SHAH ALAM : Atas kejayaan sambutan hebat daripada pembaca di Negeri Selangor dalam Hari Ilmu Selangor pada tahun lalu, kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) sekali lagi akan menganjurkan ‘Hari Ilmu’ yang bermula pada 24 Jun sehingga 3 Julai, 2011.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata sambutan Hari Ilmu Selangor kali ini, saya meletakkan harapan kepada semua pucuk pimpinan di sekitar negeri Selangor dapat membantu memainkan peranan dalam menguar-uarkan konsep hari ilmu kepada seluruh rakyat di negeri ini.
Ujar beliau, “kempen ini merupakan diantara proses dan inisiatif kerajaan negeri dalam mendidik rakyat supaya sedar akan kepentingan membaca dalam kehidupan seharian. Tetapi konsep kali ini, kita mahu dipanjangkan, diperluaskan agar menjangkau lebih ramai lagi kita punya pembaca, itu adalah konsep kita nak membudayakan ilmu pembacaan ini.”
Sementara itu pula Pengarah PPAS, Mastura Muhamad berkata, “kelainan yang akan diangkat pada tahun ini bagi menarik lagi jumlah pembaca di Selangor adalah dengan memberi pelbagai jenis buku untuk dipamerkan”. “Kali ini tanggungjawab terletak kepada semua bahu penerbit dan pereka grafik buku. Maknanya untuk membuat orang terus membaca adalah tanggungjawab penulis untuk buat benda yang kreatif, menarik dan memberi faedah kepada pembaca itu sendiri”.
Malah menurut beliau lagi, buat pertama kalinya kempen “15 Minutes Reading Break” diperkenalkan bagi menjadikan amalan membaca selama 15 minit sebagai saat yang amat bernilai buat seluruh rakyat Selangor. “Kali ini kelainan kita adalah kita buat perhimpunan dan konvensyen penulis dan juga ‘Campaign 15 Minutes Reading Breaks’.
Kempen ini mendapat insiprasi daripada konsep Earth Hour.” Insyaallah, kempen membaca ini akan diadakan secara serentak di seluruh Negeri Selangor. Waktu sasaran ialah pada jam 10.45 pagi hingga 11.00 pagi, pada hari Ahad, 26 Jun 2011. Majlis dwi Perasmian Hari Ilmu dan Pesta Buku Selangor 2011 akan berlangsung pada 26 Jun ini di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dan Majlis bakal disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pesta Buku Selangor 2011 akan disertai oleh pelbagai penerbit dan pengedar buku yang akan mempamerkan pelbagai buku-buku terbitan dalam dan luar negara dan sejumlah 150 buah gerai akan menyertai pameran ini. Sasaran pengunjung tahun ini adalah seramai 350,000, sebanyak 70 pempamer yang akan menyertai hari ilmu ini, antaranya adalah Al Hidayah House Of Publisher Sdn Bhd, Ana Muslim Distributor Sdn Bhd, Cerdik Publication Sdn Bhd, E-Media Publication Sdn Bhd, Ez Math, Galeri Buku Shabab dan pelbagai syarikat penerbitan lain.
Editor : khaulah azwar
No comments:
Post a Comment