kebanyakan peserta yang membuat permohonan ini adalah antara mereka yang ingin membuat perniagaan kecil-kecilan sebagai modal permulaan bagi mengembangkan perniagaan mereka. Tujuan utama kita adalah bagi membantu mereka untuk menaik taraf kehidupan rakyat yang segelintirnya masih berada di bawah paras kemiskinan,katanya.
Ulasnya lagi Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM25 juta bagi skim MIMBAR. Rekod terakhir kita seramai 120 orang telah Berjaya membuat permohonan. Di setiap Negeri Selangor kita memberi peluang seramai 25 orang untuk menyertai skim ini. Jika di Negeri Selangor mempunyai 45 DUN maka seramai 1125 orang yang layak menerima skim MIMBAR dan mereka disarankan untuk merebut peluang yang diberikan.
Sementara itu, AhlI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves Y.b Amiruddin Shari pula berkata, “saya harap rakyat Selangor khususnya di DUN Batu Caves ini merebut peluang yang diberikan sementara Kerajaan PR memerintah. Jika tidak direbut peluang ini kita tidak tahu adakah akan datang Skim ini akan wujud dan jika wujudpun mungkin sukar untuk membuat permohonan jika peralihan kerajaan nanti kerana skim ini hanya diuruskan oleh Kerajaan PR yang banyak bertolak ansur dan syarat-syaratnya tidak begitu sukar.
Tetapi jika dibawah pengurusan kerajaan UMNO/BN jika mereka juga meniru skim ini mungkin akan berlaku kesukaran dan syarat-syaratnya juga berlainan yang menyebabkan rakyat sukar untuk membuat permohonan ini.
Jesteru itulah, kita ingin mendorong rakyat supaya merebut peluang keemasan ini dan berusaha untuk mengubah tararaf kehidupan masing-masing. Dengan konsep ini kita yakin rakyat akan bangkit dan membina masa depan sendiri bersama keluarga mereka walaupun keadaan ekonomi Negara begitu memberi tekanan kepada rakyat pada masa ini, katanya.
Fazilla Daniel, 27thn mempunyai 2 cahayamata. Pendapatannya sekitar RM1000 dengan hasil membuat perniagaan rumah kerumah dengan menjual tilam toto, mengambil tempahan menjahit pakaian selama 3thn berkata ” saya merasakan Skim MIMBAR yang diberikan oleh Kerajaan PR untuk membantu rakyat Selangor adalah satu peluang keemasan baginya.
Katanya “sudah lama saya cuba membuat permohonan bantuan kewangan di BANK namun begitu sukar untuk mendapat kelulusan dan kadangkala menjadi satu kekecewaan bagi saya untuk membuat pinjaman lagi. Tetapi setelah saya dimaklumkan oleh kawan mengenai Skim MIMBAR dan kawan saya sudah menerima pinjaman tersebut dengan mudah membuatkan saya rasa ada harapan untuk membuat pinjaman ini, kerana jelas ternyata apabila saya menyertai skim ini syarat –syarat permohonan adalah mudah.
Rusni Ali, 49thn “telah membuat perniagaan kecil-kecilan dengan membuat kuih –muih seperti muruku dan kuih tradisional. Saya sudah 15thn membuat pernigaan dengan menggunakan modal sendiri tanpa membuat pinjaman BANK yang begitu sukar untuk mendapat kelulusan”.
Saya seperti tidak percaya Kerajaan PR Selangor memberi peluang kepada semua rakyat tanpa mengira parti dan bangsa untuk membuat perniagaan tanpa dikenakan sebarang faedah. Ini apabila kawan saya telah membuktikannya apabila pinjamannya dalam masa seminggu telah diluluskan tanpa ikat jamin.
Dengan kejayaan permohonannya membuatkan saya juga ingin mencuba untuk membuat permohonan sebanyak RM5000 dengan besar harapan semoga saya dapat membesarkan kedai saya dan membanyakkan produk kuih dan barangan HPA untuk menarik ramai pelanggan. Saya begitu amat berpuas hati dengan skim yang tawarkan oleh Kerajaan Negeri, katanya.
Rohaya Bhan Ahmad Mohideen, 36thn yang tidak bekerja ingin membantu suaminya yang menjual asikrim . “saya bercadang untuk meluaskan perniagaan ini dengan membuat rojak buah. Kira-kira modal pusingan diperlukan adalah sebanyak RM5000 untuk membeli motor, peti aiskrim untuk perniagaan.
Skim yang ditawarkan pada rakyat Selangor rasa berbaloi kerana kerajaan Negeri tidak meletakkan syarat yang tinggi seperti contoh, jika pembayaran tidak dapat dibuat pada masa bulan April, tetapi diberi peluang untuk meneruskan bayaran dengan mengikut waktu yang telah ditetapkan dan tidak dikenakan “interest”.
Jika nak dibandingkan dengan membuat pinjaman mana-mana BANK, kita kena bayar setiap bulan dan jika terlewat membuat bayaran dikenakan bayaran interest kepada peminjam. Ini menyebabkan jalan pintas dibuat oleh rakyat dengan membuat pinjaman Ah Long yang sudah pasti membuat rumah tangga menjadi kucar kacir apabila kita tidak dapat membuat bayaran seperti yang telah di janjikan. Akhirnya ahli keluarga dan peminjam mendapat ugutan yang melibatkan ancaman nyawa. Tahniah kepada Kerajaan Negeri (PRO Selangor kerana telah memberi peluang kepada rakyat untuk berniaga bagi memperbaiki kehidupan dan taraf ekonomi keluarga.
Mohd Yin Adam, 63thn berkata, “alhamdulilah tidak disangka permohonan yang dibuat mendapat kelulusan dengan mudah. Saya telah membuka kedai fotostate, binding, menjual produk HPA yang baru bermula pada bulan Mei, 2010. Untuk memulakan perniagaan ini memerlukan modal yang besar juga untuk membayar sewa kedai sebanyak RM250, membeli peralatan yang lain. Saya cuba membuat pinjaman Bank dan Badan berdaftar kewangan yang lain namun begitu sukar. Kadangkala terfikir untuk membuat pinjaman kepada ahli keluarga tetapi rasa segan dan tidak mahu menyusahkan sesiapa.
Tetapi semenjak Mikrokredit dan MIMBAR di perkenalkan oleh kerajaan PR Selangor ini memberi sinar baru kepada saya untuk membuat pinjaman dan akhirnya pinjaman saya diluluskan sebanyak RM3000 pada bulan April, 2011 untuk membeli peralatan mesin binding, fax, peralatan tulis dan lain-lain. Terima kasih kepada semua saf pimpinan PR dan pihak pengurus MIMBAR yang telah memberi peluang kepada kami sebagai peniaga kecil untuk mengembangkan perniagaan dan memantapkan ekonomi keluarga.
Radiatul Alysa Adawiyah, 32thn membuka sebuah kedai baju (Alysa Fashion) merasa gembira dengan skim yang ditawarkan. Pada mulanya saya tidak tahu skim Mikrokredit dan Mimbar tetapi mendapat tahu dalam akhbar selangorkini dan Pak Cik Mohd Yin yang telah menyebarkan maklumat ini kepada semua peniaga disini. Taklimat diberikan oleh beliau dan ramai yang begitu tertarik dengan skim ini.
Saya rasa tidak begitu sukar untuk membuat pinjaman. Tidak memerlukan slip gaji, penjamin dan lain-lain. Sebelum Kerajaan PR mengambil alih apa yang kita lihat begitu sukar untuk membuat pinjaman dan tiada jalan yang mudah untuk membuat pinjaman di semua syarikat Bank. Kerajaan terdahulu pun tidak terfikir bagaimana untuk mewujudkan satu skim untuk membantu rakyat yang susah untuk mulakan perniagaan. Tetapi alhamdulilah selepas PR memerintah Selangor, mereka telah Berjaya mewujudkan satu skim untuk memberi peluang kepada rakyat untuk melibatkan diri dalam perniagaan yang digalak dalam islam.
Proses membuat pinjaman begitu cepat dan mudah sekali. Permohonan yang saya buat pada bulan April dan telah lulus pada awal bulan Mei, 2011. Dengan pinjaman yang dibuat sebanyak RM3000 saya telah membeli peralatan mesin jahit dan kain untuk menambahkan produk. Terima kasih kepada saf pimpinan Kerajan Negeri yang prihatin kepada rakyatnya.
Editor : khaulah azwar
No comments:
Post a Comment